Memaparkan catatan dengan label whatsapp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label whatsapp. Papar semua catatan

Rabu, 2 September 2015

Whatsapp Group Membunuh ?

Whatsapp adalah aplikasi untuk menghantar masej yang biasa boleh digunakan menerusi telefon pintar. Bagi yang berkerja dengan komputer dan  dilengkapi talian internet, aplikasi ini juga boleh digunakan pada PC atau Leptop tanpa perlu men-download perisian ini. Boleh cuba disini. Jadi lepas ni tak payah susah-susah tengok telefon pintar.

Perisian yang diasaskan oleh bekas kakitangan Yahoo! pada 2009 ini sedang diguna oleh jutaan manusia di muka bumi ini. Pada Januari 2015, Whatsapp adalah perisian masej yang paling popular, lebih 600 bilion pengguna di seluruh dunia sedang menggunakan aplikasi ini dan mungkin termasuk anda. Pengguna Whatsapp telah mencecah 800 bilion pada April 2015.

Penggunaan Whatsapp hampir mengambil alih fungsi SMS yang lazim digunakan sebelum ini. Ini kerana pihak penyedia talian tidak mencaj pengguna berdasarkan talian sebaliknya berdasarkan data malah keberadaan talian internet disuatu tempat yang boleh diakses dengan percuma boleh menguntungkan pengguna. Whatsapp juga membenarkan penggunanya untuk mewujudkan Whatsapp Group bagi memudahkan perbincangan jarak jauh, berborak dengan ahli keluarga dan rakan-rakan ada juga yang menggunakan Whatsapp Group ini untuk tujuan perniagaan.

Disebabkan fungsi yang sangat pelbagai berbanding penggunaan Short Message Service (SMS), banyak organisasi menggunakan kemudahan ini kerana boleh menjimatkan masa, wang, ruang dan tenaga. Kaedah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah menjadi mudah malah ada ketua-ketua organisasi menjadikan perisian sebegini seolah-olah satu kewajipan untuk dimiliki pekerjanya.

Sesuatu yang perlu difikirkan ialah bolehkah Whatsapp membunuh? Membunuh? Ya.. Membunuh.

Sebuah organisasi yang menggunakan Whatsapp Group untuk berkomunikasi sesama kakitangan adakalanya baik kerana arahan dapat diterima oleh semua ahli dalam Group tersebut tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Arahan secara terus dan telus serta teguran juga dibuat secara terang-terangan dan dapat diketahui oleh semua ahli dalam Group tersebut.

Sebagai ketua sesebuah organisasi, ada beberapa adab dan peratuan yang perlu dipatuhi agar organisasi sentiasa berjalan dengan baik. Tetapi dengan pengurusan organisasi yang melibatkan Whatsapp Group sebagai medium untuk memberi arahan dan teguran, ketua tersebut boleh dilhat sebagai seorang yang tidak profesional dalam menguruskan pekerja-pekerja kerana gagal menjaga maruah pekerja bawahan.

Selain itu, pemberian arahan melalui Whatsapp boleh melangkau jawatan seseorang pekerja bawahan seperti pembantu pengurus dan penyelia. Dalam organisasi bukan kerajaan hal ini mungkin tidak sesuai dibincangkan kerana ketua organisasi bukan kerajaan yang berorentasikan keuntungan wang boleh membuat keputusan melebihi tarafnya agar keuntungan demi keuntungan dapat diperolehi.

Berbeza dengan organisasi kerajaan, setiap pangkat dan taraf kakitangan akan dinilai. Setiap jawatan ada had tertentu dalam memberi dan menerima arahan serta perlu memalui susunan hierarki yang betul. Oleh itu pemberian arahan dan teguran secara terus melalui Whatsapp Group akan melapisi orang yang sepatutnya bertanggungjawab contohnya seorang ketua memberi arahan secara terus kepada kakitangan bawahan dan seolah-olah kefungsian penyelia telah hilang, yang paling teruk ketua seolah-olah tidak percaya kepada penyelainya.

Mungkin ketua tersebut beranggapan bahawa tindakannya akan memudahkan kerja setiap kakitangannya, tetapi dia tidak menyedari bahawa dia telah membunuh semangat dan motivasi pekerja-pekerjanya.

Hal ini adalah berdasarkan maklum balas rakan-rakan dari pelbagai sektor dan semua pendapat mereka perlu dihormati. Nampaknya suatu langkah perlu diambil agar perkara ini tidak berterusan walau pun tidak melibatkan nyawa secara langsung, tapi semangat dan motivasi para pekerja perlu diambil peduli.

Perlu juga diingatkan bahawa dalam dunia yang penuh dengan fitnah dan dalam masa yang sama sifat-sifat membenci sesama kita semakin hari semakin parah nampaknya, jadi eloklah setiap maklumat yang disalurkan baik menerusi aplikasi permesejan atau laman web sosial ditapis sebaik-baiknya. Bimbang kena Print Screen pula.

Sesetangah orang mungkin tidak faham bahawa aplikasi-aplikasi tersebut hanya untuk bersosial kerana perkongsian maklumat tertentu di medium yang bukan sepatutnya mungkin akan mengundang padah. Kita sebagai pengguna perlu bijak dari Smart Phone. 





Apakah maksud takaful ?