Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Isnin, 26 Julai 2021

Pulut Durian CREAMMY yang paling sedap

Assalamualaikum..

Kali ini saya kongsikan pula sebuah lagi resepi yang baharu jugalah tapi nama hidangan ni memang popular. Pulut Durian cuma versi saya ni saya tambah Coconut Cream.

Pulut Durian
Pulut durian bersama krim kelapa




Ahad, 28 Mei 2017

Bihun Goreng Sambal Kacang

Lama sangat tak makan masakan mak, terutamanya Bihun goreng masakan mak sangat sedap kerana setiap kali mak goreng bihun dia akan buat sambal sekali.

Sabtu, 11 Mac 2017

Ikan Goreng Berempah


Ikan goreng ni antara resepi yang paling mudah. Orang yang baru bangun tidur pun boleh buat sebab bahan-bahannya cuma garam. Hehe.. kalau rajin sikit boleh tambah asam jawa. Tapi kalau hari-hari macam tu, orang lapar tahap gaban boleh hilang selera juga sebab jemu. Seminggu makan ikan goreng yang dilumur garam. Kalau sebulan.. setahun.. haha..

Khamis, 2 Februari 2017

Sup isi ketam bersama sayur petola


Aduh.. Lamanya tidak memblog. Asyik sebok! Tambah-tambah lagi semester 4 PJJ aku agak mencabar berbanding sebelumnya. Ya, sem pertama hingga ketiga aku boleh baca nota sambil makan ais krim. Tapi kali ini buat assignment sambil membebel.. haha. Tengok gambar di bawah tu...


Selasa, 5 April 2016

Resepi : Daging Tiyula Itum

Tiyula Itum
Masakan ni merupakan makanan tradisi kaum Suluk dan Bajau di Pantai Timur Sabah. Makan ini berasal dari Tawi-tawi Filipina dan terdapat dalam pelbagai versi.

Ahad, 13 Mac 2016

Resepi : Trubok masin tumbuk

Minggu lalu ke Sarawak, ada tugas yang perlu disiapkan. Lepas habis kerja, aku jalan-jalan la di bandar Kuching. Sempat beli ikan Trubok masin.

Balik dari Kuching flight jam 8 mlm, jadi sampai KK lagi la malam. Keesokkanhari baru la berkesempatan mengolah ikan Trubok ni. Dijadikan cerita, memang tak ada cerita sebab bahan untuk masak banyak yang habis. Hehe..

Tapi ikan ni masih boleh menjadi penambah rasa makanan. Ianya sangat mudah.

Ikan Trubok masik tumbuk.

1. Cuci ikan untuk hilangkan garam berlebihan. Gunakan bahagian yang tiada tulang tengah. Hiriskan isi ikan nipis-nipis tapi jangan terputus, agak-agak 5 cm cam tu. Tujuannya agar isi ikan dan tulang-tulang halus jadi garing bila digoreng.

2. Gorengkan isi ikan hingga garing atau isi ikan berwarna coklat gelap tapi jangan sampai hitam kehangusan... haha.

3. Kalau dah garing, angkat ikan dan toskan.

4. Tumbuk ikan bersama cili padi menggunakan lesung hingga kedua-duanya lumat.

5. Masukkan 1/3 sudu makan gula. Untuk seimbangkan rasa masin dan pedas.

Sedap dimakan dengan nasi..

Resepi : Batang keladi masak lemak bersama telur masin.

Semalam terbaca masej kawan dalam group Whatsapp. Seoronk diorang bercerita pasal telur itik masak lemak.

Ahad, 21 Februari 2016

Resepi Ayam Halia


Jika mahu rasa lebih pedas, boleh ditambahkan cili padi di dalam masakan ini.

Sup sayur daging

Macam lama sangat tidak update pasal resepi ni. Bukan malas masak tapi, malas buka blog lagi pun ada banyak kerja mau buat lagi. Jadi alang-alang aku update blog- blog lain, aku update lagi juga la resepi di sini. Blog-blog lain tu ialah Blog Persatuan Penjaga Jentera Elektrik Sabah dan Blog PJJ UUM yang kena block baru-baru ni oleh Blogger.com .

Rabu, 23 Disember 2015

Resepi sup ikan belut

Bila sebut ikan belut ni ramai yang meremang bulu roma, geli gelaman.. hehe. ini bukan ikan belut air tawar tapi belut air masin. Kalau di Semporna, ikan air tawar ni bagi free pun orang tidak mahu. Bukan apa, mungkin sudah biasa dengan ikan air masin.

Ahad, 22 November 2015

Ikan Tongkol Tomato.

Kali pertama makan masakan ini dalam dua tahun lepas tapi lupa tanya resepi. Jadi untuk menyudahkan hasrat hati, aku koreklah resepi dari google, youtube dan resepi di tin ikan sardin. Bahan bonus kali ini ialah sos Spageti Prigo.

Selasa, 10 November 2015

Nasi Panggang


Pernah dengar tak nasi panggang? Mestilah kan.  Tapi yang ini versi lain. Bukan yang dipanggang dengan daun pisang tu.

Resepi ni sesuai untuk sarapan pagi. Maklumlah kan, tiap buat sarapan jarang yang tak guna minyak. Kalau tidak mahu sarapan berminyak terpaksa makan roti dengan kaya.. hari-hari makan tapi tidak kaya-kaya juga.. hehe

Resepi ni mudah lagi pun kalau ada nasi semalam yang tidak habis, buatlah nasi panggang ni.

Bahan-bahan :

1. 500 g nasi.
2. 2 biji telur.
3. 2 ulas bawang putih, dicincang halus.
4. Setengah labu bawang besar, potong halus-halus.
5. 1 sudu serbuk pati ayam.
6. Garam dan aji.
7. 1 sudu teh lada putih.
8. Daun sup dipotong halus.

Cara-cara :

1. Campurkan kesemua bahan.
2. Panggang menggunakan kuali tanpa minyak. Kalau takut nasi tu melekat, letaklah minyak sedikit kemudian ratakan menggunakan tisu dapur.
3. Untuk lebih mudah, gunakan acuan atau ring telur mata lembu. Kalau tidak ada, kepal-kepalkan nasi tu dengan tangan kemudian masukkan masukkan dalam kuali dan leperkan dengan sudip atau spatula.
4. Kalau nak tahu sudah masak atau belum, nasi tu tidak akan terburai kalau diangkat. Maknanya telur yang diguna untuk mengadun tu sudah masak sempurna.




Nasi ni boleh dimakan dengan sos tomato, cili atau makan begitu tu saja.

Isnin, 12 Oktober 2015

Ikan jaket masak lemak


Ikan Cencaru

Aku pun sudah lupa bila masa aku dengar ikan ini kena panggil ikan jaket. Tapi yang aku ingat, jaket tu sempena sisik dia yang tebal. haha. Ikan ni kalau digoreng bulat-bulat macam dalam gambar tu, tidak berapa sesuai. Kebiasaannya orang akan belah dari sisi dan sumbat dengan paste atau sambal.

Tapi kali ni kita cerita pasal ikan ni kalau kena masak lemak. 

Bahan-bahan :

1. Kunyit hidup 1 inci. Kalau guna serbuk kunyit setengah sudu makan
2. Halia pun satu inci jugak
3. Bawang merah 2 biji.. (bawang ada biji ka?)
4. 3 ulas bawang putih
4. Tomato dua biji
5. Jus limau kasturi dari dua biji limau.
6. Cili hijau 4 biji. Dipotong-potong nipis. 
7. Belacan sebesar jari kelingking satu inci
8. Serai dua batang dititik.
9. Ikan cencaru dua ekor, potong ikut suka
10. 1/4 Daun kunyit di hiris
11. Daun pandan di simpul
12. Daun limau purut dua lembar
13. Santan
14. Minyak untuk menumis
15. Air 1 liter
16. Garam, guila dan aji

Cara-cara :

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan belacan.
2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga agak kering.
3. Masukkan daun liamu purut dan daun kunyit serta serai.
4. Tambahkan air sikit-sikit dan masukkan tomato. Biarkan hingga tomato agak lembut.
5. Kecilkan api dan masukkan ikan, cili hijau, daun pandan dan santan. Masak dengan api            sederhana. dan tutup.
6. Bila sudah agak-agak mahu masak, masukkan jus limau, dan perasakan. Keluarkan daun pandan dan masak hingga puas hati dan hidangkan.


Lupa pulak ambik gambar yang sudah masak.. hehe

P/s : Daun pandan tak elok masak lama-lama nanti bau dan rasa jadi lain pulak.
Cili hijau elok jika tidak ditumis, sebab bau cili hijau pun best jugak.







Selasa, 22 September 2015

Ikan Talapia Masak Kacang Masin..

Setelah beberapa ketika aku tidak ada masa mahu turunkan tandatangan di blog ni, Alhamdulillah kali ini aku diberi kesempatan lagi untuk terus berkongsi resepi seterusnya. Ikan Talipia Merah ni sedap kalau fresh. lagipun bau tak hanyir isi pun manis.
                                                                           
   

Resepi ni senang jak. Tak cerewet, tak banyak karenah.. hehe.

Resepi :

Penyediaan Ikan

1. Ikan Talapia Merah yang sudah dibunuh, dibersihkan dan dibuang isi perut.
2. Perap ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Goreng menggunakan minyak yang betul-betul panas. Lepas seketika, kecilkan api supaya kulit ikan rangup dan isi didalam masak dengan sempurna. Masa balikkan ikan, besarkan api bila kulit ikan dah agak garing, kecilkan api. Kalau tak jaga api pun boleh juga, tapi isi ikan mungkin menjadi sangat kering atau rangup di luar mentah di dalam. Kalau ikan sebesar tapak tangan abaikan jak la api tu.. hehe..

Sos

1. 1 1/2 inci halia.
2. 2 Ulas bawang putih.
3. 2 Sudu Kacang masin (Jenama Tamin)
4. 1/2 Tomato di dadu.
5. 1/2 Capcicum di dadu.
6. Kicap cair.
7. Lada Putih.
8. Garam & aji.

Cara-cara

1. Tumiskan bawang putih sehingga warna keemasan atau rangup.
2. Masukkan halia, Tomato, Capcicum, Lada Putih, Kacang masin, Kicap cair, garam dan aji.
3. Biarkan sehingga tomato agak lembut.
4. Kalau rasa dan cukup kena, curahkan di atas ikan Talapia yang digoreng tadi.


Isnin, 13 Julai 2015

Nasi kacang peas (kacang hijau)


  • 1 3/4 cawan air
  • 1 1/4 cawan beras, dibasuh dan ditos
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan kacang peas segar @ yang frozen
  • 2 sudu teh extra-virgin olive oil
  • 6 helai daun bawang, dihiris nipis
  • 2  sudu teh jus limau purut 
  • 1 sudu teh kulit limau purut parut

Chee cheong fun (steamed rice rolls)

Gambar hiasan
Resepi Chee Cheong fun
100gm tpg beras
1 sudu besar tpg ubi
365ml air
sedikit garam
1/2 sudu kecil minyak masak

campur kesemua bahan dlm bekas kacau sebati...kukus sperti mana nak buat laksam...

Resepi sos di sini.
#copypaste

Agar-agar ala Wakame salad

Agar-agar ala Wakame Salad
Wakame salad ni hidangan daripada rumpai laut juga. Kalau nak tahu boleh google Wakame.
Aku buat awal dan masukkan dalam peti sejuk. Sebab Wakame tu sedap dimakan bila sejuk. Selain raya yang unik, orang Jepun suka makan Wakame untuk menambah elemen rangup dalam hidangan mereka.

Jadi, agar--agar ni pun rangup juga sedap dikunyah.






Resepi kerabu agar-agar ala Wakame salad

Baham-bahan :

1. 1 gengam agar-agar segar.
2. 1 biji basang putih dihiris
3. 1/2 inci halia dihiris halus.
4. 1 sudu teh minyak bijan.
5. 1 sudu biji bijan panggang.
6. 8 sudu cuka.
7. 5 sudu kicap masin
8. 3 sudu makan gula.
9. Garam & aji.
10. Daun bawang.
11. Cili merah.
12. Cili kering kisar.


Cara-cara.

1. Rendam agar-agar dengan air panas atau celur sekejap dan bilas hingga lendir hilang.

2. Potong kecil agar-agar dan gaul kesemua bahan.

3. Hias dengan daun bawang dan cili merah serta cili kering kisar.

4. Sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan.

Kalau nak tengok resepi agar-agar yang lain boleh baca disini



Ahad, 12 Julai 2015

Ayam kalasan dan nasi gajus

Ayam kalasan, Nasi gajus, Sambal hati ayam dan Sambal tomato

Dua tiga hari pusing Bazar Ramadan asyik makanan yang sama. Nasi ayam, Ayam katok, Ayam berempah dan bermacam hidangan ayam yang rata-rata aku dah test. Sedap-sedap semua.

Cuma disebabkan sudah pernah rasa tulah yang buat aku hilang selera dan baik masak sendiri untuk sungkai petang nanti.

Tapi mahu masak apa? Memandangkan aku kurang sihat, aku beli paha ayam. Bahan-bahan untuk masak memang masih banyak. Jadi tidak perlu penat-penat beli bahan.

Inilah dia resepi Ayam kalasan.

Bahan-bahan :
1. 1 liter air kelapa.
2. 1 inci halia dipukul.
3. 20 cm kunyit ditumbuk.
4. 1 inci lengkuas ditumbuk.
5. 2 batang serai. Dititik.
6. 2 sudu lada putih.
7. 2 ketul paha ayam.

Cara-cara :

1. Panaskan air kelapa dan masukkan kessmua bahan. Bila sudah mendidih masukkan paha ayam dan masak dengan api sederhana selama 20 minit. Disini cara-cara buat air kelapa.

Resepi Nasi Kacang Gajus :

1. 2 cawan beras dicuci dan toskan.

2. 2 t/s kacang gajus yang ditumbuk. Terpulanglah samada mahu kasar atau halus.

3. 1 helai daun bay.

4. 1/2 sudu burter.

5. Garam, aji dan gula. Nasi ni kena manis-manis sikit baru sedap.

Cara-cara :

1. Goreng beras dengan butter tujuannya supaya nasi tidak melekat bila di masak.

2. Pindahkan beras ke rice cooker.

3. Masukkan bahan-bahan yang lain kacau dan masak nasi macam biasa.

Resepi sambal :

1. 1 biji tomato di belah empat.

2. Belacan Bakar agak-agak sebesar siling 50 sen lama dan setebal 10 cm.

3. 3 biji cili padi.

4. 1 biji limau kasturi. Ambil jusnya.

5. Garam, aji dan gula satu sudu.

6. 1 biji bawang merah dibakar.

Cara-cara:

Lecekkan tomato dalam lesung dan masukkan bahan yang lain.

Resepi sambal hati ayam :

1. 3 keping hati ayam dipotong-potong.

2. 2 ulas bawan putih dihiris.

3. 1 cawan jus asam jawa.

4. 3 biji cili padi.

5. 1 sudu cuka.

6. Garam, aji dan gula.

Cara-cara :

1. Masak hati ayam, bawang putih dan cuka dengan sedikit air. Masak hingga air kering.

2. Bland hati ayam dengan jus asam jawa dan dan perisakan dengan garam, aji dan gula. Manis-manis sikit baru sedap.

3. Dimakan bersama nasi.


Kalau mahu boleh tambah tempe, timun dan lain-lain sebagai pelengkap.



Khamis, 9 Julai 2015

Ayam Butter dan sup bebola ayam.

Tadi pergi beli sos Lea & Perrins. Kalau nak tahu sos apa tu bolehlah cari di google. Sos ni sangat sesuai untuk memerap daging atau ayam. Mudah, pantas dan yang paling penting sos ni halal.

Bertuahnya! Beli sos dapat percuma resepi Butter checken. Jadi tanpa pikir panjang, sahlah juadah untuk berbuka nanti ialah Butter Checken.

Bahan-bahan :

1. 1/2 ekor ayam.
2. 2 ulas bawang putih di cincang halus
3. 1/2 ulas bawang merah besar
4. 1 sudu makan lada putih
5. 9 sudu makan sos LP
6. 5 sudu makan Kicap pekat manis
7. Lemon 2 sudu makan
8. Daun bawang
9. Gula dan garam 2 sudu makan
10. 2 sudu makan minyak masak
11. 1 sudu makan Butter

Cara-cara :

1. Ayam dipotong dua dan diperap dengan 7 sudu makan sos LP, 2 sudu kicap pekat manis, satu sudu gula dan satu sudu garam. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Perap dalam beg plastik untuk jimat bahan.

2. Panaskan kuali dan goreng ayam hingga separuh masak sambil menggoreng ayam, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dicincang.

3. Tambahkan 2 sudu sos LP, 3 sudu kicap manis, satu sudu gula dan satu sudu garam.
Masak sehingga kering sedikit.

4. Tambahkan butter, jus lemon dan daun bawang yang dipotong. Angkat dan hidangkan.

Sup bebola ayam (aku tambah)
Bahan-bahan :

1. 10 biji bebola ayam
2. 1 liter air
3. 5 sudu makan sos LP
4. 1 sudu makan lada putih
5. 5 sudu makan kicap masin
6. Daun bawang

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Hidangkan dan tambahkan daun bawang.

Sos cecah (aku tambah)

Bahan-bahan :

1. 1 sudu makan Hoisin Sos
2. 2 sudu makan sos LP
3. 2 sudu makan kicap masin
4. 1/2 cawan air kosong. Kalau mahu cair sikit letak 1 cawan air.

Cara-cara :

Satukan dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.

Pasal nasi tu, aku cuba sekali lagi. Bukan apa banyak kurang rasanya. Maklum la tak boleh sangat mentest, nanti batal pulak puasa.

Ayam ni sesuai dimakan dengan kentang atau roti. Tapi memandangkan kita ni pemakan nasi yang baik, aku cubalah dengan nasi. Resepi nasi tu dari Chef Jimmy Oliver. InsyaAllah nanti aku kongsikan.

Selasa, 7 Julai 2015

Sagol ikan buntal

Sagol adalah masakan tradisi kaum Bajau. Rasanya sedikit berkunyit dan sedikit manis. 
Ikan buntal ni ada di mana-mana, cuma kelompok masyarakat yang makan ikan buntal ni kebanyakkannya tinggal di Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Selain rupa fizikal ikan buntal yang berduri, ia juga dikatakan mengandungi racun yang boleh membawa maut. Er.. ngeri..
Di negara Jepun diorang makan ikan buntal yang dikenali sebagai Fugu adalah jenis ikan buntal yang beracun  tetapi ikan buntal yang aku masak ni bukan jenis yang beracun dan selamat untuk dimakan. Kalau tak percaya, tengoklah blog ini. Blog ni takkan ada sekiranya aku mati akibat makan daging ikan buntal. Haha..



1. Ikan buntal duri
Ini adalah gambar dua spesis ikan buntal. Gambar (1) di sebelah kanan adalah ikan buntal yang aku masak. Ikan buntal ini tidak ada racun tapi ada duri yang tajam dan bisa. Gambar (2) di bawah pula adalah jenis Ikan buntal yang beracun. Hempedu ikan buntal ini amat beracun dan sekiranya hempedu tersebut pecah maka keseluruhan ikan buntal mengandungi racun. Mempunyai duri halus. Kalau bapak aku, dia buang jak kulit dan hempedu kemudian dimasak seperti biasa. 

Mungkin memang betul, ikan-ikan yang berbisa ni sedap dan aku tidak nafikan. Antara lain speses ikan buntal boleh lihat di sini.


2. Ikan buntal Fugu
Okey, cukup bercerita pasal spesis ikan buntal, cerita panjang-panjang pun tidak boleh jadi kaya.. haha. Mari  kita tengok resepi dan cara memasak Sagol Ikan Buntal.

Bahan-bahan :

1. 1 ekor ikan buntal
2. 2 ulas bawang merah, ditumbuk.
3. 2 ulas bawang putih, ditumbuk.
4. 1 inci halia, ditumbuk.
5. 1/2 inci kunyit. ditumbuk
6. 2 batang serai, dititik.
7. 3 biji cili dihiris.
8. Air asam jawa 1 cawan.
9. Sedikit minyak untuk menumis.
10. Sedikit air
11. Garam & aji
12. Lada sulah.

Cara-cara :

1. Rebus ikan buntal sehingga lembut. Tarik durinya satu persatu menggunakan player, guna tangan pun boleh juga, tapi kena hati-hati. Kalau tak mahu kulit tu, tanggalkan kulit dan durinya akan ikut sama.

2. Buang perut sahaja. Asingkan hati dan ancurkan isi ikan buntal menggunakan tangan dan ketepikan.

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk, Serai, Lada sulah dan hati ikan buntal sehingga bawang garing.

4. Masukkan isi ikan buntal dan air asam jawa. Tambahkan air kalau mahu lebih kuah. Akhir sekali perasakan dengan garam dan aji.

Hidangkan bersama nasi panas, putu, aggang atau roti.








Apakah maksud takaful ?