Ahad, 13 Mac 2016

Resepi : Trubok masin tumbuk

Minggu lalu ke Sarawak, ada tugas yang perlu disiapkan. Lepas habis kerja, aku jalan-jalan la di bandar Kuching. Sempat beli ikan Trubok masin.

Balik dari Kuching flight jam 8 mlm, jadi sampai KK lagi la malam. Keesokkanhari baru la berkesempatan mengolah ikan Trubok ni. Dijadikan cerita, memang tak ada cerita sebab bahan untuk masak banyak yang habis. Hehe..

Tapi ikan ni masih boleh menjadi penambah rasa makanan. Ianya sangat mudah.

Ikan Trubok masik tumbuk.

1. Cuci ikan untuk hilangkan garam berlebihan. Gunakan bahagian yang tiada tulang tengah. Hiriskan isi ikan nipis-nipis tapi jangan terputus, agak-agak 5 cm cam tu. Tujuannya agar isi ikan dan tulang-tulang halus jadi garing bila digoreng.

2. Gorengkan isi ikan hingga garing atau isi ikan berwarna coklat gelap tapi jangan sampai hitam kehangusan... haha.

3. Kalau dah garing, angkat ikan dan toskan.

4. Tumbuk ikan bersama cili padi menggunakan lesung hingga kedua-duanya lumat.

5. Masukkan 1/3 sudu makan gula. Untuk seimbangkan rasa masin dan pedas.

Sedap dimakan dengan nasi..

Resepi : Batang keladi masak lemak bersama telur masin.

Semalam terbaca masej kawan dalam group Whatsapp. Seoronk diorang bercerita pasal telur itik masak lemak.

Ahad, 21 Februari 2016

Resepi Ayam Halia


Jika mahu rasa lebih pedas, boleh ditambahkan cili padi di dalam masakan ini.

Sup sayur daging

Macam lama sangat tidak update pasal resepi ni. Bukan malas masak tapi, malas buka blog lagi pun ada banyak kerja mau buat lagi. Jadi alang-alang aku update blog- blog lain, aku update lagi juga la resepi di sini. Blog-blog lain tu ialah Blog Persatuan Penjaga Jentera Elektrik Sabah dan Blog PJJ UUM yang kena block baru-baru ni oleh Blogger.com .

Sabtu, 20 Februari 2016

Slide untuk subjek-subjek semester pertama Pengurusan Awam UUM

Klik link untuk download slide.
1) SADN 1013 – Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (1)
– Bab 1 – 20 KLIK SINI
2) BPMN 1013 – Pengantar Pengurusan
– Bab 1 – 17 KLIK SINI
3) SBLM 1053 – Bahasa Melayu Pengurusan 
– Bab 1 – 12 KLIK SINI
4) VRS 011 – Pembangunan Masyarakat 1
– Bab 1 – 6  KLIK SINI
5) GMGA 1013 – Asas Pentadbiran Awam
– Bab 1 – 10 KLIK SINI


*folder dlm format .rar (sila extract terlebih dahulu menggunakan aplikasi winrar @ winzip)

Jumaat, 19 Februari 2016

Juruteknik elektrik diperlukan

Kalau kita tengok setiap tahun beribu-ribu pelatih yang menamatkan latihan di pusat-pusat latihan kemahiran seperti ILP, IKM, IKBN. Ibu bapa pun bangga anak-anak mereka bakal menjadi orang yang berguna kepada masyarakat kekadang imbuhan atau gaji yang tinggi menjadi impian. Pelatih-pelatih juga mengharapkan agar mereka beroleh gaji yang lumayan atau berjaya memperoleh projek-projek sederhana selepas tamat latihan.

Isu kemasukkan Bangladesh : Kemasukkan warga Bangladesh bertentangan RMK11

Kemasukkan warga Bangladesh bertentangan dengan RMK 11. Kalau syarikat telco, ni macam caj-caj tersembunyi la. Tak ada dalam terma dan syarat tiba-tiba dia kenakan caj. Tidak ada dalam perancangan, tiba-tiba di buat. Yang main tiba-tiba ni bahaya. 

Apakah maksud takaful ?