Rabu, 18 Mei 2016

Zamani dan Slam..


Kumpulan Slam antara artis berkumpulan yang sangat popular pada tahun 90an. Lagu-lagu kumpulan sering menjadi siulan kami ketika itu. Bagi aku sendiri, hampir semua lagu kumpulan Slam ni melekat di kepala. Minat habis.


Tapi bukan setakat lagu sahaja yang aku minat. Bagi aku, ada dua permata dalam kumpulan ni yang membuatlkan aku minat sangat dengan diorang ni. 

Hampir setiap kumpulan mesti vokalis yang sangat menonjol. Begitu juga dengan Slam ni. Aku sangat meninati Zamani kerana suaranya yang bagi aku sangat merdu.. tu pendapat aku la.. Lagu-lagu yang dinyanyikan olehnya sangat sesuai denga suaranya, lagu yang puitis disampaikan dengan suara yang lunak serta lembut.



Mengikut sumber, pihak pengurusan Slam telah mengadakan uji bakat untuk mencari vokalis Slam kerana vokalis sedia ada tidak mampu menjiwai lagu yang bertajuk "Nina" ciptaan Rahim Othman. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Melalui uji bakat tersebut bakat Zamani telah dicungkil sehingga melambung tinggi. 

Selain vokalis, pemain gitar utama juga kekadang ada tempat di hati pemain-pemain gitar. Walaupun aku bukan pemain gitar yang baik, tapi tahu jugalah sedikit pasal bunyi gitar dan aku suka petikan gitar Shah. Di sini aku attach vedio Shah bermain gitar rentak Balada. Siapa yang dengar muzik ni tanpa menonton vedio ini, memang diorang akan ingat yang main tu Steve Vai atau Joe Satriani.


Pertemuan Slam dengan Zamani telah menghangatkan industri muzik kita pada masa itu.  Hasil gabungan dengan komposer-kompoder terkenal telah menlahirkan lagu-lagu yang sedap di dengar dan senang untuk dilagukan. 14 May yang lalu, mereka telah mengadakan konset selepas 20 tahun menghilang dan secara peribadi aku memang rindukan kumpulan Slam ini tambahan pula, muzik yang sering diorang padankan untuk lagu-lagu mereka cuma dimainkan oleh mereka. Memang unik, rare kata orang. Jadi kalau ikutkan, bukan mereka berdua sahaja yang sebenarnya permata tersebut, tapi kumpulan Slam itulah permata bagi aku. Harap-harap adalah konset Slam ni di Sabah.

Sebelum anda meninggalkan page ini, aku nak berkongsi sebuah lagu Slam. Lagu ni antara lagu Slam yang aku minat. Ciptaan sifu M. Nasir.


         Klip vedio lagu Falsafah Cinta 

Bila hadir kasih sayang
Tanda cinta sudah berakar
Terkadang buta hidupmu
Terkadang semangat gelora
Rasa cinta kepada keindahan
Tanda yang peka kepada kejadian
Berdiri di atas kehendak keamanan
Kedamaian
Cinta menciptakan rindu
Juga membuat kita sendu
Semangat terbakar hangus
Hidup mesti terus
Kerana cinta duniamu berperang
Itu cinta sesat di perjalanan
Demi cinta kita terlupa dunia
Kesesatan
Marilah kita bersama terus bercinta
Menjadi cermin untuk manusia
Hentikan tangisan rindukan ketenangan
Cinta ini penuh keindahan
Kasih dan sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?