Memaparkan catatan dengan label Ke mana kaki melangkah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ke mana kaki melangkah. Papar semua catatan

Isnin, 7 November 2016

Kiulu Water Rafting : Seronok dan Berbaloi.

Kiulu Water Rafting
Baru jak minggu lalu kami berwater rafting bersama-sama peserta kursus budak-budak tadika. haha..
Tadika? Bap semua perangai keanak-anakan terkeluar tanpa sengaja dek keseronokan aktiviti ni. Aku pun yang tak berapa tua ni macam lupa diri kejap.. huhu..

Khamis, 13 Oktober 2016

Keperluan Asas untuk Camping (Gunung Alab - Minduk Sirung)

Sebelum pergi meninjau laluan Gunung Alab - Minduk Sirung pada bulan Julai 2016 yang lalu, aku sempat membeli beberapa kelangkapan. Kelengkapan-kelengkapan yang aku beli adalah hasil nasihat daripada seorang treveler dari Australia. 

Al Kisah, aku dan dia mencari barang-barang yang sama tapi dia nak masuk Lembah Danum. Menurut treveler tu, kalau nak hiking di Borneo nie tak boleh samakan dengan tempat-tempat lain. Di sini semua ada, panas, lambap, sejuk dan dingin serta hujan. Jadi kalau nak beli barang-barang hiking tak boleh ikut sangat jenama-jenama yang ada sepert Camel, Jeep. Hiker perlu jadi amphibia sikit. Tak boleh beli pakaian untuk tahan sejuk sahaja kerana ada masa kita kering dan barang-barang anti sejuk ni berat-berat belaka. (Sambil dia bagi ke aku baju sejuk dan memang berat. Boleh penuh satu beg. Contohnya macam gambar dibawah ni).

Selasa, 23 Ogos 2016

Semporna, aku nak datang.

Pulau-pulau di Semporna
Daerah Semporna, Sabah dianugerahkan dengan 5 tapak menyelam bertaraf antarabangsa. Tapak-tapak menyelam ini bakal memuaskan hati para pencinta samudera, penyelam skuba dan malahan kepada pasangan yang mencari tempat untuk berbulan madu. Sila skrol ke bawah untuk mendapatkan maklumat mengenai  Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kappalai, Pulau Mataking and Pulau Sibuan.

Selasa, 22 Disember 2015

Kota Kinabalu-Tawau. Jalan Sepulut-Kalabakan

Minggu lalu aku bersama isteri dan anak-anak balik Semporna. Tapi kami tidak lalu jalan Ranau seperti sebelum ni. Sejak jalan Sepulut-Kalabakan ada ni, tidak pernah sudah ikut jalan Ranau. Setakat ni adalah dalam tujuh ke lapan kali lalu jalan ni. Tahun 2010 lalu jalan ni masih ada yang graval tapi sekarang Alhamdulillah, semuanya sudah berlapik asfalt.

Pengalaman sepanjang menyusuri laluan ini aku kongsikan di sini. Kalau ada manfaatnya adalah tu. kalau tiada, tiadalah.. hehe

Selasa, 22 September 2015

Kaki XPDC, jom menelusuri puncak Gunung Alab Tambunan, Sabah.


Sub-Stesen Gunung Alab, Tambunan, Sabah
     Semenjak bertugas di AKMAL Sabah, tempat ni sudah macam kampung ke dua bagi kami. Hampir setiap sudut kami boleh ceritakan tentang tempat ini. Jika anda ingin mencuba tempat baru untuk berekreasi bersama keluarga, mungkin Gunung Alab adalah tempat yang sesuai. Di sini pun ada Chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan.

Laluan ke Sub-Stesen Gunung Alab
Di Kawasan tapak perkemahan ini terdapat taman orked. Bermacam-macam tumbuhan orked ada di sini. Periuk kera pelbagai saiz juga terdapat di sini.

Suhu ni sini agak extrem jugak lah.. Siang 24 'C kalau malam boleh mencecah 13'C time musim hijan.

Daripada Sub-Stesen ni, ke puncak Gunung Minduk Sirung sejauh 8.5 KM dari sini dan di hujung trail sejauh 12 KM ini terdapat air terjun Mahua. Perjalanan merentas laluan berbukit, curan dan landai ini biasanya mengambil satu hari setengah bergantung dengan tahap kecergasan dan kita akan meniti disepanjang puncak Gunung Alab dan Minduk Sirung.
Laluan Mula


Poin merah adalah Sub-Stesen Gunung Alab dan Waterfall Mahua adalah poin terakhir.
Sepanjang perjalanan, nikmat yang tidak terhingga akan dirasai. Mata disajikan dengan keindahan alam ciptaan Allah, Hidung menghela udara yang sangat nyaman dan bersih lagi dingin serta telinga pula berasa sunyi dari hingar bingar kota lalu digantikan dengan bunyi alam yang mengasyikkan. 
Laluan di Km 6
laluan menuju puncak
Pokok ni sebesar 12 pemeluk orang dewasa
Banjaran Crocker, pemandangan dari Puncak Gunung Alab.

Puncak Gunung Minduk Sirung
Kabus sepanjang laluan mendaki ke Sub-Stesen Gunung Alab.

Air Terjun Mahua

Mungkin sesetangah dari kita terutama orang Sabah sendiri masih tidak tahu akan kewujudan tempat ini kerana aku juga terkejut sewaktu kali pertama merentasi laluan ini.




Selasa, 16 Jun 2015

Bisnes Yong Tau Fu (YTF)

Fong Tau Fu ni adalah manakan Cina, selalunya disediakan dalam bentuk sup. Memandangkan YTF ni sudah diterima oleh seluruh masyarakat kita, dan YTF banyak dijual atau dijaja di tepi kedai menggunakan konsep kiosk. Nama lain bagi bisnse ini ialah 'Sate Celup'.

Semalam aku mulakan bisnes jual YTF berkonsepkan Francise Kiosk. Aku berniaga guna jenama orang lain macam KFC, McD dan kebanyakan jenama makanan segera yang lain.

Kerjanya mudah cuma jual. Semua peralatan dan bahan mentah pemilik jenama akan supply. Lagipun penyediaan YTF mudah, samada goreng atau celur.

Aku mula berniaga semalam dalam pukul 6.00 ptg lepas balik kerja terus ke tapak niaga. Sebelum ni aku berniaga restoran, tapi kemahiran tu kurang sangat, ahkirnya jadi tidak mampu. Jadi mulakan dari kecil dahulu. Perniagaan besar perlu tenaga dan ilmu serta duit lebih, yang ni modal tidak sampaipun RM 2 K.






Pelanggan pertama datang seawal jam 6.30 ptg. Buat masa ni tak banyak pilihan maklumlah permulaan. Hari ni semua ada 105 Stick, untuk hari berikutnya aku tambah lagi jadi 160 Stick dan pelbagaikan rupa serta rasa.


Dalam jam 10.00 mlm, 5 tray sudah kosong, untung tu adalah sikit, kalau tak untung baik jangan berniaga. 

Aku berniaga dalam 5 jam jugaklah, sebab pukul 10 tu aku sudah mula kemas. Kalau mahu tunggu pelanggan habiskan boleh juga, tapi tak payala tunggu. Esok masih ada. Jadi kalau mahu berniaga Part Time, cuba Francise macam ni, Burger, Lamb Chop, Lamb Stik atau jeruk buah pun boleh jadi. Yang penting bukan berniaga suka-suka, tapi suka berniaga !




Isnin, 15 Jun 2015

Bot Banjir, Bersedia Untuk Menyelamat.

Sabtu lalu (13/6/2015) aku balik kampung mentua di Beaufort Sabah.
Kebiasaannya kami memang balik setiap minggu kalau tidak sebok dengan kerja.

Cuma kepulangan kami kali ini agak berbeza, terkejut pun ada. Tapi kalau ketawa tu tak adalah. Mahu kena sondol dengan penyodok? Tapi ketawa jugalah sikit.. hehe

Apa tidaknya, rumah yang jauh berbatu-batu dari laut tiba-tiba ada bot parking di laman rumah. Nak kata mentua aku pigi pancing udang gala, tidak pernah pulak jumpa kelibat rod pancing di rumah tu sejak aku berkahwin dengan sulungnya.

Tapi fikir balik ni mesti persediaan menghadapi banjir. Sejak kahwin dengan bini aku ni, dah 2 atau 3 kali merasai pengalaman banjir. yang paling teruk tahun 2012 lalu. Ha, boleh tengok sini. Masa ni paras air di kawasan rumah mentua aku hingga paras pinggang orang dewasa. Dalam kan?

Lagi pun sekarang ni dah masuk musim hujan. Hujan lebat atau hujan sederhana lebat yang berlarutan sehingga 3 hari akan menyebabkan paras air empangan daerah Tenom akan meningkat dan bagi mengelakkan empangan Hidroelektrik tersebut pecah, jadi air dilepaskan. Disebabkan kedudukan daerah Beaufort ni agak rendah serta kawasan Pekan Beaufort dan penempatan banyak tertumpu di tepi sepanjang Sungai Padas, secara tidak langsung penduduk sering menjadi mangsa banjir.

Kira Ok la, esok-esok kalau petaka tu datang sekurang-kurangnya adalah persediaan, tak lah duduk terngaga menunggu bantuan. Pendayung mana? khik..khik.. harap-harap mentua aku tidak baca artikel ni nanti dia tagih pulak pasal buat pendayung tu. Kalau ada kelapangan aku buat la..


Rabu, 10 Jun 2015

Gempa Bumi Di Ranau Sabah

Sekali lagi merasa pengalaman gempa bumi, Pestime dulu masa di Penang masa Tsunami tahun 2004. Masa tu aku belajar lagi tapi kali ini time sebok nak buat penutupan Kursus Asas Penolong Penguasa Kastam. Habis satu bangunan asrama bergegar, orang2 di ofis pun lari selamatkan diri, kononnya....

Isteri di rumah siap kol lagi bagi tahu rumah bergegar, bukan rumah saja yang goyang, hampir satu Borneo bergegar dan yang paling penting berita gempa bumi ni menggegarkan satu dunia. Macam-macam cerita keluar.

Dunia sudah mahu sampai kepenghujung, sebelum gempa bumi di Ranau, Nepal terlebih dahulu merasai kejadian ni. Yang tu bukan sebab Orang Putih Bogel, tapi sebab potong lembu banyak-banyak, tak tahu diaorang buat apa.

Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.

Itu puncanya. Tapi kita harus menghormati adat, budaya dan pendapat masyarakat tempatan di sana.
Tak bolehla cakap atau tulis status di FB dengan ayat yang celupar, kan! tak pasal2 orang tu kena tangkap Polis. Banyak lagi benda lain yang boleh di post di FB, kalau tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri mungkin untuk orang lain.

Haha.. selesai Post pertama di Blog ni. InsyaAllah ada kelapangan aku tulis lagi.

Apakah maksud takaful ?