Isnin, 23 November 2015

Dropship program. Aku jual baju perempuan.

Damia Handbag

Sebelum ni aku pernah jual Handbag online di FB. Tapi 2, 3 tahun lalu la. Cerita lama. Semenjak pindah tempat bertugas, aku tidak ada masa lagi untuk snap dan upload gambar di Damia Handbag lagi pun tidak cukup ruang untuk simpan stok banyak-banyak. Dalam minggu lepas, aku melawat page Damia Handbag, rindu pula tengok profile picture. Lama juga aku renung samada mahu padam page tu atau buat sesuatu dengannya kerana sudah ada 5k likers. Bukan senang dapat jumlah like begitu. 

Nah. Terlintas di kepala untuk jadi dropshipper. Damia Handbag pun sudah ada kira macam aset juga la, jadi kerja promosi sudah senang.


Dropship ni bukan titisan kapal.. hehe. Dropship adalah orang tengah di antara pembeli dengan pembekal. Kita terima tempahan dan menerima pembayaran kemudian kita tempah pula barang yang ditempah oleh pembeli kepada pembekal atau penjual. Barang yang dibayar oleh pembeli kepada kita, akan dibungkus dan dihantar oleh pembekal. Dalam kata lain, menjual juga la tapi tanpa stok dan tanpa modal.

Untuk menjadi dropshipper, perlulah ada sumber atau pembekal yang boleh dipercayai. Aku telah menggoogle dan menghubungi pembekal-pembekal yang berpotensi untuk dipercayaai. Walaupun itu bukanlah barangan dan duit kita, tapi untuk menjadi peniaga yang baik, kita perlu menjaga kepercayaan pembeli. Jangan sampai barang tidak sampai kepada pembeli sedangkan duit kita sudah terima.

Untungkah jadi agen dropship? Taklah untung sampai berjuta-juta tapi dropshipper boleh meletakkan harga sesuka hati dia, keuntungan dia boleh dapat 100% dari harga kos tanpa menyimpan stok, tanpa kedai dan tidak perlu membungkus dan menghantar barang. Menarikkan?

Mengapa aku menjual barang-barang perempuan? Dulu aku pernah beli handbag terus dari China untuk isteri di aliekspress.com dan alibaba.com. Murah pulak tu ditambah dengan W.P Labuan yang bebas cukai, jadi memang untunglah kalau jual. Itulah asal musul Damia Handbag.

Hari ini (23.11.15) pesanan pertama akan dihantar kepada pelanggan. Tracking No. akan diupdate di Damia Handbag.

Semoga anda menyokong perniagaan kecil dan sangat kecil ini. hehe.
Kalau mahu order jubah, baju kurung atau Handbag, boleh hubungi aku. Bagi tahu stail macam mana, warna apa dan lain-lain. Insya Allah aku cuba. Tapi hati-hati la kalau berwhatapps atau bertelefon dengan aku. Bukan apa, nanti laki puan-puan salah sangka. Maklumlah puan-puan akan berwhatapps dengan lelaki. hehe. Bagi tahu siap-siap dengan laki ya.. aku pun laki orang ni.. Haha.. O.k apa orang lelaki jual pakaian perempuan. Kalau tengok Pakistan yang jual baju-baju perempuan, baju luar dalam dia usung ke sana sini naik motor, berbasikal dan ada yang jalan kaki.

Jadi, apa tunggu lagi. Marilah lawat Damia Handbag tengok-tengok jubah, baju kurung dan Handbag.  Nak diskaun, Whatapps atau PM jak. Terima kasih kerana membaca entri kali ini sampai habis.. hehe



Ahad, 22 November 2015

Ikan Tongkol Tomato.

Kali pertama makan masakan ini dalam dua tahun lepas tapi lupa tanya resepi. Jadi untuk menyudahkan hasrat hati, aku koreklah resepi dari google, youtube dan resepi di tin ikan sardin. Bahan bonus kali ini ialah sos Spageti Prigo.

Selasa, 17 November 2015

Tone Excel lagi. ..

Sudah lama tidak up date pasal Tone Excel. Selepas beberapa bulan menggunakan sim kad Tone Excel, profile TE aku semakin baik..
Semakin ramai pengguna. Tengok skrin sut ni..

Selasa, 10 November 2015

Nasi Panggang


Pernah dengar tak nasi panggang? Mestilah kan.  Tapi yang ini versi lain. Bukan yang dipanggang dengan daun pisang tu.

Resepi ni sesuai untuk sarapan pagi. Maklumlah kan, tiap buat sarapan jarang yang tak guna minyak. Kalau tidak mahu sarapan berminyak terpaksa makan roti dengan kaya.. hari-hari makan tapi tidak kaya-kaya juga.. hehe

Resepi ni mudah lagi pun kalau ada nasi semalam yang tidak habis, buatlah nasi panggang ni.

Bahan-bahan :

1. 500 g nasi.
2. 2 biji telur.
3. 2 ulas bawang putih, dicincang halus.
4. Setengah labu bawang besar, potong halus-halus.
5. 1 sudu serbuk pati ayam.
6. Garam dan aji.
7. 1 sudu teh lada putih.
8. Daun sup dipotong halus.

Cara-cara :

1. Campurkan kesemua bahan.
2. Panggang menggunakan kuali tanpa minyak. Kalau takut nasi tu melekat, letaklah minyak sedikit kemudian ratakan menggunakan tisu dapur.
3. Untuk lebih mudah, gunakan acuan atau ring telur mata lembu. Kalau tidak ada, kepal-kepalkan nasi tu dengan tangan kemudian masukkan masukkan dalam kuali dan leperkan dengan sudip atau spatula.
4. Kalau nak tahu sudah masak atau belum, nasi tu tidak akan terburai kalau diangkat. Maknanya telur yang diguna untuk mengadun tu sudah masak sempurna.




Nasi ni boleh dimakan dengan sos tomato, cili atau makan begitu tu saja.

Isnin, 9 November 2015

Benarkah produk penjimat elektrik berkesan ?




Banyak betul produk-produk yang merapu sekarang ni. Entah berapa ramai pengguna yang sudah kena tipu. Aku bukan berniat mahu tutup periuk nasi orang lain, tapi sebagai khidmat kepada masyarakat untuk menghindarkan saudara mara dan kawan-kawan daripada tertipu.

Apakah komponen utama alat penjimat elektrik ini?

Apakah maksud takaful ?