Ikan Goreng Berempah


Ikan goreng ni antara resepi yang paling mudah. Orang yang baru bangun tidur pun boleh buat sebab bahan-bahannya cuma garam. Hehe.. kalau rajin sikit boleh tambah asam jawa. Tapi kalau hari-hari macam tu, orang lapar tahap gaban boleh hilang selera juga sebab jemu. Seminggu makan ikan goreng yang dilumur garam. Kalau sebulan.. setahun.. haha..


Mak ai... setahun makan ikan goreng lumur garam..
Jadi entry kali ini saya kongsikan resepi ikan goreng tak susah sangat tapi untuk yang baru bangun tidur tu kena cuci muka dulu takut-takut taik mata jatuh dalam masakan.. hehe

Untuk resepi ini saya guna ikan tengiri.

Bahan-bahan.
1. Seekor ikan tengiri dipotong ikut kemampuan. 
2. 2 ulas bawang putih ditumbuk lumat atau dicincang halus.
3. 2 ulas bawang putih ditumbuk halus.
3. Setengah sudu jintan manis disangai kemudian ditumbuk. (Tak halus pun tak apa)
4. Setengah sudu jintan putih disangai kemudian ditumbuk.
5. 4 sudu kari ikan.
6. 1 Sudu serbuk cili.
7. 4 sudu makan cuka.
8. Garam, aji dan gula untuk perasa.
9. 1 sudu makan serbuk kunyit. (Hampir lupa)

Cara-caranya.

1. Gaulkan kesemua bahan dan perap ikan lebih kurang 15 minit.
2. Goreng ikan sehingga rempah agak garing sedikit.
3. Angkat dan biarkan seketika.
Bahan-bahan salut.

1. 1/2 cawan kicap manis.
2. Daun kari.
3. 1 ulas bawang putih.
4. 1/2 inci halia dihiris.
5. Sos ikan atau garam untuk perasa.
6. Sedikit air.

Cara-caranya.

1. Panaskan minyak kemudian masukkan halia.
2. Bila halia dah jadi keperangan masukkan pula daun kari dan bawang putih dan goreng sehingga bawang putih golden brown.
3. Masukkan kicap, sedikit air dan sos ikan atau garam.
4. Akhir sekali, masukkan ikan yang digoreng tadi dan gaul sehingga kuah kicap kering dan ikan tadi disalut sempurna.
5. Bila dan siap, makanlah jangan tengok saja.. hehe.

Boleh taburkan kacang tumbuk untuk hiasan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk