Selasa, 17 Disember 2019

Bercuti ke Pulau Pinang | Seronoknya melancong dengan anak-anak. !

Musim cuti kali ini kami sekeluarga habiskan masa di Pulau Pinang, Pulau Mutiara.. !
Lama dulu, saya pernah menetap di Penang ni sekitar 2001 hingga 2005. Berbelas tahun yang lalu.

Tempat pertama kami lawati pada hari kerdua di Penang, (yalah hari pertama mana sempat jalan-jalan. Malam baru sampai Bayan Lepas Airport) Kami melawat Penag Street Art.
Penang Street Art

Banyak lukisan-likisan menari dan kreatif. Kalau ambil gambar guna filem, mahu berbakul-bakul barangkali filem baru puas bergambar.. Haha.. Ni cerita sebelah petang..
Sebelum ke sini, kami melawat rumah kelahiran Tan. Sri . P. Ramlee..
Rumah Kelahiran P. Ramlee.
Sangat nostalgia rumah ni. Sekali pandang, teringat semasa atok dan nenek hidup dulu. Yalah, kami tinggal dengan mereka di kampung sebelum berhijrah ke kampung sebelah bapa. Hari kedua, kami melawat Bukit Bendera. Tempat yang sejuk dan nyaman. Sudah lama sebenarnya mengidam mahu kemari sejak belajar di Ittar Perai dahulu dan kali ini tertunai.

Excited oi.. Banyaknya bahan menarik, kereta api lama, rumah-rumah lama, dah hotel lama. Videonya di boleh tonton di bawah.

Ada beberapa video lagi masa di Penang ni. Boleh tonton di Channel saya HD Story



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?