Rabu, 27 Disember 2017

FUNGSI PERUNDANGAN YDPA


Terangkan fungsi perundangan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perihalkan dalam keadaan mana Yang di-Pertuan Agong boleh menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan. Perhalusi apakah pilihan yang ada untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

Pengenalan

Perlembagaan merupakan undang-undang dasar pemerintahan sesebuah Negara. Oleh itu, perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang yang tertinggi untuk menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara itu mesti dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.



Perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang kerana sebarang percanggahan dengan perlembagaan dalam undang-undang atau statut yang diwujudkan, makan undang-undang tersebut akan terbatal dengan sendirinya. Maka, matlamat lain perlembagaan ialah untuk memberi jaminan dan perlindungan kepada rakyat dan negara.

Tujuan perlembagaan

Perlembagaan boleh menjamin keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi dalam menetukan hala tuju sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia mereka dalam mendirikan sebuah negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme tidak akan wujud di kalangan rakyat yang tidak memikirkan dan mencintai negara mereka. Justeru itu, negara menjadi lemah dan jika sesebuah negara tidak mempunyai kekuasaan yang utuh dan pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahan negara. Jadi dengan adanya perlembagaan negara, rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang diamalkan dan dihormati bersama untuk memastikan kewujudan sebuah negara yang berdaulat.
Dengan adanya perlembagaan, segala tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan. Ini kerana segala tindak-tanduk mereka mestilah berdasarkan kepada perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan. Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.
Selain itu, perlembagaan juga menggariskan dengan jelas peranan-peranan setiap unsur dalam sistem pemerintahan negara. Antara perkara yang dijelaskan dalam Perlembagaan Malaysia ialah peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara seperti yang disebutkan dalam Perkara 32 (1) bahawa ketua bagi Persekutuan bergelar Yang di-Pertuan Agong yang telah dipilih oleh Majils Raja-Raja sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 32 (3).

Perundangan


Perundangan (Bahasa Inggeris:Legislation) atau "undang-undang bertulis" adalah undang-undang yang telah digubal oleh legislatif atau badan penggubalan undang-undang lain. Istilah ini boleh merujuk satu undang-undang khusus, atau kesemua undang-undang yang telah digubal, di mana "styatut" juga digunakan untuk merujuk kepada satu undang-undang khusus. Sebelum menjadi perundangan, ia terlibih dahulu dikenali sebagai rang undang-undang, yang juga secara tipikal dikenali sebagai "perundangan" semasa ia sedang dipertimbangkan.
Dalam sesetengah bidang kuasa, legislasi mesti disahkan oleh cabang eksekutif kerajaan terlebih dahulu sebelum ia berkuatkuasa sebagai undang-undang. Di bawah sistem Wesminster yang juga diwarisi oleh Malaysia, satu perundangan dikenali sebagai Akta Parlimen selepas enakmennya. Perundangan lazimnya dicadang oleh suatu ahli legislatif (sebagai contoh wakil rakyat Parlimen atau Kongres) atau oleh cabang eksekutif, dan kemudiannya diperdebatkan oleh ahli-ahli legislatif dan dipinda sebelum diluluskan. Kebanyakan legislatif-legislatif besar meluluskan hanya sebahagian kecil bil-bil yang dicadang dalam suatu sesi perjumpaan. Sama ada satu bil akan mendapat keluluusan dan berkuatkuasa bergantung kepada keutamaan perundangan suatu kerajaan.
Mereka yang mempunyai kuasa formal untuk mencipta perundangan dipanggil penggubal, manakalah kehakiman kerajaan mempunyai kuasa formal untuk mentafsir undang-undang.
            Undang-undang merupakan instrumen untuk mengawal tingkah laku masyarakat. Undang-undang biasanya berbentuk arahan yang menerangkan secara jelas sama ada boleh atau tidak boleh dalam melaksanakan sesuatu perkara. Selain itu, undang-undang juga merupakan panduan kepada ahli masyarakat agar mereka bertindak dengan betul. Oleh itu anggota masyarakat yang berurusan sama ada dengan pihak kerajaan atau swasta mempunyai garis panduan yang jelas dan terhindar dari segala bentuk frod, penyelewangan dan kemudaratan. Misalnya undang-undang syarikat yang memastikan peniaga mengasingkan dirinya dari perniagaannya bertujuan mengelakkan peniaga tersebut menjadi muflis sekiranya perniagaannya mengalami kerugian. Perlanggaran undang-undang menyebabkan hukuman boleh dikenakan.
            Austin berpendapat bahawa undang-undang itu adalah perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang awam dan dikuatkuasakan melalui hukuman. Hukuman merupakan suatu ancaman untuk menguatkuasakan undang-undang. Hal ini menggambarkan bahawa undang-undang itu bersifat memaksa atau mendesak seperti yang dikatan Hobbes bahawa undang-undang itu adalah perlakuan yang obligatori  iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau memaksa.


Yang di-Pertuan Agong



      Jawatan Yang di-Pertuan Agong merupakan satu-satunya jawatan unik dalam dunia. Ini kerana, Yang di-Pertuan Agong dipilih di kalangan Raja- Raja Melayu memalui sistem penggiliran di mana setiap Yang di-Pertuan Agong akan memeintah selama 5 tahun. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara tetapi bukan ketua kerajaan dan sebagai Ketua Negara, peranan Yang di-Pertuan Agong sangat penting dalam memastikan pentadbiran negara berada dalam landasan betul mengikut acuan Perlembagaan Persekutuan. Meskipun Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, baginda mempunyai kuasa besar yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan keadaan negara stabil dan aman. Melayu oleh baginda-baginda bagi satu tempoh lima tahun.
Perlembagaan Persekutuan menjelaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sabagai Ketua Negara dalam tajuk Ketua Utama Negara seperti berikut ;
32. (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam manamana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkandi bawah Bahagian XV.”

Fungsi Yang di-Pertuan Agong dari prespektif perundangan

                Yang di-Pertuan agong mempunyai kuasa ke atas ketiga-tiga bidang kuasa pentadbiran iaitu Legislatif, eksekutif dan kehakiman. Perkara 45(1)(b) berhubung dengan perlantikan ahli-ahli Dewan Negara. Dewan Negara merupakan medan untuk mengkaji semula rang undang-undang yang telah dipersetujui dalam Dewan Rakyat. Rang undang-undang yang dibawa ke Dewan Negara akan melalui proses yang sama seperti mana Dewan Rakyat. Oleh itu, selaku Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong perperanan penting dalam perlantikan keaggotaan Dewan Negara yang bertanggungjawab dalam mewujudkan suatu undang-undang. Maka menurut Perkara 45 (2), Baginda hendaklah melantik orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai tahap keunggulan profesion individu tersebut. Kuasa Yang di-Pertuan Agong berkenaan pemilihan ahli Dewan Negara jelas menunjukkan bahawa Baginda masih mempunyai kuasa simpanan ke atas sistem perundangan kerana pemilihan ahli Dewan Negara bukanlah melalui pilihan raya sebaliknya mengikut pendapat Baginda.
            Di dalam Dewan Rakyat juga Yang di-Pertuan Agong berperanan untuk kelestarian perundangan. Perkara 48 (3) telah memperuntukkan bahawa Baginda boleh membatalkan keahlian anggota Dewan Rakyat jika seseorang ahli itu gagal menghantar apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang pada masa yang ditetapkan. Hal ini disebutkan dalam Perkara 43, Fasal 1 (d). Baginda juga boleh melakukan tindakan yang sama sekiranya seseorang anggota Dewan rakyat telah disabitkan kesalahan oleh sesuatu Mahkamah di Persekutuan dan dikenakan hukuman melebih setahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak mendapat pengampunan bebas. Yang di-Pertuan Agong juga boleh melucutkan keanggotaan ahli Dewan Rakyat sekiranya seseorang ahli dengan suka rela telah memperolehi kewarganegaraan mana-mana negara asing seperti yang disebutkan dalam Perkara 43 fasal 1 (f).
            Dalam bab 5 Perlembagaan Persekutuan iaitu Tatacara perundangan, memperihalkan secara jelas berhubung dengan perjalanan kuasa perundangan di mana Perkara 66 (3) memperuntukkan agar rang undang-undang yang telah dibuat dan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Perlimen dan dikemukankan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya  serta menurunkan atau mencapkan Mohor Besar pada rang undang-undang yang telah dipersetujuinya.
            Selain itu, Baginda juga boleh memprorog iaitu menghentikan sesuatu penggal Parlimen bagi memindah penggal tersebut dengan penggal yang berikutnya atau dengan kata lain membubarkan Parlimen seperti yang dinyatakan dalam Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.
            Perkara 42 menyebutkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukuman dan lega hukuman dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam W.P Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Hal ini mencerminkan bahawa hukuman yang telah ditetapkan dalam perundangan dan mahkamah dalam wilayah Baginda masih tidak dapat mengatasi keunggulan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
            Dalam hal menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat dan negara, Baginda berkuasa untuk mengistiharkan darurat. Perkara 150 menyebutkan bahawa jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian. Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan sekiranya Baginda berpuas hati bahawa ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu baginya mengambil tindakan serta-merta seperti yang disebutkan dalam Perkara 150 (2b). Kuasa pengistiharan darurat juga merupakan fungsi Yang di-Pertuan Agong dari sudut perundangan kerana keputusan Baginda menyebabkan suatu ordianan akan dikeluarkan tanpa perlu memalui perbincangan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dimokrasi berperlimen

            Parlimen disebut sebagai Parlements dalam bahasa Perancis yang berasal daripada perkataan parler bermaksud berucap atau bercakap. Ini sesuai dengan peranan Parlimen sebagai tempat para perwakilan bercakap, berucap dan berbahas tentang rang undang-undang dan dasar kerajaan. Sistem Parlimen berbeza-beza mengikut negara. Ada yang mempunyai satu dewan (unicameral); dan dua dewan (bicameral). Sistem Parlimen dua dewan terdiri daripada Dewan Tinggi (House of Lords) dan Dewan Rendah (House of Commons). Dari segi kuasa, Dewan Rendah mempunyai kuasa lebih besar berbanding Dewan Tinggi.
Parlimen diberikan kuasa membuat undang-undang. Ia melibatkan perwakilan untuk mengusul, membahas, membincang, menyokong dan meluluskan undang-undang negara. Dalam sistem demokrasi, Parlimen bertanggungjawab menyemak setiap aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan atau Kabinet. Jika Parlimen ada sebarang pertanyaan kepada Kabinet mengenai sesuatu perkara, maka Kabinet perlu menjawabnya secara lisan atau bertulis. Atas prinsip inilah Kabinet bertanggungjawab kepada Parlimen.
Dalam sistem demokrasi, Parlimen juga bertanggungjawab untuk memilih, mengekal dan menggantikan kerajaan yang sedang memerintah dengan kerajaan yang baru. Jika perwakilan tidak lagi bersetuju dan menyokong kerajaan yang sedia ada, mereka boleh mengemukakan usul undi tidak percaya (non-confidence vote) di Parlimen. Jika undi tidak percaya mendapat sokongan majoriti (sekurang-kurangnya dua pertiga) ahli dewan, maka Perdana Menteri dan ahli Kabinet perlu meletakkan jawatan. Jika itu berlaku, ketua negara boleh melantik Perdana Menteri baru.
Dalam sistem demokrasi liberal, terdapat dua sistem yang dominan iaitu demokrasi berparlimen dan berpresiden. Kedua-dua sistem ini menekankan kaedah pemilihan pemimpin dan perwakilan melalui pilihan raya. Seperti yang dibincangkan di atas, dalam sistem demokrasi berparlimen, ia mempraktikkan doktrin percantuman kuasa. Sistem demokrasi berparlimen biasanya diamalkan dalam kalangan negara-negara bekas jajahan British atau Komanwel. Sebab itu, British dikatakan sebagai ibu segala sistem demokrasi berparlimen di dunia hari ini. Manakala, dalam sistem demokrasi berparlimen mempraktikkan doktrin pengasingan kuasa yang dipelopori oleh Amerika Syarikat.
Sistem demokrasi berparlimen juga dikenali sebagai sistem berkabinet atau Kabinet berparlimen. Sistem demokrasi berparlimen ini kebanyakannya diamalkan di negara-negara yang mempunyai sistem Parlimen ala-British. Kebanyakan negara demokratik yang mengamalkan sistem berparlimen, kerajaan dibentuk oleh parti yang memperolehi majoriti kerusi di Parlimen. Ketua negara akan melantik salah seorang daripada ahli badan perundangan (Parlimen) sebagai ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri. Perdana Menteri berperanan sebagai ketua badan eksekutif. Sebab itu dalam sistem demokrasi berparlimen dikatakan mengamalkan doktrin percantuman kuasa apabila ahli Parlimen dilantik sebagai Perdana Menteri dan begitu juga dengan kedudukan ahli-ahli Kabinet yang lain atau Jemaah Menteri. Kerajaan dalam sistem demokrasi berparlimen diasaskan daripada kedudukan yang diperolehi dalam badan perundangan. Maksudnya, kini ia banyak merujuk kepada parti politik yang menguasai majoriti kerusi Parlimen (Dewan Rendah) akan diberikan hak dan kuasa untuk menubuhkan kerajaan dan membentuk Kabinet untuk memerintah. Dengan itu, wujudlah kerajaan berparlimen yang berkabinet. Dengan kata lain, terbentuklah sistem kerajaan berkabinet.
Antara negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ini seperti Australia, India, Malaysia, Jerman, Kanada dan Thailand serta beberapa buah negara lain lagi.
Tempoh penggal Parlimen bergantung kepada undang-undang atau perlembagaan negara berkenaan. Jika di Malaysia, satu penggal Parlimen adalah 5 tahun sebelum dibubar dan diadakan semula pilihan raya umum yang baharu. Manakala, ahli Dewan Atas biasanya dilantik oleh ketua negara. Jika di Malaysia, Yang DiPertuan Agong akan melantik ahli-ahli Dewan Negara (Dewan Atas). Kedua-dua ahli Dewan Rendah dan Atas boleh dilantik menjadi ahli Kabinet atau Jemaah Menteri. Perlantikan Jemaah Menteri oleh Yang DiPertuan Agong adalah di atas nasihat Perdana Menteri.
Peranan ketua negara sama ada dalam sistem raja berperlembagaan dan republik adalah melantik ketua kerajaan. Lazimnya ketua kerajaan yang dilantik adalah ketua parti politik yang memenangi majoriti kerusi Parlimen. Kebanyakan sistem demokrasi berparlimen mempraktikkan sistem pemilihan berasaskan majoriti mudah dengan amalan first-past-the-post. Jadi, parti yang menguasai majoriti walaupun dengan majoriti yang kecil mengatasi parti lawannya berhak menubuhkan kerajaan dan mengumumkan barisan Kabinetnya. Parti yang gagal memperolehi majoriti kerusi di Parlimen akan bertindak sebagai pembangkang dan boleh membentuk kerajaan bayangannya sendiri.
Ketua parti yang memperolehi majoriti akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri berhak mengemukakan nama-nama ahli Parlimen lain sebagai anggota Kabinet yang diterajuinya. Ketua negara akan menerima nama-nama yang dicalonkan. Proses ini jika di Malaysia dikatakan ketua negara bertindak atas nasihat ketua kerajaan. Perdana Menteri akan menerajui kepimpinan negara bersama barisan Kabinetnya. Tiap-tiap menteri Kabinet akan dilantik mengetuai mana-mana kementerian yang ditubuhkan dengan dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha politik dan pegawai-pegawai kerajaan. Contohnya, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak adalah Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan Barisan Nasional telah mendapat kerusi majoriti di Parlimen walaupun tidak mencapai majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 tahun 2013. Atas prinsip majoriti mudah dan first-past-the-post,  Dato’ Sri Mohd. Najib diberikan hak menubuhkan kerajaan dan dilantik sebagai Perdana Menteri. Selaku Perdana Menteri, beliau berhak untuk mengemukakan barisan Kabinet dan menubuhkan kementerian-kementerian tertentu untuk diperkenankan oleh          Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab itu, sistem Parlimen di Malaysia merangkumi tiga ciri utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Hanya Yang di-Pertuan Agong yang berhak dan memiliki kuasa untuk membubarkan Parlimen iaitu Dewan Rakyat sahaja dan bukan Dewan Negara.

Pembubaran Parlimen

               Berdasarkan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya selepas lima tahun dari tarikh pertama mesyuaratnya dan pilihan raya akan diadakan dalam masa 60 hari selepas tarikh pembubaran tersebut. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong boleh tidak memperkenankan pembubaran Parlimen jika Baginda mendapati perlu untuk mengambil keputusan sedemikian.
Pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari menjelaskan, Perlembagaan Malaysia mengambil iktibar dari pengalaman di Komanwel sejak lebih 100 tahun yang lalu dan Suruhanjaya Reid menyatakan bahawa adalah tidak bijak untuk memberi hak mutlak kepada kerajaan yang memerintah untuk membubarkan dewan. Pilihan raya merupakan salah satu proses dalam pembentukan kerajaan yang memerintah selaras dengan konsep dimokrasi iaitu pemilihan pemimpin melalui undian orang ramai yang mengambil masa yang agak panjang dan boleh melibatkan biaya yang tinggi selain mengganggu pentadbiran negara. Oleh itu, bukanlah satu tindakan yang bijak jika pilihan raya kerap diadakan. Maka Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara perlu menimbang sama ada pembubaran yang membawa kepada proses pilihan raya itu adalah perlu atau sebaliknya.
Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk menolak permintaan membubarkan Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri sebelum Dewan Rakyat mencecah usia lima tahun. Mengikut kajian yang dilakukan antara sebab-sebab lain pembubaran dewan ditolak ialah apabila pembubaran yang diminta tidak lama selepas pilihan raya misalnya dua tahun selepas pilihan raya atau di dalam keadaan di mana daftar pemilih belum siap dan masih terdapat banyak masalah untuk diselesakan.

               Apa jua faktor yang menyebabkan tertolaknya permohonan pembubaran Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong, hal itu adalah disebabkan Yang di-Pertuan Agong ingin memastikan agar pilihan raya yang bebas dan adil dapat dilaksanakan. Maka inilah yang dimaksudkan dengan budi bicara Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Kuasa

Kuasa ialah kebolehan untuk menjayakan sesuatu rancangan mengikut naluri seseorang untuk memaksa orang lain melakukan sesuatu walaupun mereka enggan berbuat demikian. Kuasa juga boleh ditafsirkan sebagai kebolehan menyatakan sesuatu dan memaksa untuk berbuat sesuatu kerana takutkan kuasa. Kuasa wujud setelah masyarakat merasakan mereka harus memberi sepenuhnya kepercayaan dan hak kepada orang yang bakal memimpin.
David Eatson menterjemahkan kuasa sebagai kebolehan individu, kumpulan untuk pengaruhi individu atau kumpulan lain bagi memenuhi kehendak organisasi, individu yang dipercayai punyai kuasa. Manakala menurut Talcott Parson, kuasa ialah keupayaan yang dipunyai oleh unit-unit tertentu yang boleh paksa organisasi besar, kolektif memenuhi tanggungjawab terhadap unit-unit tadi. Oleh yang demikian, berdasarkan definisi di atas, dapat dinyatakan bahawa kuasa merupakan kebolehan menyatakan sesuatu atau memaksa untuk berbuat sesuatu kerana takutkan kuasa.
Terdapat dua aspek utama apabila kita membicarakan tentang jenis kuasa iaitu pertama, pengkategorian kuasa berdasarkan kepakaran dan kedua berdasarkan kepemimpinan. Terdapat tiga pembahagian kuasa dalam kepemimpinan iaitu kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan.
Kuasa politik merupakan satu bahagian kuasa yang tidak boleh digugat. Apabila seseorang pemimpin diberi mandat untuk memimpin, maka golongan yang dipimpin tidak boleh mempertikaikan kuasa yang ada pada pemimpin tersebut. Kuasa politik merupakan nadi utama yang menggerakkan sesebuah organisasi pentadbiran atau pemerintahan. Ini kerana melalui kuasa politik yang ada, pemerintah atau mereka yang diberi kuasa serta tanggungjawab untuk membuat dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan atau organisasi. Kebesaran atau tahap kuasa politik bergantung kepada kedudukan seseorang mengikut kedudukan dan pangkat yang dimilikinya. Semakin tinggi kedudukan dan pangkat seseorang di dalam sesebuah kerajaan atau organisasi, semakin besar lingkungan kuasa yang dimilikinya. Sebagai contoh, seorang Perdana Menteri mempunyai bidang kuasa yang lebih besar berbanding Menteri biasa dan Kuasa raja atau sultan mengatasi segala kuasa rakyat jajahannya.
Kuasa Ekonomi bermaksud kebiasaannya, orang yang memiliki sumber kekayaan dan harta yang banyak akan dihormati dan berkuasa dalam kalangan masyarakatnya. Mereka yang kaya dan mempunyai kuasa ekonomi ini mempunyai kedudukan dan keupayaan untuk memberi arahan serta suruhan kepada masyarakat bawahan. Masyarakat akan patuh dan taat pada mereka yang memiliki kuasa ekonomi ini dengan harapan akan mendapat ganjaran dan habuan.
Kuasa Ketenteraan juga ada pada pemerintah. Berdasarkan kepada asas ini, pemerintah yang mempunyai kekuatan angkatan tentera yang hebat akan mempengaruhi kuasanya. Semakin kuat angkatan tenteranya, semakin besar pengaruh kekuasaan pemerintahnya. Kebanyakan pemerintah menggunakan kekuasaan ketentaraannya untuk melakukan penaklukan kawasan-kawasan yang diingini. Adolf Hitler iaitu pemimpin Jerman suatu ketika dahulu terkenal sebagai seorang pemimpin yang memiliki angkatan tentera yang sangat hebat, kuat dan digeruni.

Kuasa Raja-Raja Melayu

Pemerintahan beraja telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, institusi pemerintahan beraja itu masih diteruskan tetapi mengalami pengubahsuaian agar releven dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Raja-raja Melayu

Raja-raja Melayu merupakan raja yang berdaulat. Perkataan daulat pada satu masa dahulu merupakan satu perkataan yang sentiasa menjadi sebutan masyarakat Melayu apabila berbicara mengenai hal-hal yang berkaitan dengan raja atau sultan. Masyarakat Melayu tradisional amat mempercayai kedaulatan yang ada pada raja atau sultan yang memerintah. Bahkan, waris raja atau sultan juga dianggap sebagai golongan yang memiliki kedaulatan. Namun begitu, setelah negara Malaysia memperoleh kemerdekaan, institusi beraja telah diubah kepada institusi raja berpelembagaan. Sejak dari itu konsep daulat mengalami perubahan. Raja atau sultan dilihat telah hilang kuasa luar biasa dan kedaulatan raja hanya dilihat sebagai simbol ketua negeri dan ketua agama sesebuah negeri.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mentakrif perkataan daulat sebagai: 1. bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mempunyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuhnya di atas urusan atau Jurnal Melayu Jilid 11 Disember 2013 ISSN 1675-7513 103 pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; mendaulat 1. menjunjung (mengabdi, berkhidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (kekuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir; mendaulatkan menjadikan berdaulat, mem-beri hak (kuasa dll), menjadikan berwibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru; kedaulatan kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; ~ rakyat demokrasi; ~ undang-undang kedudukan undang-undang sesebuah negara sbg kuasa tertinggi yg mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat; pendaulatan perihal atau perbuatan mendaulatkan: ~ Bahasa Kebangsaan; pendaulat 1. bp orang yg mendaulat; 2. orang atau pihak yg mendaulatkan: kononnya negara itu dianggap sbg ~ demokrasi.
Berdasarkan takrifan di atas, maka jelaslah bahawa raja atau sultan masih berdaulat sehingga ke hari ini walaupun telah mengalamai banyak perubahan ke atas institusi beraja di Malaysia disebabkan perubahan dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Daulat Yang di-Pertuan Agong masih terpelihara di dalam perlembagaan di mana kuasa budi bicara Baginda ditetapkan secara langsung dan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kuasa budi bicara (mengekalkan kemutlakan kuasa raja)

Budi bicara, bermaksud kuasa untuk bertindak atau membuat keputusan yang mengizinkan pemegangnya sejumlah ruang yang tertentu, yang dengan sendirinya bermakna bahawa ia bebas mengambil tindakan tersebut. Begitu juga dengan cara bagaimana ia hendak melakukannya. Kuasa budi bicara turut mengizinkan pemegangnya membuat pilihan antara beberapa alternatif yang ada di hadapannya. Budi bicara berbeza dengan apa yang dipanggil tugas atau kewajipan di sisi undang-undang kerana ini tidak memberikan pilihan tentang apa yang hendak dilakukannya, walaupun mungkin cara atau prosedur pelaksanaan tugas itu mungkin tidak ditetapkan. Contohnya kuasa ketua negara melantik kerajaan atau haknya untuk menyetujui atau sebaliknya berkenaan permintaan untuk membubarkan Dewan.
Kuasa budi bicara tidak dapat dielakkan dalam birokrasi walau pun perlembagaan bertulis yang bersifat rigid telah diwujudkan. Ini kerana masalah rakyat yang telah diperundagkan tidak bersifat dinamik dan sentiasa berubah. Contohnya masalah darurat yang mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk bencana alam sekitar dan sosial dan politik seperti peristiwa 13 May 1969 iaitu peristiwa rusuhan kaum yang menjadi detik hitam dalam sejarah perpaduan negara di mana Yang di-Pertuan Agong telah mengistiharkan darurat dan perlimen telah digantung sementara pemerintahan dilaksanakan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran). Pada masa itu Malaysia berada dibawah pemerintahan tentera yang di ketuai oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri selaku Ketua Negara dan juga Ketua Kerajaan.
            Oleh yang demikian, agak jelas betapa kuasa budi bicara ini begitu besar dan mempunyai implikasi serius dan boleh menggantikan parlimen. Dengan kata lain Yang di-pertuan Agong masih mempunyai simpanan dan kuasa mutlak sekiranya wajar untuk Baginda berbuat demikian khususnya apabila kuasa berkenaan bersifat legislatif. Di dalam teori perlembagaan kuasa, biar apa pun namanya, hanya boleh diberikan sekiranya ia selaras dengan semangat dan tuntutan demokrasi. Kuasa budi bicara diberikan dalam konteks ini untuk mempastikan bahawa ada pihak yang dapat mengelakkan kebuntuan dalam suasana-suasana tertentu, seperti apabila proses demokrasi gagal memberikan keputusan, wujudnya senario apabila ada pihak-pihak tertentu mahu menggunakan demokrasi untuk memusnahkan demokrasi dan seumpamanya.
Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa budi bicara itu diberikan dengan     tujuan-tujuan yang sah dan dibenarkan oleh demokrasi itu sendiri. Meskipun kelihatannya ia bertentangan dengan demokrasi itu boleh dicegah dan dielakkan sekiranya mekanisme kawalannya berkesan dan dibenarkan berfungsi.

Kesimpulan

Peranan Yang di-Pertuan Agong semsetinya tidak boleh dipertikaikan dari sebrang perspektif terutamanya dari sudut perundangan. Hal ini kerana peranan raja atau sultan ke atas perundangan tulahpun wujud sejak zaman berzaman bahkan pemerintahan, perundangan dan undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah hak milik mutlak seorang raja atau sultan.

Disebabkan campur tangan asing dan orang awam dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu, maka kuasa Yang di-Pertuan Agong diselaraskan mengikut kesesuaian sistem dimokrasi sehingga wujudnya sistem pemerintahan dimokrasi berparlimen. Dalam sistem ini, kuasa Yang di-Pertuan Agong bukanlah dikecilkan tetapi disembunyikan untuk memberi laluan kepada orang awam bersama-sama memainkan peranan mewujudkan pemerintahan yang adil. Oleh itu, Baginda sebagai Ketua Negara tidak perlu lagi dibebani oleh tugas kerajaan pemerintah yang menentukan hala tuju negara sebaliknya Baginda bertindak sebagai pemerhati dan akan membuat keputusan mengikut budi bicaranya sekiranya perlu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?