Isnin, 23 November 2015

Dropship program. Aku jual baju perempuan.

Damia Handbag

Sebelum ni aku pernah jual Handbag online di FB. Tapi 2, 3 tahun lalu la. Cerita lama. Semenjak pindah tempat bertugas, aku tidak ada masa lagi untuk snap dan upload gambar di Damia Handbag lagi pun tidak cukup ruang untuk simpan stok banyak-banyak. Dalam minggu lepas, aku melawat page Damia Handbag, rindu pula tengok profile picture. Lama juga aku renung samada mahu padam page tu atau buat sesuatu dengannya kerana sudah ada 5k likers. Bukan senang dapat jumlah like begitu. 

Nah. Terlintas di kepala untuk jadi dropshipper. Damia Handbag pun sudah ada kira macam aset juga la, jadi kerja promosi sudah senang.


Dropship ni bukan titisan kapal.. hehe. Dropship adalah orang tengah di antara pembeli dengan pembekal. Kita terima tempahan dan menerima pembayaran kemudian kita tempah pula barang yang ditempah oleh pembeli kepada pembekal atau penjual. Barang yang dibayar oleh pembeli kepada kita, akan dibungkus dan dihantar oleh pembekal. Dalam kata lain, menjual juga la tapi tanpa stok dan tanpa modal.

Untuk menjadi dropshipper, perlulah ada sumber atau pembekal yang boleh dipercayai. Aku telah menggoogle dan menghubungi pembekal-pembekal yang berpotensi untuk dipercayaai. Walaupun itu bukanlah barangan dan duit kita, tapi untuk menjadi peniaga yang baik, kita perlu menjaga kepercayaan pembeli. Jangan sampai barang tidak sampai kepada pembeli sedangkan duit kita sudah terima.

Untungkah jadi agen dropship? Taklah untung sampai berjuta-juta tapi dropshipper boleh meletakkan harga sesuka hati dia, keuntungan dia boleh dapat 100% dari harga kos tanpa menyimpan stok, tanpa kedai dan tidak perlu membungkus dan menghantar barang. Menarikkan?

Mengapa aku menjual barang-barang perempuan? Dulu aku pernah beli handbag terus dari China untuk isteri di aliekspress.com dan alibaba.com. Murah pulak tu ditambah dengan W.P Labuan yang bebas cukai, jadi memang untunglah kalau jual. Itulah asal musul Damia Handbag.

Hari ini (23.11.15) pesanan pertama akan dihantar kepada pelanggan. Tracking No. akan diupdate di Damia Handbag.

Semoga anda menyokong perniagaan kecil dan sangat kecil ini. hehe.
Kalau mahu order jubah, baju kurung atau Handbag, boleh hubungi aku. Bagi tahu stail macam mana, warna apa dan lain-lain. Insya Allah aku cuba. Tapi hati-hati la kalau berwhatapps atau bertelefon dengan aku. Bukan apa, nanti laki puan-puan salah sangka. Maklumlah puan-puan akan berwhatapps dengan lelaki. hehe. Bagi tahu siap-siap dengan laki ya.. aku pun laki orang ni.. Haha.. O.k apa orang lelaki jual pakaian perempuan. Kalau tengok Pakistan yang jual baju-baju perempuan, baju luar dalam dia usung ke sana sini naik motor, berbasikal dan ada yang jalan kaki.

Jadi, apa tunggu lagi. Marilah lawat Damia Handbag tengok-tengok jubah, baju kurung dan Handbag.  Nak diskaun, Whatapps atau PM jak. Terima kasih kerana membaca entri kali ini sampai habis.. hehe



Ahad, 22 November 2015

Ikan Tongkol Tomato.

Kali pertama makan masakan ini dalam dua tahun lepas tapi lupa tanya resepi. Jadi untuk menyudahkan hasrat hati, aku koreklah resepi dari google, youtube dan resepi di tin ikan sardin. Bahan bonus kali ini ialah sos Spageti Prigo.

Selasa, 17 November 2015

Tone Excel lagi. ..

Sudah lama tidak up date pasal Tone Excel. Selepas beberapa bulan menggunakan sim kad Tone Excel, profile TE aku semakin baik..
Semakin ramai pengguna. Tengok skrin sut ni..

Selasa, 10 November 2015

Nasi Panggang


Pernah dengar tak nasi panggang? Mestilah kan.  Tapi yang ini versi lain. Bukan yang dipanggang dengan daun pisang tu.

Resepi ni sesuai untuk sarapan pagi. Maklumlah kan, tiap buat sarapan jarang yang tak guna minyak. Kalau tidak mahu sarapan berminyak terpaksa makan roti dengan kaya.. hari-hari makan tapi tidak kaya-kaya juga.. hehe

Resepi ni mudah lagi pun kalau ada nasi semalam yang tidak habis, buatlah nasi panggang ni.

Bahan-bahan :

1. 500 g nasi.
2. 2 biji telur.
3. 2 ulas bawang putih, dicincang halus.
4. Setengah labu bawang besar, potong halus-halus.
5. 1 sudu serbuk pati ayam.
6. Garam dan aji.
7. 1 sudu teh lada putih.
8. Daun sup dipotong halus.

Cara-cara :

1. Campurkan kesemua bahan.
2. Panggang menggunakan kuali tanpa minyak. Kalau takut nasi tu melekat, letaklah minyak sedikit kemudian ratakan menggunakan tisu dapur.
3. Untuk lebih mudah, gunakan acuan atau ring telur mata lembu. Kalau tidak ada, kepal-kepalkan nasi tu dengan tangan kemudian masukkan masukkan dalam kuali dan leperkan dengan sudip atau spatula.
4. Kalau nak tahu sudah masak atau belum, nasi tu tidak akan terburai kalau diangkat. Maknanya telur yang diguna untuk mengadun tu sudah masak sempurna.




Nasi ni boleh dimakan dengan sos tomato, cili atau makan begitu tu saja.

Isnin, 9 November 2015

Benarkah produk penjimat elektrik berkesan ?




Banyak betul produk-produk yang merapu sekarang ni. Entah berapa ramai pengguna yang sudah kena tipu. Aku bukan berniat mahu tutup periuk nasi orang lain, tapi sebagai khidmat kepada masyarakat untuk menghindarkan saudara mara dan kawan-kawan daripada tertipu.

Apakah komponen utama alat penjimat elektrik ini?

Isnin, 12 Oktober 2015

Ikan jaket masak lemak


Ikan Cencaru

Aku pun sudah lupa bila masa aku dengar ikan ini kena panggil ikan jaket. Tapi yang aku ingat, jaket tu sempena sisik dia yang tebal. haha. Ikan ni kalau digoreng bulat-bulat macam dalam gambar tu, tidak berapa sesuai. Kebiasaannya orang akan belah dari sisi dan sumbat dengan paste atau sambal.

Tapi kali ni kita cerita pasal ikan ni kalau kena masak lemak. 

Bahan-bahan :

1. Kunyit hidup 1 inci. Kalau guna serbuk kunyit setengah sudu makan
2. Halia pun satu inci jugak
3. Bawang merah 2 biji.. (bawang ada biji ka?)
4. 3 ulas bawang putih
4. Tomato dua biji
5. Jus limau kasturi dari dua biji limau.
6. Cili hijau 4 biji. Dipotong-potong nipis. 
7. Belacan sebesar jari kelingking satu inci
8. Serai dua batang dititik.
9. Ikan cencaru dua ekor, potong ikut suka
10. 1/4 Daun kunyit di hiris
11. Daun pandan di simpul
12. Daun limau purut dua lembar
13. Santan
14. Minyak untuk menumis
15. Air 1 liter
16. Garam, guila dan aji

Cara-cara :

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan belacan.
2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga agak kering.
3. Masukkan daun liamu purut dan daun kunyit serta serai.
4. Tambahkan air sikit-sikit dan masukkan tomato. Biarkan hingga tomato agak lembut.
5. Kecilkan api dan masukkan ikan, cili hijau, daun pandan dan santan. Masak dengan api            sederhana. dan tutup.
6. Bila sudah agak-agak mahu masak, masukkan jus limau, dan perasakan. Keluarkan daun pandan dan masak hingga puas hati dan hidangkan.


Lupa pulak ambik gambar yang sudah masak.. hehe

P/s : Daun pandan tak elok masak lama-lama nanti bau dan rasa jadi lain pulak.
Cili hijau elok jika tidak ditumis, sebab bau cili hijau pun best jugak.







Selasa, 22 September 2015

Kaki XPDC, jom menelusuri puncak Gunung Alab Tambunan, Sabah.


Sub-Stesen Gunung Alab, Tambunan, Sabah
     Semenjak bertugas di AKMAL Sabah, tempat ni sudah macam kampung ke dua bagi kami. Hampir setiap sudut kami boleh ceritakan tentang tempat ini. Jika anda ingin mencuba tempat baru untuk berekreasi bersama keluarga, mungkin Gunung Alab adalah tempat yang sesuai. Di sini pun ada Chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan.

Laluan ke Sub-Stesen Gunung Alab
Di Kawasan tapak perkemahan ini terdapat taman orked. Bermacam-macam tumbuhan orked ada di sini. Periuk kera pelbagai saiz juga terdapat di sini.

Suhu ni sini agak extrem jugak lah.. Siang 24 'C kalau malam boleh mencecah 13'C time musim hijan.

Daripada Sub-Stesen ni, ke puncak Gunung Minduk Sirung sejauh 8.5 KM dari sini dan di hujung trail sejauh 12 KM ini terdapat air terjun Mahua. Perjalanan merentas laluan berbukit, curan dan landai ini biasanya mengambil satu hari setengah bergantung dengan tahap kecergasan dan kita akan meniti disepanjang puncak Gunung Alab dan Minduk Sirung.
Laluan Mula


Poin merah adalah Sub-Stesen Gunung Alab dan Waterfall Mahua adalah poin terakhir.
Sepanjang perjalanan, nikmat yang tidak terhingga akan dirasai. Mata disajikan dengan keindahan alam ciptaan Allah, Hidung menghela udara yang sangat nyaman dan bersih lagi dingin serta telinga pula berasa sunyi dari hingar bingar kota lalu digantikan dengan bunyi alam yang mengasyikkan. 
Laluan di Km 6
laluan menuju puncak
Pokok ni sebesar 12 pemeluk orang dewasa
Banjaran Crocker, pemandangan dari Puncak Gunung Alab.

Puncak Gunung Minduk Sirung
Kabus sepanjang laluan mendaki ke Sub-Stesen Gunung Alab.

Air Terjun Mahua

Mungkin sesetangah dari kita terutama orang Sabah sendiri masih tidak tahu akan kewujudan tempat ini kerana aku juga terkejut sewaktu kali pertama merentasi laluan ini.




Apakah maksud takaful ?