Isnin, 22 Jun 2015

4 Gambar Ramadan di Syria.

Sementara kita meraikan Ramadan dengan penuh taat, semakin ramai pula saudara kita yang sedang mengharungi dugaan Allah.S,W.T. Dugaan yang sangat dasyat, kalau kena batang hidung sendiri, tak tahu apa nak cakap.. Syukur Ya Allah, semoga bumi yang kami pijak kini akan sentiasa makmur, dan penuhilah hati saudara dengan kesabaran yang kini diperangi dimanapun meraka diseluruh dunia.


Adik ini mungkin sedang meminta sesuatu atau sedang menunggu giliran untuk mendapatkan sekeping roti. Wajahnya penuh dengan warna ketabahan dan kesabaran.











Seorang bapa sedang melayani anaknya mungkin
sedang menuangkan untuk anaknya secawan kopi tapi air mata yang tumpah. Siapa sanggup melihat anak sendiri membesar dalam suasana yang payah. Serba salah kerana menjadi penyebab kepada kelahiran anak-anak.











Apa yang mereka sedang bualkan atau masing-masing sedang menunggu giliran untuk menggunakan sudu. Lantai retak seribu, bumbung tampal seribu, dinding tidak berpintu.









Sisa makanan menjadi pilihan asalkan halal tidak perlu mencuri yang mungkin akan menyusahkan orang lain. Aurat sentaiasa ditutup rapi serapi menjaga iman.

Rakyat dijui dengan kekejaman pemimpin dan pemimpin diuji dengan kuasa sementara kita pula diuji dengan penderitaan saudara-saudara kita.

Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)


Tiada suatupun perkara yang berlaku ke atas kita melainkan semuanya ujian dari Allah S.W.T



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?