Selasa, 22 September 2015

Kaki XPDC, jom menelusuri puncak Gunung Alab Tambunan, Sabah.


Sub-Stesen Gunung Alab, Tambunan, Sabah
     Semenjak bertugas di AKMAL Sabah, tempat ni sudah macam kampung ke dua bagi kami. Hampir setiap sudut kami boleh ceritakan tentang tempat ini. Jika anda ingin mencuba tempat baru untuk berekreasi bersama keluarga, mungkin Gunung Alab adalah tempat yang sesuai. Di sini pun ada Chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan.

Laluan ke Sub-Stesen Gunung Alab
Di Kawasan tapak perkemahan ini terdapat taman orked. Bermacam-macam tumbuhan orked ada di sini. Periuk kera pelbagai saiz juga terdapat di sini.

Suhu ni sini agak extrem jugak lah.. Siang 24 'C kalau malam boleh mencecah 13'C time musim hijan.

Daripada Sub-Stesen ni, ke puncak Gunung Minduk Sirung sejauh 8.5 KM dari sini dan di hujung trail sejauh 12 KM ini terdapat air terjun Mahua. Perjalanan merentas laluan berbukit, curan dan landai ini biasanya mengambil satu hari setengah bergantung dengan tahap kecergasan dan kita akan meniti disepanjang puncak Gunung Alab dan Minduk Sirung.
Laluan Mula


Poin merah adalah Sub-Stesen Gunung Alab dan Waterfall Mahua adalah poin terakhir.
Sepanjang perjalanan, nikmat yang tidak terhingga akan dirasai. Mata disajikan dengan keindahan alam ciptaan Allah, Hidung menghela udara yang sangat nyaman dan bersih lagi dingin serta telinga pula berasa sunyi dari hingar bingar kota lalu digantikan dengan bunyi alam yang mengasyikkan. 
Laluan di Km 6
laluan menuju puncak
Pokok ni sebesar 12 pemeluk orang dewasa
Banjaran Crocker, pemandangan dari Puncak Gunung Alab.

Puncak Gunung Minduk Sirung
Kabus sepanjang laluan mendaki ke Sub-Stesen Gunung Alab.

Air Terjun Mahua

Mungkin sesetangah dari kita terutama orang Sabah sendiri masih tidak tahu akan kewujudan tempat ini kerana aku juga terkejut sewaktu kali pertama merentasi laluan ini.




Ikan Talapia Masak Kacang Masin..

Setelah beberapa ketika aku tidak ada masa mahu turunkan tandatangan di blog ni, Alhamdulillah kali ini aku diberi kesempatan lagi untuk terus berkongsi resepi seterusnya. Ikan Talipia Merah ni sedap kalau fresh. lagipun bau tak hanyir isi pun manis.
                                                                           
   

Resepi ni senang jak. Tak cerewet, tak banyak karenah.. hehe.

Resepi :

Penyediaan Ikan

1. Ikan Talapia Merah yang sudah dibunuh, dibersihkan dan dibuang isi perut.
2. Perap ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Goreng menggunakan minyak yang betul-betul panas. Lepas seketika, kecilkan api supaya kulit ikan rangup dan isi didalam masak dengan sempurna. Masa balikkan ikan, besarkan api bila kulit ikan dah agak garing, kecilkan api. Kalau tak jaga api pun boleh juga, tapi isi ikan mungkin menjadi sangat kering atau rangup di luar mentah di dalam. Kalau ikan sebesar tapak tangan abaikan jak la api tu.. hehe..

Sos

1. 1 1/2 inci halia.
2. 2 Ulas bawang putih.
3. 2 Sudu Kacang masin (Jenama Tamin)
4. 1/2 Tomato di dadu.
5. 1/2 Capcicum di dadu.
6. Kicap cair.
7. Lada Putih.
8. Garam & aji.

Cara-cara

1. Tumiskan bawang putih sehingga warna keemasan atau rangup.
2. Masukkan halia, Tomato, Capcicum, Lada Putih, Kacang masin, Kicap cair, garam dan aji.
3. Biarkan sehingga tomato agak lembut.
4. Kalau rasa dan cukup kena, curahkan di atas ikan Talapia yang digoreng tadi.


Rabu, 2 September 2015

Whatsapp Group Membunuh ?

Whatsapp adalah aplikasi untuk menghantar masej yang biasa boleh digunakan menerusi telefon pintar. Bagi yang berkerja dengan komputer dan  dilengkapi talian internet, aplikasi ini juga boleh digunakan pada PC atau Leptop tanpa perlu men-download perisian ini. Boleh cuba disini. Jadi lepas ni tak payah susah-susah tengok telefon pintar.

Perisian yang diasaskan oleh bekas kakitangan Yahoo! pada 2009 ini sedang diguna oleh jutaan manusia di muka bumi ini. Pada Januari 2015, Whatsapp adalah perisian masej yang paling popular, lebih 600 bilion pengguna di seluruh dunia sedang menggunakan aplikasi ini dan mungkin termasuk anda. Pengguna Whatsapp telah mencecah 800 bilion pada April 2015.

Penggunaan Whatsapp hampir mengambil alih fungsi SMS yang lazim digunakan sebelum ini. Ini kerana pihak penyedia talian tidak mencaj pengguna berdasarkan talian sebaliknya berdasarkan data malah keberadaan talian internet disuatu tempat yang boleh diakses dengan percuma boleh menguntungkan pengguna. Whatsapp juga membenarkan penggunanya untuk mewujudkan Whatsapp Group bagi memudahkan perbincangan jarak jauh, berborak dengan ahli keluarga dan rakan-rakan ada juga yang menggunakan Whatsapp Group ini untuk tujuan perniagaan.

Disebabkan fungsi yang sangat pelbagai berbanding penggunaan Short Message Service (SMS), banyak organisasi menggunakan kemudahan ini kerana boleh menjimatkan masa, wang, ruang dan tenaga. Kaedah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah menjadi mudah malah ada ketua-ketua organisasi menjadikan perisian sebegini seolah-olah satu kewajipan untuk dimiliki pekerjanya.

Sesuatu yang perlu difikirkan ialah bolehkah Whatsapp membunuh? Membunuh? Ya.. Membunuh.

Sebuah organisasi yang menggunakan Whatsapp Group untuk berkomunikasi sesama kakitangan adakalanya baik kerana arahan dapat diterima oleh semua ahli dalam Group tersebut tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Arahan secara terus dan telus serta teguran juga dibuat secara terang-terangan dan dapat diketahui oleh semua ahli dalam Group tersebut.

Sebagai ketua sesebuah organisasi, ada beberapa adab dan peratuan yang perlu dipatuhi agar organisasi sentiasa berjalan dengan baik. Tetapi dengan pengurusan organisasi yang melibatkan Whatsapp Group sebagai medium untuk memberi arahan dan teguran, ketua tersebut boleh dilhat sebagai seorang yang tidak profesional dalam menguruskan pekerja-pekerja kerana gagal menjaga maruah pekerja bawahan.

Selain itu, pemberian arahan melalui Whatsapp boleh melangkau jawatan seseorang pekerja bawahan seperti pembantu pengurus dan penyelia. Dalam organisasi bukan kerajaan hal ini mungkin tidak sesuai dibincangkan kerana ketua organisasi bukan kerajaan yang berorentasikan keuntungan wang boleh membuat keputusan melebihi tarafnya agar keuntungan demi keuntungan dapat diperolehi.

Berbeza dengan organisasi kerajaan, setiap pangkat dan taraf kakitangan akan dinilai. Setiap jawatan ada had tertentu dalam memberi dan menerima arahan serta perlu memalui susunan hierarki yang betul. Oleh itu pemberian arahan dan teguran secara terus melalui Whatsapp Group akan melapisi orang yang sepatutnya bertanggungjawab contohnya seorang ketua memberi arahan secara terus kepada kakitangan bawahan dan seolah-olah kefungsian penyelia telah hilang, yang paling teruk ketua seolah-olah tidak percaya kepada penyelainya.

Mungkin ketua tersebut beranggapan bahawa tindakannya akan memudahkan kerja setiap kakitangannya, tetapi dia tidak menyedari bahawa dia telah membunuh semangat dan motivasi pekerja-pekerjanya.

Hal ini adalah berdasarkan maklum balas rakan-rakan dari pelbagai sektor dan semua pendapat mereka perlu dihormati. Nampaknya suatu langkah perlu diambil agar perkara ini tidak berterusan walau pun tidak melibatkan nyawa secara langsung, tapi semangat dan motivasi para pekerja perlu diambil peduli.

Perlu juga diingatkan bahawa dalam dunia yang penuh dengan fitnah dan dalam masa yang sama sifat-sifat membenci sesama kita semakin hari semakin parah nampaknya, jadi eloklah setiap maklumat yang disalurkan baik menerusi aplikasi permesejan atau laman web sosial ditapis sebaik-baiknya. Bimbang kena Print Screen pula.

Sesetangah orang mungkin tidak faham bahawa aplikasi-aplikasi tersebut hanya untuk bersosial kerana perkongsian maklumat tertentu di medium yang bukan sepatutnya mungkin akan mengundang padah. Kita sebagai pengguna perlu bijak dari Smart Phone. 





Jumaat, 21 Ogos 2015

Peralatan asas elektrik? Apa tu?

Lama tak update blog nie. lepas raya tak sempat tengok-tengok. Kalau teringat pun idea tak mari.. hehe.

Baik. kali ini aku nak kongsikan sedikit ilmu juruelektrik. Kita lupakan dulu pasal bawang dan secubit garam. Aku dulu pernah jadi juelektrik sebelum menjawat jawatan sekarang ni. Sekarang pun masih buat kerja-kerja elektrik juga tapi di rumah sendiri lah..

Peralatan asas yang perlu ada di rumah untuk merepair apa-apa kerosakkan elektrik tidak kiralah samada litar pendawaian atau peralatan elektrik ialah pemuar skri (+/-), Pena ujian (Test pen), Player, Cutter dan Multimeter. 




Jadi pastikan peralatan-peralatan tangan ini sentiada ada dalam simpanan anda. Untuk membaik pulih kerosakkan-kerosakkan kecil 6 alat di atas sudan cukup membantu. Tapi ada langkah-langkah kerja yang perlu dipatuhi terutamanya untuk keselamatan. Apa langkah-langkah tu?

1. Pastikan bekalan elektrik dimatikan.
2. Pastikan tangan tidak basah.
3. Pastikan ingat warna-warna kabel dan kedudukannya.
4. Jangan lupa membalut setiap pengalir atau kabel yang terdedah, terutamanya apabila membuat sambungan kabel.

O.k. Nampaknya sampai sini dulu. Bukan apa, kalau teruskan juga takut tidak boleh berhenti menaip. haha..


Jumaat, 31 Julai 2015

Setiap usaha pasti ada ganjarannya.

Alhamdulillah baru dapat update post. Entri kali ni berkenaan keterujaan aku tentang autodownline. Hampir seminggu aku tidak jengguk blog dan autodownline tone excel. Sambil jual Yong Tou Fu tadi aku ambil masa untuk buka mana-mana yang sempat..

Apa yang anda nampak, itulah yang anda lihat. hehe.

Aku betul-betul tak sangka banyak orang yang daftar. Ada yang terus jadi premium member semua dari negeri seberang laut. Hebatkan?

Itulah kelebihan bisnis atas talian. Promisi, prospek dan bakal prospek anda tanpa sempadan. Tak payah fikir setahun, 6 bulan pun belum sampai tapi hasil sudah boleh nampak.

Apakah kelebihan autodownline?

1. Autodownline ni adalah sistem untuk kita mengerakkan Bisnes referral sim kad Tone Excel. Dengan sistem ini ahli boleh mendaftar tanpa kita perlu bersua muka dengan mereka.

2. Autodownline ini menyediakan bahan-bahan untuk kita melakukan promosi seperti banner, link URL, sales letter dan bantuan nasihat dari pakar-pakar bisnis Tone Excel.

3. Dengan sistem autodownline kita bukan sahaja dapat jimatkan minyak petrol, tapi dapat nimatkan masa dan tenaga.

4. Dengan menyertai autodownline anda akan dapat sim kad Tone Excel. Setiap kali top up bonus akan dibayar. Ada tak pengalaman anda kena bayar komesyen tiap kali top up? Jika belum, sertai saya dan rasa pengalaman hebat ini.

Nak tahu cerita saya yang lepas? Baca sini.

Khamis, 23 Julai 2015

Sakit Pinggang ? Cuba petua ini.

Daun lengkuas
RASA sakit sering menimpa anggota tubuh yang memang sering dipakai untuk beraktiviti. Salah satunya pinggang. Pinggang terkadang menjadi sasaran rasa sakit akibat kerja-kerja harian yang berlebihan. Sakit pinggang yang kronik akan menghadkan aktiviti dan pergerakkan harian. Lalu, bagaimana cara mengatasinya?
Untuk menyembuhkan sakit pinggang :
1. 1 potong halia
2. 2 lembar daun Lengkuas yang muda 
3. 20 lembar daun selasih.
Semua bahan ditumbuk dan tuangkan sedikit air panas. Kacau hingga rata dan dan ditampal dibahagian pinggang yang sakit. 

Selamat mencuba.

27 cara memusnahkan hidup wanita



Amaran untuk gadis-gadis sunti. Walau segedik manapun ingat, jangan disebabkan keseronokan 15 minit rosak seluruh kehidupan.

1. Salam. Boleh saya kenal awak? Sy tertarik dengan perwatakan sopan awak. Dah lama saya perhatikn awak. Awak budak baik dan saya tertariklah dengan tudung labuh awak. Saya harap kite boleh berkenalan.. ukhuwah fillah org kate..saya tak pandai sangat arab ni…

2. Trima kasih kerana menerima saya. Saya akan cuba sedaya upaya saya menjaga awak dan mengikut syariat. Saya tahu saya bukan baik sangat, tapi demi Allah, saya cuba buat yang terbaik untuk awak…

3. Ingat tahu,,jaga aurat elok-elok..jangan bagi org lain nampak..keluar dengan kwn2 tahu.. jangan sorg2..balik contact saya ek..saya doakan awk selalu..

4. awak,nape tak contact saya. Saya risau awak keluar lama2..ye..memang saya tak ada hak pun..saya tahu saya percaye awak,,tapi saya tak tahulah nak kata macam mana. Kite selalu nampak dari jauh saja ek.Tapi saya rasa awak macam dekat saje dengan saya. Mungkin ini orang kata cinta kot,,wak..awak cinta saya tak? tak nk beri tahu.. tapi saya tahu awak cinta say.a.awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasul.. awk sayang sape ek? Sape saya dalam hati awk?

6. Wak wak..dari kawan kita just panggil saya awak saje..macam tak special pulak diri saya untuk awak. saya teringin juga nak jadi macam member2 saya. Panggil sayang.. bole ker? Awak panggil saya bi ek? Rasa macam baby siket. tak salah kan.. just panggilan saje..thanks sayang.. love u… ..

7. Yang. kekdang bi tangok syg ni mcm tak percaya bi saja. Yela, bi just tanya sayanag pakai apa je kan .. tq ek beritu,,makin dalam pulak rindu kat sayang ni… .hihihi..

8. Yang bi nak sayang tau,,sayanglah segalanya untuk bi,,sayanglah pemberi semangat untuk bi… yang… ..bi harap bi dengan sayang tak ade rahsia lagi ek.. jangan risau..inikan membuktikan bi caring.. so jangan risau..k..yeye. . bi janji akan jaga rahsia kite..just masej saje kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Sayang..dah lama kite masej,,boleh kite jumpe ker? ye..ayang bawak lah kawan2 k..tq yunk! i love u…. ..

10. Terima kasih panggil bi dengan panggilan abang.. abang tunggu lama dah..abang tahu..kita tak boleh pakse dalam hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi sayang,,buat ape 2? Nak cakap sikit.. nape sayang bawa satu battalion nak jumpa abang?… sayang tak percaya kat abang eh.. huhu..

12. Sayang..kita jumpa k?..abang suka sayang pakai tudung yang abang beli tu..macam wardina lak..bukan sayang tak cantik.. just nampak makin cantik lah..nipis sikit saje.. nanti jumpa syg. sayang bawa sorang dah la k..

13. Sayang..abang sory gan apa jadi tadi.. abang tersentuh jari sayang tadi.. betul juga cakap sayang eh,,tersentuh tak ape..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abang sama syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. sayang..just nak tanya.. sayang cinta bagi berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je… huhu..yang. . just nak tanya..rambut sayang panjang kah? just thinking of u at the moment…

16. Tadi terbeli tudung pendek.. yg abang bagi sama sayang itu.. sayang..bagilah gambar sayang special untuk abang yang pakai tudung tadi 2.. Cantiknya sayang..gambar ini nak buat wallpaper telefon dengan kompter abanglah..

17. Yang.. sayang cintakan abang berapa percent? Sepenuh hati Thanks sayang..love u too.. abang janji,,abang akan jaga sayang baik-baik dan takkan tinggalkan sayang…

18. Sayang..dah lama kita couplekan.. takkan abang pegang tangan pun nak marah.. Sayang kan milik abang.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Sayang cintakan abang sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?
SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR…

20. huh!… syg mengndung? tahu kat ne… cube check balik dgn doktor… xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! betullah sayang mengendung ni?? sayang,,untuk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape pula tak nak? tak berdosa lah kalau bunuh benda yang masing tak bernyawa…..gugurkan jelah!!! jangan buat masalah boleh tak!!

23. tak sakitlah!!! nape manje sangat ni! takkan benda mudah macam tu pun tak boleh buat..

24. sowie sayang,,abang tak boleh temankan sayang ke klinik tu,,abang malu kalau terserempak dengan family or member,,malu lah abang kalau diorang nampak abang bawa sayang dengan perut sayang yang besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung… kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau lah… bukan masalah aku juga keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sangat?? aku dah tak ingin sama kau!! pergi mampos!

26. jangan call dan mesej lagi boleh tak?!.. aku sbuk.. tak ada masa nak layan kau!…

27.(terputus hubungan)
wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran, si lelaki mencari mangsa baru..dan kejadian terus berulang..

Apakah maksud takaful ?