Khamis, 11 Jun 2015

Resepi Sambal Tuhau Jeruk

Jeruk Tuhau

Jeruk Tuhau ni dibuat dari Pokok Tuhau la. Kalau mahu tengok gambar boleh google. Pokok ni biasa terdapat di sekitar Keningau, Tambunan, Ranau dan kawasan yang berdekatan. Nak buat Jeruk Tuhau boleh tengok di sini.

Tapi kebiasaanya orang tidak berapa suka bau Tuhau Jeruk ni, amat tengek dan menusuk hidung, boleh bersin dibuatnya. Makanan ni merupakan makanan tradisional kaum Kadazan Dusun di Sabah.
Disebabkan baw yang sangat kuat dan kandungan cuka yang banyak, jadi saya olah sedikit cara penyediaannya agar sesuai dengan selera saya. Kalau nak cuba boleh la. 

Resepi :
1. 1 Cawan Tuhau Jeruk ( seperti gambar di atas)
2. 4 sudu makan gula (boleh tambah sehingga rasa masam cuka hilang)
3. 3 ulas bawang putih di cincang halus atau di tumbuk.
4. Cili padi mengikut selera.
5. sedikit garam.
6. Minyak  Bijan, kalau mahu.

Caranya : 
Gaulkan kesemua bahan di atas, sehingga rasa masam cuka tu hilang, tapi bau Cuka tu tetap ada, so kena sentiasa rasala kalau mau tambah gula nanti terlebih manis, jadi gula-gula Tuhau pulak.. hehe.

Sebenarnya saya ambil sedikit resepi Japanese Jellyfish, tak sangka sedap pulak.. aha..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?