Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Mac 2017

Ikan Goreng Berempah


Ikan goreng ni antara resepi yang paling mudah. Orang yang baru bangun tidur pun boleh buat sebab bahan-bahannya cuma garam. Hehe.. kalau rajin sikit boleh tambah asam jawa. Tapi kalau hari-hari macam tu, orang lapar tahap gaban boleh hilang selera juga sebab jemu. Seminggu makan ikan goreng yang dilumur garam. Kalau sebulan.. setahun.. haha..

Rabu, 23 Disember 2015

Resepi sup ikan belut

Bila sebut ikan belut ni ramai yang meremang bulu roma, geli gelaman.. hehe. ini bukan ikan belut air tawar tapi belut air masin. Kalau di Semporna, ikan air tawar ni bagi free pun orang tidak mahu. Bukan apa, mungkin sudah biasa dengan ikan air masin.

Ahad, 22 November 2015

Ikan Tongkol Tomato.

Kali pertama makan masakan ini dalam dua tahun lepas tapi lupa tanya resepi. Jadi untuk menyudahkan hasrat hati, aku koreklah resepi dari google, youtube dan resepi di tin ikan sardin. Bahan bonus kali ini ialah sos Spageti Prigo.

Selasa, 22 September 2015

Ikan Talapia Masak Kacang Masin..

Setelah beberapa ketika aku tidak ada masa mahu turunkan tandatangan di blog ni, Alhamdulillah kali ini aku diberi kesempatan lagi untuk terus berkongsi resepi seterusnya. Ikan Talipia Merah ni sedap kalau fresh. lagipun bau tak hanyir isi pun manis.
                                                                           
   

Resepi ni senang jak. Tak cerewet, tak banyak karenah.. hehe.

Resepi :

Penyediaan Ikan

1. Ikan Talapia Merah yang sudah dibunuh, dibersihkan dan dibuang isi perut.
2. Perap ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Goreng menggunakan minyak yang betul-betul panas. Lepas seketika, kecilkan api supaya kulit ikan rangup dan isi didalam masak dengan sempurna. Masa balikkan ikan, besarkan api bila kulit ikan dah agak garing, kecilkan api. Kalau tak jaga api pun boleh juga, tapi isi ikan mungkin menjadi sangat kering atau rangup di luar mentah di dalam. Kalau ikan sebesar tapak tangan abaikan jak la api tu.. hehe..

Sos

1. 1 1/2 inci halia.
2. 2 Ulas bawang putih.
3. 2 Sudu Kacang masin (Jenama Tamin)
4. 1/2 Tomato di dadu.
5. 1/2 Capcicum di dadu.
6. Kicap cair.
7. Lada Putih.
8. Garam & aji.

Cara-cara

1. Tumiskan bawang putih sehingga warna keemasan atau rangup.
2. Masukkan halia, Tomato, Capcicum, Lada Putih, Kacang masin, Kicap cair, garam dan aji.
3. Biarkan sehingga tomato agak lembut.
4. Kalau rasa dan cukup kena, curahkan di atas ikan Talapia yang digoreng tadi.


Isnin, 29 Jun 2015

Sup Ikan Tomato

Gambar hiasan
(Kalau ada gambar nanti aku tukarlah)
Aku jatuh cinta dengan sup ikan gaya Cina ni masa bermastautin di W.P Labuan. Boleh dikatakan tiap pagi melahap sup ikan dengan Kolo me.

Satu hari, aku tanya macam mana nak buat sup ni, tapi agak liat si apek tu bagi tahu. Tapi aku kena ambil tahu, mana tahu dia letak wain ka, arak masakan ka. Then, perlahan-lahan dia kongsikan resepi.


Resepi Sup Ikan Tomato
(Untuk satu orang)

Bahan-bahan:
1. Isi ikan Kerapu atau ikan Merah. Paling sedap bahagina perut, tapi banyak tulang.

2. 1/2 Tomato. Potong ikut suka.

3. Air asam jawa dari sejemput asam jawa.

4. Halia Cina 1 inci, di hiris halus.

5. 1/2 bawang besar potong dua.

6. Bawang putih 2 ulas. Kupas kulit dan masukkan bulat-bulat.

7. Air 1 liter.

8. Garam & aji 1/2 sudu makan.

Cara-cara  :

1. Panaskan 1 liter air tu dan masukkan kesemua bahan kecuali isi ikan. Biarkan dengan yang besar hingga tomato lerai sedikit.

2. Masukkan garam, aji dan air asam jawa. Masukkan sikit-sikit dan rasa, nanti sup terlalu masam.

3. Masukkan isi ikan dan biarkan dengan api perlahan.

Siap dan dimakan bersama nasi atau masukkan Mee Hoon atau Kolo Mee.

Ada berbagai resepi sup ikan ni. Sup ikan goreng, sup sayur masin, sup ikan dengan susu cair.

InsyaAllah di masa akan datang aku kongsikan lagi resepi sup ikan yang lain.

Apakah maksud takaful ?