Khamis, 21 Mei 2020

Masak apa tak jadi hari ini

Assalamualaikum.. haha..
Lagi berapa hari hari raya. Raya kali ini memang agak special. Raya 2020,raya PKPB. 
Setelah agak lama hidup di muka bumi ni, inilah pertama kali merasa seolah-olah hidup tidak bermakna.
Mana tidaknya, serba serbi cukuo tapi langsung tidak boleh kemana-mana. Duit banyak pun tidak boleh buat apa, mahu jalan-jalan dengan anak bini pun tidak dapat.


Cuma, kehidupan maya semakin menghiburkan. Banyak page-page facebook yang pelik-pelik muncul. Terbaru ni page Suami Masak Apa Hari ini. Group ni semua lelaki dan suami atau bakal suami. haha. Orang perempuan tidak dibenarkan join..

Tapi yang lagi pelik page Masak Apa tak jadi hari ini. Saya pun tidak tahu, mahu kata apa pasakl group ni. kadang-kadang ada juga post yang mengaibkan diri sendiri. Ada juga post yang mengaibkan suami masing-masing. Mungkin sekadar hiburan dan harap-harap biarlah ianya kekal sebagai hiburan.

Ada kalanya susah juga diterima bila kaum hawa tidak pandai memasak. Kalau kurang mahir itu biasa, ramai juga perempuan kurang mahir memasak.Tapi kenapa tidak pandai.. ha.. itu yang agak pelik. Mungkin masa bujang jarang tolong mak di dapur ka atau memang malas masak. Bila dah kawin baru terhegeh-hegeh belajar masak.. haha

Memasak ni bagi saya satu terapi. Dengan memasak boleh lepaskam tensyen. Daripada fikirkan masalah yang tidak pernah habis-habis tu, elopk saya olah resepi-resepi masakan dan upload video ke youtube.

Musim PKP ni saya banyak masa di rumah dan channel masakan saya semakin menjadi. Minggu-minggu saya upload video masakan baru. Mencabar jugalah masak di bulan puasa ni sebab tidak boleh rasa masakan cukup-cukup. Tunggu waktu berbuka baru boleh rasa dan Alhamdulillah, rasay masakan- masakan tu memang menjadi.

Sekianlah update untuk kali ini. Next time jumpa lagi kalau rajin.. hehe 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?