Selasa, 30 Jun 2015

4 Tips belajar memasak untuk lelaki


Tips mudah untuk kaum lelaki yang tangannya pandai ngilu kalau pegang sudip. hehe




1. Rajin tolong isteri / ibu / kakak didapur.
- Mesti selalu tolong isteri di dapur tak kiralah potong bawang ka, membalik-balikkan makanan      dalam kuali ka yang penting tolong supaya timbul minat ke dapur. Ini tidak, kedapur jak mesti nak    makan, kalau tak makan tak nampak batang hidung di dapur.

2. Banyak bertanya.
- Banyakkan bertanya cara memasak terutamanya masakan yang ringkas seperti menumis sayur.  Isteri jangan pula ketawa kalau suami bertanya pasal bab-bab masak.

3. Banyakkan memonton rancangan memasak.
- Banyak rancangan memasak yang boleh kita tonton lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni  ada  Ketuk-ketuk Ramadan, Chef Ammar kalau turn Channel 703, satu channel rancangan memasak.  bukan apa, tengok rancangan memasak ni banyak info berguna, kenapa guna itu, apa sebab guna ini,  kalau begitu begini apa rasa masakan tu dan juga ada cara-cara tertentu yang tak dapat diceritakan  dalam majalah atau buku-buku masakan.

4. Rajin dan berani mencuba.
- Rajin dan berani mencuba resepi-resepi yang ada di blog Cremin Muka ni, banyak resepi masakan  mudah  dan lazat pada hemat aku lah, hehe. Tak payah cuba resepi yang perlu berpuluh bahan yang  penting boleh hilangkan ngilu tangan tu.

Pahala dan tanggungjawab

Gambar hiasan

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:

"Wahai Fatimah.. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." 
- (Abu Hurairah r.a)

Potongan hadith di atas kalau suami jumpa di FB atau Tuiter, sah-sah sang suami tang pasangan masing-masing. Isteri pun Like tanda setuju. 

Tapi yang sebenarnya tanggungjawab lelaki adalah termasuk memasak untuk isteri dan anak-anak. Sekiranya suami tidak mampu dari segi masa atau tenaga, suami boleh mengmbil orang gaji untuk tugas-tugas yang ditinggalkan di rumah. 

Petikan hadith di atas adalah untuk memujuk kaum isteri agar sudi dengan rela untuk mengambil alih sebahagian tugas-tugas suami. 
Seperti kisah Asma’ binti Abu Bakar yang dinikahi oleh az-Zubair yang miskin tidak memiliki harta dan budak, rela membantu suami yang miskin dan tidak mampu menggajikan pembantu rumah sehingga Asma' turut mengambil air, memberi makan kuda, membuat roti, bahkan membawa biji-biji kurma di atas kepalanya dari kebun Zubair yang diberi Rasulullah saw.

Jadi, kepada suami yang sentiasa kelapangan, rajin-rajinlah membantu isteri di dapur walaupun cuma memotong bawang, lebih-lebih jika isteri juga bekerja kerana sebesar-besar pahala orang perempuan memasak untuk suami dan anak-anak, besar lagi pahala untuk suami yang menjalakan tanggungjawabnya.


3 burger paling mahal di dunia

1. Le Burger Extravagant $295.00 (£186.52)





Dibuat daripada white truffle butter-infused Japanese Wagyu beef. Toping dengan James Montgomery cheddar cheese, black truffles dan telur puyuh goreng.



2. $666 'Douche Burger' ($666)

Burger yang terdiri daripada Kobe beef patty disumbat dengan foie grass dan daun emas. Ditutupi caviar, lobster, truffles, Gruyere cheese yang dicairkan dengan stim champagne dan sos BBQ dibuat dengan Luwak coffee.

3. FleurBurger 5000 ($5,000)

Terdiri daripada Wagyu beef dan foie grass patty bersama sos truffle dan cendawan hitam cukur (cukur?) Sekali oder komplit set dangan sebotol wain berharga $ 2500.


Wei, mampos nak makan burger spesis ni. Entah apa yang buat dia mahal tahap hijau ni.  hehe..

Isnin, 29 Jun 2015

Ayam Panggang Portugis

Ingatkan nak buat ayam panggang ala Portugis ni kalau balik kampung nanti.
Resepi ni aku salin dari blog sebelah, bahasa omputih aku melayukan. ada bahan yang tidak boleh guna tu aku ubah suai supaya menikut kehendak syariat. hehe





8 ulas bawang putih, dihancurkan
Jus dari dua biji lemon
80 ml (⅓ cawan) Jus Cranberry atau Jus Anggur (resepi asal guna wain)
1 daun bay 
2 tbsp paprika 
2 tbsp minyak zaitun 
1 ekor ayam bulat


Cara-cara :


Satukan bawang putih, Jus Cranberry atau Jus Anggur, daun bay, serbuk paprika dan minyak dalam pinggan. Belah ayam dari bahagian dada, dan tekan. Lumur atau berus ayam dengan campuran bahan-bahan tadi selama satu jam. Panggang dengan menggunakan arang atau oven.

Sos prti peri

80 ml (⅓ cawan) minyak zaitun
Jus lemon dari 1/2 biji lemon
2 biji cili merah, di cincang halus
1 ulas bawang putih dihancurkan



Cara-cara : 

Satukan kesemua bahan dan perasakan dengan garam.

InsyaAllah lepas aku cuba nanti aku kongsi..

Kebenaran Hadith tentang tulang sulbi / tulang ekor.

Tulang Sulbi (dalam bulatan merah)
Dalam hadits shahih yang diriwayatkan Imam Muslim, Rasulullah bersabda tentang tulang ekor.

كُلُّ ابْنِ آدَمَ يَأْكُلُهُ التُّرَابُ إِلاَّ عَجْبَ الذَّنَبِ مِنْهُ خُلِقَ وَفِيهِ يُرَكَّبُ

“Setiap (bagian tubuh) anak Adam pasti akan dimakan tanah, kecuali tulang ekor. Darinya ia telah diciptakan dan darinya ia akan disusun kembali” (HR. Muslim)
Hadits ini disampaikan Rasulullah berabad-abad yang lalu. Sebelum ilmu pengetahuan mampu menjangkau dan menegaskan apakah hal tersebut dapat dibuktikan secara ilmiah.
Hingga kemudian, serangkaian penelitian di abad mode membuktikan bahwa sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut 100% benar.

Tulang ekor tak dimakan tanah

Menurut Wikipedia, tulang ekor adalah bahagian paling hujung dari kolom tulang belakang pada primata tak berekor. Terdiri dari tiga sampai lima vertebra (vertebra koksigeal) terpisah atau menyatu di bawah sakrum. Ia tersambung dengan sakrum oleh sendi fibrocartilaginous, simfisis sakroksigeal, yang memungkinkan gerakan terbatas antara sakrum dan koksiks.
Dr. Othman al Djilani, seorang profesor bidang histology dan pathologi Sana’a University, melakukan penelitian bersama Syaikh Abdul Majid dalam rangka menguji tulang ekor. Pada Ramadhan 1423 H, mereka membakar tulang ekor dengan suhu tinggi selama 10 menit hingga warnanya berubah menjadi hitam pekat. Kemudian mereka membawa tulang tersebut ke al Olaki Laboratory, di Sana’a, Yaman untuk dianalisis. Hasil laboratorium menunjukkan sel-sel pada jaringan tulang ekor tidak terpengaruh. Masya Allah.
Penelitian itu juga menjelaskan mengapa ketika dilakukan penggalian makam lama yang telah berusia berpuluh-puluh bahkan beratus tahun, ditemukan tulang sulbi / ekor yang tidak hancur. Benar-benar sesuai dengan sabda Rasulullah.

Tulang sulbi pusat sel dan jaringan

Han Spemann, seorang ilmuwan Jerman berhasil mendapatkan hadiah nobel bidang kedokteran pada tahun 1935. Dalam salah satu penelitiannya, ia menemukan bahwa asal mula kehidupan adalah tulang ekor. Dalam penelitian tersebut ia memotong tulang sulbi dari sejumlah haiwan melata dan mengimplantasikannya ke dalam embrio organizer.
Pada waktu sperma membuahi ovum (sel telur), pembentukan janin pun dimulai. Ketika ovum telah terbuahi menjadi zigot, ia terbelah menjadi dua sel dan terus berkembang biak sehingga terbentuk lempengan embrio yang memiliki dua lapisan. Salah satu lapisan disebut Internal Hypoblast yang memiliki beberapa unsur dan jaringan. Salah satunya
Han juga mencoba cara lain. Tulang ekor direbus dan kemudian dihancurkan dengan ditumbuk menjadi serpihan halus. Lalu ia mencoba mengimplantasikan pada janin hewan yang masih dalam tahap permulaan embrio. Hasilnya, tulang ekor itu tetap tumbuh dan membentuk janin sekunder pada guest body.
Masya Allah… benarlah sabda Rasulullah. Padahal beliau mensabdakannya 14 abad yang lalu. Sebelum sains bisa bicara banyak tentang tulang ekor. [Ibnu K/Bersamadakwah]

Nando's. Pilihan tempat untuk sahur.

Nando's adalah sebuah rangkaian restoran berasal dari Afrika Selatan dengan tema Portugis. Diasaskan pada 1987, Nando beroperasi dai 26 buah negara termasuk malaysia dan lima benua.

Cuma sekai jak pernah makan di restoran ni. Lepas tu? Bukan tak mahu datang lagi, cuma nak dapat tempat duduk tu payah. Orang beratur tunggu giliran. Tapi tu cerita Nando's di 1 Borneo Hypermall.

Mungkin disebabkan dia baru beroperasi di sana, jadi ramailah orang nak test rasa. Boleh tahan juga ayam panggang dia, berbaloi tunggu lama-lama. Tak nak berbuka di Nandos's?

OLDTOWN White Coffee | Status halal

Hari Isnin! Mula lagi sibuk mungkin ada yang tidak sempat menyinggah di bazar-bazar ramadan. Kalau jalan tidak jem, boleh la. Bulan keadaan trafik saja perlu difikir, car park pun belum tentu ada yang kosong.. hehe.

Pernah tak terfikir untuk berbuka di OLDTOWN White Coffee? Dengar cerita Restoran ni tidak halal, betulkah?
Macam-macam isu kotrovesi. Tapi mengikut kenyataan OlDTOWN White Coffee,
"Kami memahami betapa pentingnya pensijilan halal kepada rakan-rakan Muslim kita. Old Town White Coffee tidak menjual apa-apa produk makanan yang tidak halal atau alkohol.
"Malah semua makanan dan minuman kami disediakan dengan cara yang halal,"

O.klah tu, kalau nak yang soheh boleh jumpa dan tanya sendiri di pejabat JAKIM.
Selamat bersahur!

Sup Ikan Tomato

Gambar hiasan
(Kalau ada gambar nanti aku tukarlah)
Aku jatuh cinta dengan sup ikan gaya Cina ni masa bermastautin di W.P Labuan. Boleh dikatakan tiap pagi melahap sup ikan dengan Kolo me.

Satu hari, aku tanya macam mana nak buat sup ni, tapi agak liat si apek tu bagi tahu. Tapi aku kena ambil tahu, mana tahu dia letak wain ka, arak masakan ka. Then, perlahan-lahan dia kongsikan resepi.


Resepi Sup Ikan Tomato
(Untuk satu orang)

Bahan-bahan:
1. Isi ikan Kerapu atau ikan Merah. Paling sedap bahagina perut, tapi banyak tulang.

2. 1/2 Tomato. Potong ikut suka.

3. Air asam jawa dari sejemput asam jawa.

4. Halia Cina 1 inci, di hiris halus.

5. 1/2 bawang besar potong dua.

6. Bawang putih 2 ulas. Kupas kulit dan masukkan bulat-bulat.

7. Air 1 liter.

8. Garam & aji 1/2 sudu makan.

Cara-cara  :

1. Panaskan 1 liter air tu dan masukkan kesemua bahan kecuali isi ikan. Biarkan dengan yang besar hingga tomato lerai sedikit.

2. Masukkan garam, aji dan air asam jawa. Masukkan sikit-sikit dan rasa, nanti sup terlalu masam.

3. Masukkan isi ikan dan biarkan dengan api perlahan.

Siap dan dimakan bersama nasi atau masukkan Mee Hoon atau Kolo Mee.

Ada berbagai resepi sup ikan ni. Sup ikan goreng, sup sayur masin, sup ikan dengan susu cair.

InsyaAllah di masa akan datang aku kongsikan lagi resepi sup ikan yang lain.

Ahad, 28 Jun 2015

Home made burger

Jenguk-jenguk dalam peti ais ada lagi daging dan ayam yang belum masak. Jadi untuk petang ni menu berbuka masih daging la.

Bukan burger jak yang buat sendiri, sos pun hand made juga. Betul-betul nak habiskan stok ni daripada rosak dalam peti ais tu, baik berkarya.. hehe.

Hidangan untuk 4 hingga 5 orang.

Bahan-Bahan :
Daging Burger.
1. Daging 200g.
2. Ayam 200g.
3. 1/2 sudu teh lada hitam.
4. 2 ulas bawang putih cincang halus.
5. 1/2 ulas bawang besar.
6. 1 inci halia
7. Garam & Aji.
8. Putih telur dari 1 buji telur.

Cara-cara :

1. Bland daging dan isi ayam, bawang putih, halia, bawang besar, lada hitam dan gram serta aji menggunakan food processor.

2. Masukkan putih telur dan gaul kemudian jadikan bebola.

Sos Tomato.
1. 2 biji buah tomato didadu kecil.
2. 2 sudu makan serbuk cili.
3. 2 ulas bawang putih dicincang halus.
4. 1/2 ulas bawnag besar. Potong ikut suka.
5. 3 cawan stok ayam.
6. Garam & aji.

Cara-cara.
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga bawnag putih agak garing.

2. Masukkan tomato yang didadu, serbuk cili, garam, aji dan tambahkan stok ayam. Biarkan dengan api perlahan sehingga sos menjadi pekat.

Penyediaan :

1. Gaging burger didoreng dengan sedikit minyak. Leperkan dahulu sebelum masukkan dalam kulai.

2. Roti burger dibelah dua juga dipanaskan dikuali.

3. Lapiskan roti dengan salad kemudian letakkan daging.

4. Letak sos tomato tadi di atas daging burger dan letak mayo atau thousand Island.

5. Boleh hiaskan dengan hirisan tomato, bawang besar, timun atau apa saja.

Sabtu, 27 Jun 2015

Daging goreng pedas

Ni ceria daging semalam yang tak masak habis. Hari cadang nak berbuka dengan mee goreng. Mee goreng beli di Bazar Ramadan jak.

Bahan-bahan :
1. 300g daging.
2. Sedikit kicap untuk pewarna sahaja.
3. 1 sudu teh soda.
4. 2 ulas bawang putih dicincang halus.
5. Sebelah bawang besar.
6. 1 tangkai daun bawang.
7. 1 sudu makan minyak bijan.
8. 1 sudu makan cuka.
9. Cili kering giling.
01. 1 inci halia di hiris halus.
11. Gula, aji dan garam.

Cara-cara :
1. Potong daging senipis yang boleh dan perap dengan soda dan kicap serta minyak bijan dalam 30 minit.

2. Goreng daging dengan sedikit minyak dan tambahkan cuka.

3. Masa menggoreng daging tu, jus daging akan keluar, jadi kena keringkan dahulu jus tu baru tambah bahan lain.

4. Kalau sudah kering, tumiskan bawang putih dalam kuali yang sama. Bila Bawang putih dah garing masukkan bawang besar dan daun bawang.

5. Masukkan cili kering giling atau cili padi yang di potong-potong, garam, aji dan gula dan siap.

Sup daging air kelapa.

Semalam bermuka dengan sup daging. Bosan juga ke Bazar Ramadan, hari-hari benda yang sama dah la cari parking pun satu hal.

Memandangkan bahan- bahan di rumah hampir lengkap untuk masak sup, jadi aku masak sup la cuma tambah 2, 3 bahan lagi. Sebelum balik, aku sunggah di pasaraya untuk beli Daging dan Soda.

Walaupun sedang puasa, aku cuba juga masak sendiri risiko yang paling mungkin ialah terlebih garam atau tak ada rasa langsung!
Kerja dan bahan-bahan agak banyak tapi rasanya pasti tidak mengecewakan. Air kelapa aku buat sendiri, malas cari kelapa ditengah-tengah kesibukan alam.

Bahan-bahan.

1. Air Kelapa Muda.
- Panaskan 2 liter air, masukkan 1/2 cawan Cuka makan, 2 sudu teh garam dan satu sudu makan gula.

2. Stok sayuran.
- Lepas air kelapa muda siap, Kita buat stok sayuran dengan air kelapa muda tadi. Masukkan satu biji tomato dibelah 4, 1 ulas bawang besar dibelah 4, 3 ulas bawang putih, 1/4 Kobis, 2 inci halia cina di hiris nipis.

3. Daging.
- 500g daging dipotong ikut suka dan digaul bersama 1 sudu teh soda. Perap sehingga bahan tumis siap atau 15 minit.

4. Bahan tumis.
1. 1 1/2 bawang bombay.
2. 4 ulas bawang putih.
3. 1 inci lengkuas.
4. 2 cm kungit.
5. 2 batang kulit kayu manis sederhana.
6. 2 kuntum bunga lawang.
7. 4 Kuntum cengkih.
8. 4 biji buah pelaga.
9. 1 sudu teh jintan manis.
10. 1 sudu teh jintan putih.
11. satu sudu teh ketumbar.
12. 2 batang setai dititik.

- Tumbuk lumat bahan 1, 2, 3 dan 4, kemudian tumis bersama bahan-bahan lain bila dan naik bau.

Masukkan baham tumis ini ke dalam periuk stok sayuran tadi biarkan dengan api perlahan.
Masukkan daging dan biarkan sehingga daging lembut. Masak tidak perlu lama kerana air kelapa yang kita buat dan soda tu bertujuan untuk melembutkan daging dalam masa yang singkat.

Sementara itu, tumbuk satu genggam bawang goreng dan potong batang Saleri. Masuk bahan ini 10 minit sebelum api dimatikan.

Banyaknya step dan bahan! Tapi hasilnya sangat puas hati.




Rabu, 24 Jun 2015

Yong Tau Fu yang ringkas tapi sedap

Baca tak tajuk tu "Ringkas tapi sedap". Yong Tau Fu ni walaupun ringkas, tapi boleh kenyang juga dibuatnya. Satu lagi ianya boleh dikatakan makanan yang sihat, sangat sesuai untuk awek-awek yang jaga badan sebab penyediaannya tanpa minyak dan jimat barang-barang dapur.
Daripada makan mee segera memanjang, baik makan yong tau fu lagi tahan diperut dan lagi segera disediakan.
Ada berbagai variasi yong tau fu ni, ada yang makanan laut, ayam, daging dan sayuran. Tapi untuk kali ini aku kongsikan gegelung ikan sayuran dan bebola ikan goreng..

Bahan-bahan untuk sup :
1. Halia 1 inci dihiris halus.
2. Bawang putih 4 ulas dibuang kulit.
3. 1/2 bawang besar didadu.
4. Ikan bilis kisar 2 sudu makan.
5. Chilli Coarse. Yang ni boleh cari di pasaraya. Cili kering kisar, macam tulah gambarannya.
6. Satu sudu teh minyak bijan. Kalau mahu letak untuk naikkan bau.
7. Garam.

Cara-cara :
1. Potong yung tau fu mengikut suka. Gegelung ikan tu aku potong sendeng, bebola ikan aku belah     dua.
2. Panaskan 1 litar air. Masukkan kesemua bahan kecuali Chilli Coarse. Renihkan hingga bawang putih jadi betul-betul lembut. Bawang putih tak payah potong atau hiris.
3. Masukkan Yong Tau Fu dan tunggu hingga yong tau fu semua timbul atau kembang sikit. Masukkan garam dan rasa dahulu sebelum matikan api.
4. Tambahkan Chilli Coarse mengikut kepedasan yang dikehendaki. Tapi cili ni memang tak pedas. Jadi kalau nak pedas yg ekstrem, gunakan cili padi.
5. Hidangkan yong tau fu dan masukkan minyak bijan. Siap untuk dimakan.

Kalau nak hias boleh la tambahkan daun bawang dan daun sup.. Aku tak sempat beli. 
Kalau bercadang nak sarapan pagi dengan sup yong tau fu ni pun boleh juga cuma tambahkan mee hun, sayur sawi dan tomato dua hiris.

Selamat mencuba..

Isnin, 22 Jun 2015

4 Gambar Ramadan di Syria.

Sementara kita meraikan Ramadan dengan penuh taat, semakin ramai pula saudara kita yang sedang mengharungi dugaan Allah.S,W.T. Dugaan yang sangat dasyat, kalau kena batang hidung sendiri, tak tahu apa nak cakap.. Syukur Ya Allah, semoga bumi yang kami pijak kini akan sentiasa makmur, dan penuhilah hati saudara dengan kesabaran yang kini diperangi dimanapun meraka diseluruh dunia.


Adik ini mungkin sedang meminta sesuatu atau sedang menunggu giliran untuk mendapatkan sekeping roti. Wajahnya penuh dengan warna ketabahan dan kesabaran.











Seorang bapa sedang melayani anaknya mungkin
sedang menuangkan untuk anaknya secawan kopi tapi air mata yang tumpah. Siapa sanggup melihat anak sendiri membesar dalam suasana yang payah. Serba salah kerana menjadi penyebab kepada kelahiran anak-anak.











Apa yang mereka sedang bualkan atau masing-masing sedang menunggu giliran untuk menggunakan sudu. Lantai retak seribu, bumbung tampal seribu, dinding tidak berpintu.









Sisa makanan menjadi pilihan asalkan halal tidak perlu mencuri yang mungkin akan menyusahkan orang lain. Aurat sentaiasa ditutup rapi serapi menjaga iman.

Rakyat dijui dengan kekejaman pemimpin dan pemimpin diuji dengan kuasa sementara kita pula diuji dengan penderitaan saudara-saudara kita.

Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)


Tiada suatupun perkara yang berlaku ke atas kita melainkan semuanya ujian dari Allah S.W.T



5 Gambar Keindahan Suasana Ramadan 1436 H

Gambar-gambar berikut menceritakan suasana Ramadan di bebebrapa negara. Gambar yang menceritakan persaudaraan dan kebersamaan merasai keseronokan beribadah.
Masjid di Midrand, Johannesburg

Karachi, Muslimin bersolat di jalan. 

Muslimin bersolat Jumaat di halaman sebuah kawasan perumahan di sebelah pusat masyarakat kecil dan masjid ( Kanan ) BBC  di timur London, Britain.

Sukarelawan membawa sedulang makanan untuk diagih sebelum berbuka di Masjid Memon di Karachi

Ribuan masyarakat turki berbuka bersama pada hari pertama Ramadan

Jumaat, 19 Jun 2015

Bagaimana mengetahui bahwa seseorang sedang berbohong?

Tidak perlu menjadi seorang ahli psikologi untuk mempelajari dan mengetahui bahwa seseorang itu sedang bercakap bohong atau tidak. Seorang psikologi yang sudah mahir dapat mengetahui seseorang itu sedang berbohong atau tidak, seperti psikologi yang mewawancara Putri Diana saat itu. Dia menyatakan bahwa Putri Diana berkata jujur ketika diwawancarai perihal perselingkuhan suaminya, Putra Charles.


Anda pun boleh menganalisa seperti itu dengan latihan yang terus menerus tentu. Ahli Psikologi pun berlatih setiap hari sehingga mereka mahir.
Ada 1 juta bahasa tubuh (Body Language) yang berbeza, di sini ada beberapa bahasa tubuh yang umum  menunjukkan bahwa seseorang sedang berbohong atau tidak :
1. Posisi tubuh dapat menjadi bukti yang menunjukkan bahwa seseorang sedang berbohong, karana disedari ataupun tidak disedari ada hubungan yang kuat antara pikiran dan ekspresi.
2. Nafas yang tiba-tiba. Dalam setiap kebohongan, detak jantung akan meningkat dan nafas akan menjadi cepat/pantas. Biasanya pembohong akan mengambil nafas dalam-dalam untuk menenangkan perasaannya. Cara ini juga yang diterapkan oleh mesin pengesan kebohongan, yaitu dengan mengukur rentak jantung orang yang sedang ditemuramah/diwawancara.
3. Kegelisahan di bahagian tertentu pada tubuh. Hal ini dapat dilihat dengan berbagai cara, bergantung dengan orangnya. Gerakan yang gugup akan menarik perhatian kita terutama dapat kita rasakan ketika kita berbicara dengan seseorang yang kita kenal dan orang tersebut melakukan gerakan yang tidak seperti biasanya. Berikut adalah contoh kegelisahan di bagian-bagian tubuh :
– Gerakan tubuh yang maju-undur, apakah dalam posisi duduk maupun berdiri.
– Posisi yang tiba-tiba berubah. Sebagai contoh, lawan bicara kita sedang menyilangkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain, dan ketika mulai menjawab pertanyaan kita, dia merubah posisi kakinya. Orang yang berbohong, sekalipun dia seorang profesional, akan merasakan ketidaknyamanan ketika dia berbohong. Tubuh akan selalu menyesuaikan perasaan kita tanpa kita sadari, jadi posisi yang tiba-tiba berubah ini adalah sinyal yang baik yang menunjukkan bahwa seseorang sedang berbohong.
– Gerakan-gerakan yang tidak disadari dari tangan dan kaki. Sebagai contoh: menggoyangkan kaki, menggoyangkan tangan diatas meja, kedua tangan direkatkan kuat-kuat, kedua paha saling menekan bersama-sama. Jika lawan bicara kita sedang dalam posisi duduk dan kemudian ia merubah arah telapak kaki ke arah yang lain, itu juga merupakan tanda bahwa orang tersebut sedang berbohong.
– Senyuman yang palsu. Senyuman identik dengan keakraban dan kepercayaan, dan para pembohong seringkali menyalahgunakannya. Jadi bagaimana membedakan senyuman pembohong? Para pembohong biasanya akan tersenyum cukup sering dan tiba-tiba, yang sebetulnya dia tidak tahu dimana tempatnya dia harus tersenyum.
– Terlalu banyak aksi-aksi ’sok akrab’, seperti : menepuk punggung anda, menyentuh anda ataupun mendekatkan posisinya pada anda. Lawan bicara anda akan merasa kekok ketika berbohong sehingga mereka akan menyembunyikan kekekokkannya dengan melakukan tindakan-tindakan tersebut. Akan sangat sulit memutuskan bahwa seseorang sedang berbohong jika dia melakukan tindakan-tindakan yang bersahabat seperti itu. Ini adalah respon manusia yang semulajadi. Tetapi tetap perlu diingat, bahwa jika anda merasa bahwa keakraban dari lawan bicara anda sudah berlebihan, berhati-hatilah.
Dah habis baca ? aku Copy /Paste jak tu dan edit sikit dari bahasa Indon. hehe..

Masak Kari (Rempah Kari Buat Sendiri)

Masak kari ni masakan biasa jak, di mana-mana ada ada kari. Pendek kata dimana ada India, di situ ada Kari. hehe.. betul ka tu? Mungkin betul la, sebab tidak pernah jumpa lagi masakan Chinese Curry semuanya Indian Curry.


Kari bermaksud Kuah kalau dalam masakan Melayu dan Souse dalam masakan Barat. Aku pun tidak berapa pasti maksud kari ni, tapi aku dengar dari Asian Food Channel (AFC). Channel kegemaran ni.. Difinasi lain untuk kari ialah "Nama untuk berbagai jenis makanan yang dimasak dengan rempah-rempah hingga mempunyai rasa tajam dan pedas. Kari adalah masakan asal Asia Selatan, terutama dari India yang telah meluas ke seluruh negara di kawasan Asia Pasifik dan Eropa"

Bila masak kari  bermacam-macam serbuk kari yang terlintas, yang paling lazim tu Alaggapas la.. Amma.. Tapi seorang Chef rekomen, rempah kari Alagappa's memang sedap. 

Jadi aku kongsikan resepi kari tanpa serbuk kari yang kita biasa beli di kedai tu.
Boleh gunakan daging atau ayam.

Bahan-bahan (A):
1. 1 t/s Serbuk Jintan Manis
2. 1 t/s Serbuk Jintan Putih. 
    Jintan tau! Bukan Jantan manis dan Jantan putih!
3. 1 t/s Serbuk Ketumbar.
4. 1 t.s Serbuk kunyit
5. 1 sudu makan serbuk cili.
    
Bahan-bahan di atas adalah basic untuk buat serbuk rempah kari.

Bahan lain untuk menyempurnakan masakan kari kita : (Bahan B)

1. Bawang Bombay 3 biji.
2. Bunga lawang 2 kuntum
3. Biji Pelaga 3 biji.
4. Cengkih 3 biji
5. Kulit Kayu Mnis 1 batang.
6. Daun Kari 1 tangkai.
7. Lada hitam 5 biji ditumbuk.
8. Daun Pudina sejumput
9. Air atau Pas Halia Bawang Putih.
10. Gula, Garam, Aji.. semua satu sudu makan.

Tahu tak kenapa masakan kari Mamak atau India tu bau lekat di tangan sampai 2 hari? Sebab diorang menggunakan Bawang Bombay, Bawang Merah yang besar tu.. Sudahlah besar, pakai banyak pulak tu. Untuk satu KG dading, mereka menggunakan 3 biji atau 3 genggaam penuh Bawang Bombay yang sudah dipotong..

Untuk menambah rasa dalam masakan kari terutamanya rasa pedas dan masam boleh masukkan bahan-bahan dibawah ambil salah satu atau masukkan semua pun boleh.

(Bahan C)
1. 1 cawan Cili Boh. Hati-hati kalau guna Cili Boh ni, jangan tambah Asam Jawa banyak sangant. Sebab Cili Boh sudah masam sebab semasa proses pembuatan Cili Boh ni, diorang dah letak cuka unttuk mengawet.

2. Asam Jawa. 
3. Asam Keping.
4. Tomato. 
5. Nanas. Pilih nanas yang mengkal, kalau nanas yang sudah masak manis pulak.
6. Cili giling untuk naikkan warna dan tambah sedikit rasa pedas.


Langkah-langkah :

1. Tumiskan Bawang Bombay bersama Bunga Lawang, Biji Pelaga, Cengkih, Kulit Kayu Manis, Lada hitam.

2. Masukkan serbuk Kunyit, agak-agak minyak pun sudah sebati dengan warna kunyit, masukkan Serbuk Jintan Manis. Jintan Putih, Ketumbar dan serbuk Cili. Kacau dengan api yang perlahan sehingga kesemuanya menjadi Pes.

3. Masukkan daun Kari, daun pudina dan pes halia bawang putih atau air halia bawang putih dan masukkan bahan dari Bahan C di atas untuk masam. serta cili giling kalau mahu.

4. Masukkan daging atau ayam.Kalau nak lebihkah kuah, bolehlah tambah air.

5. Kalau mahu tambah santan tunggu daging separuh masak baru letak, kalau letak awal nanti pecah minyak pulak. Aku tak masukkan santan dalam senarai bahan, sebab ada masak kari yang tak pakai santan.

6. Masukkan Gula, Garam, Aji. Kalu tak yakin, boleh tambah sikit-sikit. jadi rasa tu boleh adjist ikut selera sendiri.

Gambar di atas tu kari daging yang aku masak masa kenduri baru-baru ni, masak tanpa santan.
Boleh faham ke resepi tu, panjang sangat kan? haha. Resepinya pendek, tak bebelan jak yang panjang.












Rabu, 17 Jun 2015

6 Tokoh Paling Hebat Dalam Sejarah Perang Moden.

Tokoh Islam, Dr. Zakir Naik yang telah membahaskan "Adakah keganasan didalangi orang Islam atau Ahli Politik?" Dalam sesi pembahasan tersebut, beliau menyebutkan 6 orang pembunuh yang kejam dalam sejarah.


1) "Hitler"
-Membunuh jutaan orang Yahudi.

2) "Joseph Stalin called as Uncle Joe".
-Membunuh 20 Bilion termasuk 1.4 bilion yang mati kebuluran.


3) "Mao Tse Tsung (China)"
-Membunuh sehingga 14 atau 20 bilion orang.


4) "Benito Mussolini (Italy)"
-Membunuh 400 ribu orang


5) "Ashoka" In Kalinga Battle
- Membunuh 100 ribu manusia.


6) Embargo put by George Bush in Iraq, 

-Setengah juta kanak-kanak telah dibunuh !!

Adakah keenam-enam orang tokoh di atas Muslim? Media tidak pernah menyebutkan mereka adalah pengganas. Keganasan yang kini sedang berlaku adakah juga disebabkan orang Islam ?


1) Rohingnya
- Peghapusan etnik oleh golongan anti Muslim dari kalangan Buddha.

2) Syria
- Pembunuhan rakyat Syria alirah ASWJ di bunuh oleh Syiah.

3) Palestin
- Penindasan dan pengusiran dari Pihak Zionis.

Adalah anda masih fikir Islam bermasalah ?

1. Perang Dunia Pertama, 17 bilion mati. Disebabkan oleh bukan Islam.
2. Perang Dunia Kedua 50 hingga 55 bilion mati. Disebabkan oleh bukan Islam.
3. Sejarah pengeboman bom Atom Nagasaki 200 ribu orang mati. Disebabkan oleh bukan Islam.
4. Perang Vietnam 5 bilion mati. Disebabkan oleh bukan Islam.
5. Perang Bosnia / Kosovo lebih 500 ribu orang mati. Dsebabkan oleh bukan Islam.
6. Perang Iraq, 12,000.000 orang mati. Disebabkan oleh bukan Islam.
7. Combodia, 3 bilion mati. Disebabkan oleh bukan Islam.
Keganasan Syiah membunuh kaum Muslimin
si Syria.


"Islam bukan pengganas dan pengganas buka Islam"
Dr Zakir Naik.

PeaceTV

Selasa, 16 Jun 2015

Bisnes Yong Tau Fu (YTF)

Fong Tau Fu ni adalah manakan Cina, selalunya disediakan dalam bentuk sup. Memandangkan YTF ni sudah diterima oleh seluruh masyarakat kita, dan YTF banyak dijual atau dijaja di tepi kedai menggunakan konsep kiosk. Nama lain bagi bisnse ini ialah 'Sate Celup'.

Semalam aku mulakan bisnes jual YTF berkonsepkan Francise Kiosk. Aku berniaga guna jenama orang lain macam KFC, McD dan kebanyakan jenama makanan segera yang lain.

Kerjanya mudah cuma jual. Semua peralatan dan bahan mentah pemilik jenama akan supply. Lagipun penyediaan YTF mudah, samada goreng atau celur.

Aku mula berniaga semalam dalam pukul 6.00 ptg lepas balik kerja terus ke tapak niaga. Sebelum ni aku berniaga restoran, tapi kemahiran tu kurang sangat, ahkirnya jadi tidak mampu. Jadi mulakan dari kecil dahulu. Perniagaan besar perlu tenaga dan ilmu serta duit lebih, yang ni modal tidak sampaipun RM 2 K.






Pelanggan pertama datang seawal jam 6.30 ptg. Buat masa ni tak banyak pilihan maklumlah permulaan. Hari ni semua ada 105 Stick, untuk hari berikutnya aku tambah lagi jadi 160 Stick dan pelbagaikan rupa serta rasa.


Dalam jam 10.00 mlm, 5 tray sudah kosong, untung tu adalah sikit, kalau tak untung baik jangan berniaga. 

Aku berniaga dalam 5 jam jugaklah, sebab pukul 10 tu aku sudah mula kemas. Kalau mahu tunggu pelanggan habiskan boleh juga, tapi tak payala tunggu. Esok masih ada. Jadi kalau mahu berniaga Part Time, cuba Francise macam ni, Burger, Lamb Chop, Lamb Stik atau jeruk buah pun boleh jadi. Yang penting bukan berniaga suka-suka, tapi suka berniaga !




Isnin, 15 Jun 2015

Ikan Halikopter..


Ikan ni nama sentifiknya Ostracion cubicus. Name Tag nia ada disebelah kanan, korang tak nampak. hehe. Dalam bahasa aku, Bahasa Bajau, Daing Tabanggak-banggak. 'Daing' tu bermaksud 'Ikan', 'Tabanggak-banggak' tu aku tak tahu dari mana datangnya, maksudnya pun aku tidak tahu. Siap kol Ibu di kampung tanya nama ikan ni.

Baru-baru ni kami mengadakan majlis makan malam peserta kursus di Akmal Sabah. Menu utama ialah SeaFood BBQ. Ikan ini antara hidangan malam tersebut.


Setiap kali ikan orang bertanya nama ikan ni. Memang ramai yang tidak tahu namanya. Antara nama yang femes kita bagi untuk menjawab pertanyan orang ialah "Ikan Helikopter" Aku main hentam jak. Nama lain ikan ini ialah ikan kudu-kudu.

Menyediakan ikan ni kebiasaannya cuma di panggang. Kalau nak rebus pun, rebus dengan air laut baru ada rasa. Kalau rebus denga air biasa mungkin setengah guni garamnya itu pun belum tentu. Kulit ikan ni setebal kira-kira 1 mm.  Tapi jangan lupa buang dahulu organ dalaman. Eh..eh.. 



Inilah keadaan isi ikan ni. Sedap, tebal dan padat. Macam isi chicken drumstick. Sedap cecah dengan sambal kicap atau sambal belacan. Mak aku cakap jangan sesekali dipanggang atau terkena asap pokok Lahunai nanti memabukkan. Mungkin betul juga. Manalah tahu suatau masa dulu ada datok moyang aku yang maut sebab ikan ni dan asap pokok Lahunai. Lahunai ni tubuhan liar. Daunnya harum, orang Jepun selalu gunakan untuk menghentikan pendarahan luka-luka kecil.

Lahunai nama Eupatorium odoratum


Sebenarnya nama Lahuani ni Bahasa Bajau, tapi Search di google "Lahunai" keluar pulak pokok Lahunai ni sebijik. Siap aku Vote lagi untuk dia, harap-harap menang foto contest.
Nama lain pokok ni ialah Pokok Kapal Terbang, Pokok Selaput Tunggal atau Pokok Jerman.







Ikan ni tak mahal sebab tidak ada orang nak beli, diorang tak tahu lagi rasa dan tekstur dagingnya. Tapi kalau berkesempatan datang ke Sabah terutamanya bandar Kota Kinabalu, jangan segan silu hubungi aku, kita boleh test sama-sama, janji ada orang belanja.
O.k la tu, hari ini aku dah belanja dua entri, ni habis pulak idea untuk entri akan datang.
Bye.. see yeah..                 

Bot Banjir, Bersedia Untuk Menyelamat.

Sabtu lalu (13/6/2015) aku balik kampung mentua di Beaufort Sabah.
Kebiasaannya kami memang balik setiap minggu kalau tidak sebok dengan kerja.

Cuma kepulangan kami kali ini agak berbeza, terkejut pun ada. Tapi kalau ketawa tu tak adalah. Mahu kena sondol dengan penyodok? Tapi ketawa jugalah sikit.. hehe

Apa tidaknya, rumah yang jauh berbatu-batu dari laut tiba-tiba ada bot parking di laman rumah. Nak kata mentua aku pigi pancing udang gala, tidak pernah pulak jumpa kelibat rod pancing di rumah tu sejak aku berkahwin dengan sulungnya.

Tapi fikir balik ni mesti persediaan menghadapi banjir. Sejak kahwin dengan bini aku ni, dah 2 atau 3 kali merasai pengalaman banjir. yang paling teruk tahun 2012 lalu. Ha, boleh tengok sini. Masa ni paras air di kawasan rumah mentua aku hingga paras pinggang orang dewasa. Dalam kan?

Lagi pun sekarang ni dah masuk musim hujan. Hujan lebat atau hujan sederhana lebat yang berlarutan sehingga 3 hari akan menyebabkan paras air empangan daerah Tenom akan meningkat dan bagi mengelakkan empangan Hidroelektrik tersebut pecah, jadi air dilepaskan. Disebabkan kedudukan daerah Beaufort ni agak rendah serta kawasan Pekan Beaufort dan penempatan banyak tertumpu di tepi sepanjang Sungai Padas, secara tidak langsung penduduk sering menjadi mangsa banjir.

Kira Ok la, esok-esok kalau petaka tu datang sekurang-kurangnya adalah persediaan, tak lah duduk terngaga menunggu bantuan. Pendayung mana? khik..khik.. harap-harap mentua aku tidak baca artikel ni nanti dia tagih pulak pasal buat pendayung tu. Kalau ada kelapangan aku buat la..


Sup Ikan yang Sedap dan Sihat.


Resepi ni bukan sahaja mudah tapi sedap dan menyihatkan. Sapa-sapa yang mahu kurangkan berat badan tu baik dari kalangan lelaki atau perempuan, bolehlah cuba resepi sup ikan ni. Harap jangan jauh sangat dengan jamban! Takut tak sempat duduk hajat dah kesampaian.. haha. Tapi perut tak memulas, jangan bimbang..

Sebenarnya, banyak-banyak jenis masakan, aku sangat suka masak sup. Bermacam-macam resepi sup dalam koleksi. Ada yang paling rumit hingga berbelas-belas bahannya..

Ok! Kita mulakan..

Bahan-bahan;
1) 3 ekor ikan kembung, potong ikut suka. Ikan Tulai, Ikan Tengiri, ikan apa pun boleh yang penting bukan ikan masin atau ikan duyung. hehe

2) Halia 1 inci.
3) Bawang putih 3 ulas.
4) 3 atau 4 biji limau nipis atau limau purut. Diambil jusnya.
5) Daun limau purut 4 helai.
6) 3 liter air.
7) Setengah sudu teh kunyit serbuk kalau guna kunyit hidup setengah inci cukup. Untuk warna jak.
8) Lada hitam 5 biji.
9) Garam dan perasa.

Kalau mahu lebih cantik, boleh tambah 2 biji tomato di belah 4 atau dadu. Lobak dan Cili (buang tangkai dan patah dua jak)

Cara-cara ;
Panaskan air yang tiga liter tu, sambil tunggu air menggelegak, tumbuk halia, bawang putih, kunyit hidup, lada hitam.
Masukkan bahan yang ditumbuk halus tadi, daun limau purut, jus limau, lobak, tomato jika perlu ke dalam air yang menggelegak tu. Tambahkan garam dan perasa.
Masukkan ikan dan biarkan dengan api yang perlahan sehingga ikan betul-betul masak.

Hidangkan bersama nasi panas. Eeemmmm.. Kalau mahu tambah bawang goreng ke atau apa2 eksesori lain boleh jg.. Orang lelaki jangan pulak tambah sport rim atau skirting, maklum la, lelaki macam kita ni, asal eksesori, rim la yang melekat di kepala tu.. haha

Khamis, 11 Jun 2015

7 Pengganti Bahan Non Halal Dalam Masakan

Kebiasaannya aku selalu masak makanan Cina, Jepun dan Korea. Pernah juga cuba membuat beberapa makanan jenis salad resepi-resepi dari Barat, tapi bila dia tunjukkan bahan -bahan non-halal ni, kita terus mati kutu.. adoi..

Masakan Cina dan Jepun sering menggunakan Wain Beras, Arak Putih, Ang Ciu dan berbagai lagi bahan non halal ni.

Apakah kedukukan makanan yang mengandungi bahan seperti ini dalam islam?

1.  عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: وَ لاَ اَعْلَمُهُ اِلاَّ عَنِ النَّبِيّ ص قَالَ: كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَ كُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ. مسلم 
    Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata : Dan aku tidak mengetahuinya melainkan dari Nabi SAW, beliau bersabda, "Setiap (minuman) yang memabukkan itu khamr, dan setiap khamr itu haram". [HR. Muslim juz 3, hal. 1588] 

2.  عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: مَا اَسْكَرَ كَثِيْرُهُ فَقَلِيْلُهُ حَرَامٌ. ابن ماجه
   Dari Jabir bin ‘Abdullah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Minuman yang dalam jumlah banyak memabukkan, maka sedikitpun juga haram". [HR. Ibnu Majah juz 2, hal. 1125, no. 3393] 

3. لعن الله الخمر وشاربها وساقيها وبا ئهما ومبتاعها وعاصرها ومعتصرها وحاملها   والمحمولة اليه (رواه مسلم والنسائ)
“Allah melaknat peminum khamar, yang menyuguhkannya, yang menjualnya, yang membelinya, yang membuatnya, yang meyuruh membuat, yang memanggul dan yang menerimanya” (Hadits riwayat Abu Daud dan Ibnu Majjah). 

Memang tidak disebutkan memasukkan Khamar atau Arak ke dalam masakkan menyebabkan makanan tersebut menjadi haram untuk dimakan oleh orang Islam, tetap sudah tentu kita terminum arak yang telah bercampur dalam masakakn kita walaupun sedikit.

Tapi haram-haram pun makanan tu, tetap mahu cuba juga. Jadi aku googlelah untuk cari sumber macam mana gantikan bahan Haram ini dalam masakan aku nanti.

1. Ang ciu atau arak masak:
Penggantinya: Kicap Masin yang dicampur dengan Jus Limau Nipis atau Lemon hingga agak cair sedikit.

2. Mirin dan Sake:
Penggantinya: Jus Anggur Segar yang dicampur dengan Jus Limau Nipis untuk pengganti sake. Tambahan gula pasir jika dipakai sebagai pengganti Mirin.

3. Brandy:
Penggantinya: Sirap Buah Ceri yang kental atau selai cherry yang dilarutkan dengan air hangat.

4. Red Wine:
Penggantinya: Jus Anggur Merah segar atau Jus Cranberry.

5. White Wine:
Penggantinya: Stok Ayam atau atau Jus epal hijau segar.

6. Vodka:
Penggantinya: Jus Anggur yang dicampur dengan Jus Limau Nipis.

7. Bourbon / Wiski :

Penggantinya: Ekstrak Vanili atauJus Cranberry atau Jus Anggur.

Wa.. lepas ni boleh la cuba masakan Haram ni dengan yakin kecuali Khinzir dan sekutunya.. hehe

Apakah maksud takaful ?