Tentang aku

Berasal dari Semporna Sabah. Berkerja sebagai Penjawat Awam dan bertugas di Akademi Kastam Diraja Malaysia Sabah.

Asal-asalnya bermula dari seorang Juruelektrik dan memiliki Kompitensi sebagai Penjaga Elektrik (AO) dari Suruhanjaya Tenaga.

Memasak adalah hobi yang sangat berharga bagi saya, setiap kali memasak, setiap kali juga terfikir bagaimana jika suatu hari nanti Allah ambil kedua belah tangan saya. Oleh itu, selalu saya panjatkan doa kepada Allah agar Dia pinjamkan tangan ini selagi hayat ada.

Blolg ini diwujudkan salah satunya adalah untuk menyimpan koleksi-koleksi resepi yang saya ada dan boleh dikongsi bagi yang sudi.

Kemahiran memasak ini jugalah yang menyebabkan saya pernah membuka restoran. Walaupun tidak bertahan lama, tapi ada keseronokan yang dirasa. Beza, memang berbeza.

Hingga kini, saya telah menguasai sedikit masakan India, Cina, Melayu dan paling penting masakan dan makanan Bajau.
Sesiapa yang sudi berkongsi resepi dengan saya, sila email resepi, Nama, Restoran (jika perlu) dan resepi anda selengkap mungkin. Boleh gunakan borang di sebelah kanan anda.

Kemas kini : 

Saya juga telah mewujudkan beberapa channel di youtube. Channel Jamal MA adalah saluran untuk berkongsi video-video berkenaan kereta dan Jamal Cook untuk saya berkongsi resepi masakan. Channel HD Story himpunan diari saya sekeluarga.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?