Ahad, 5 Julai 2015

Bagaimana nak ambil minyak ayam.

Kebiasaannya kita tak peduli pun kulit atau lemak ayam. Ramai orang tak mahu lemak ayam dimasak bersama dagingnya. Tapi aku sangat mengambil berat rasa setiap bahan yang aku masak, kalau boleh sikit pun rasanya tidak berkurang.

Bagi orang lain mereka ada alasan tertentu mengapa mereka tidak suka lemak ayam terutamanya bila bercerita tentang kesihatan jantung, tapi mungkin tiada masalah bagi mereka yang aktif bersukan. Walaubagaimanapun, ketepuan lemak ayam adalah rendah berbanding lemak daging merah seperti lembu, kambing dan biri-biri.

Baik, di sini kau nak kongsikan bagaimana mengambil minyak ayam.

1. Masukkan kulit dan lemak ayam ke dalam kuali dan tambahkan air.

2. Masak kulit dan lemak ayam dengan dengan api sederhana.

3. Biarkan sehingga semua air tersejat dan minyak akan tinggal dalam kuali.

Minyak ni boleh salin ke dalam botol untuk kegunaan akan datang dan kulit ayam juga boleh simpan dalam peti ais. Sedap untuk campur mee goreng, sayur atau sup, tapi kena goreng rangup. 



Sabtu, 4 Julai 2015

Kerabu agar-agar

Kali ni nak berkongsi resepi karabu agar-agar lagi. Hari tu ada juga tulis entri resepi agar-agar, kalau nak baca klik sini tapi yang ni agak agak berbeza. Aku cuba gunakan bahan-bahan yang berbeza sikit. Mungkin ada kemelayuan.




Bahan-bahan:

1. 500g agar-agar laut
2. 1 biji lemon diambil jusnya
3. 1/4 bunga kantan dihiris kecil-kecil
4. 1 batang timun potong tebal-tebal
5. 2 biji cili di hiris halus
6. 1/2 biji bawang besar hiris memanjang
7. 1/2 batang lobak disagat
8. Garam dan gula

Cara-cara:

1. Celur agar-agar ke dalam air suam kemudian potong kecil.
2. Campurkan ksemua bahan.
3. Tambahkan gula sehingga terbit rasa manis dan sedikit garam.

Rasanya memang berbeza dengan resepi tradisional tapi tetap sedap. Selamat mencuba..

Khamis, 2 Julai 2015

Mesti baca ! Petua memasak daging

Memanggang
1. Panaskan terlebih dahulu ketuhar kepada suhu yang ditentukan oleh berat dan jenis daging
2. Letakkan daging panggang di atas rak di dalam talam bakar; dengan menaikkan daging panggang ini membolehkan haba disebarkan dengan sama rata.
3. Gunakan sebuah termometer daging untuk memeriksa kemajuan masakan daging tersebut
4. Keluarkan daging panggang yang dimasak apabila sudah mencapai suhu yang diingini dan pindahkan ke sebuah pinggan
5. Tutup secara longgar dengan kerajang aluminium dan biarkan untuk berehat selama 10 ke 20 minit sebelum menghidang
Petua memanggang
  • Pra layur daging lembu atau daging anak biri-biri ke dalam kuali leper panas atau ke dalam ketuhar dengan suhu ditetapkan pada 150ºC ke 180ºC untuk mengelakkan jus-jus asli dari terlepas semasa memanggang
  • Perasakan dengan sedikit garam untuk membantu mengekalkan jus
  • Sentiasa panggang daging dengan lemak di sisi atas untuk membenarkan pelumasan asli
  • Untuk perisa penuh, masak daging panggang pada suhu yang sangat tinggi
  • Sebelum memotong dan menghidang, biarkan masa berehat selama 10-20 minit; ini akan membenarkan jus-jus diagih semula dengan sama rata di seluruh daging panggang tersebut dan mengelakkan kehilangan jus.
Barbeku
1. Beruskan stik dengan sedikit minyak masak untuk menolong mengekalkan jus-jus asli.
2. Panaskan terlebih dahulu takung gril arang dan pastikan permukaan adalah panas sebelum menambah daging
3. Untuk memastikan daging adalah lembap dan lembut, pusingkan daging hanya sekali; masak satu belah sehingga tanda pertama kelembapan muncul di permukaan atas, kemudian pusing dan masak di bahagian sebelah
4. Daripada mengambil masa, tekan ke bawah pada daging dengan penyepit makanan untuk penentuan yang terbaik apabila ia dimasak untuk memenuhi kepuasan anda
5. Keluarkan daging dari gril, tutup secara longgar dengan kerajang aluminium dan biarkannya berehat untuk beberapa minit untuk membenarkan gentian daging bersantai dan menyerap semula semua jusnya sebelum dihidang
Petua Membarbeku
  • Sentiasa panaskan terlebih dahulu barbeku anda sebelum diguna
  • Pelayuran daging dengan cepat akan memerangkap jus-jus asli; kemudian, kurangkan api kepada suhu masakan yang perlahan
  • Untuk melembutkan dan menambah perisa, perapkan daging lembu dan daging anak biri-biri dalam minyak sayuran, cuka, herba wain atau campuran berasaskan sitrus
  • Pusingkan daging dengan penyepit makanan daripada menggunakan sebuah garpu atau pisau; penyucukan daging akan membenarkan jus-jus asli untuk melepas dan ini harus dielakkan
  • Untuk membantu memastikan daging adalah lembap secara keseluruhan, biarkan daging lembu dan daging anak biri-biri untuk berehat selama beberapa minit sebelum dihidang
Kaserol
1. Salutkan daging dengan minyak masak daripada menambahkannya terus ke kuali leper, ini akan mengurangkan jumlah minyak masak yang diperlukan dan membantu untuk melayurkan daging tersebut dengan sama rata
2. Layurkan daging dalam kelompok kecil dan pastikan kuali leper adalah pada suhu di antara sederhana dan tinggi untuk membantu daging tersebut layur dengan sama rata dan merendidih atau terbakar di dalam kuali leper
3. Keluarkan daging dari kuali leper, tambah cecair yang cukup dan panaskan
4. Kurangkan api ke rendah, sehingga cecair mereneh sebelum memulangkan daging yang telah dilayurkan ke dalam kuali leper; ini akan membantu memastikan daging menjadi empuk
5. Periksa hidangan tersebut yang masih mereneh dengan perlahan semasa memasak, bergaul sekali-sekala dan melaraskan api jika perlu - sebuah reneh adalah apabila buih-buih kecil timbul ke permukaan dengan perlahan
Petua kaserol
  • Layurkan daging lembu dan daging anak biri-biri untuk mengekalkan jus-jusnya dan membuat perisa asli yang kaya; untuk memperbaikan keputusan, salutkan daging lembu dan daging anak biri-biri dengan tepung secara ringan sebelum dilayurkan
  • Gunakan tudung yang ketat apabila mereneh untuk membantu memastikan suhu yang malar dan mengurangkan penyejatan
  • Selepas habis melayur sebentar, biarkan daging untuk mereneh selama satu hingga dua jam bergantung kepada jumlah masakan yang anda buat
  • Apabila bersedia, biarkan lauk tersebut berehat selama 5 hingga 10 minit sebelum dihidang
Goreng tohor
1. Gunakan kuali yang sesuai untuk jumlah daging yang akan dimasak dan panaskan terlebih dahulu kuali leper tersebut ke suhu sederhana panas
2. Sapu minyak masak pada daging bukan pada kuali leper kerana ini akan mengurangkan jumlah minyak masak yang diperlukan dan membantu mengekalkan kepada jus-jus
3. Daging patut berdesir apabila anda menambahkannya ke kuali leper tersebut; pastikan suhu adalah sederhana tinggi atau cukup panas untuk memastikan daging adalah berdesir tanpa terbakar
4. Masak pada satu bahagian sehingga tanda pertama kelembapan muncul di permukaan atas, kemudian pusing daging hanya sekali dan masak di bahagian sebelah
5. Periksa jika daging tersebut adalah sudah masak dengan menggunakan penyepit untuk menguji daging tersebut; kurang masak adalah lembut apabila ditekan, sederhana adalah berenjut dan cukup masak adalah sangat kental
6. Rehatkan daging tersebut untuk beberapa minit sebelum dihidangkan
Petua goreng tohor
  • Pastikan ketulan daging adalah sama saiz untuk masa masakan yang sama.
  • Gunakan kuali berdasar berat untuk pengagihan haba yang sama dan perasakan permukaan kuali sebelum melayurkan daging tersebut
  • Panaskan terlebih dahulu kuali sebelum melayur untuk mengekalkan jus-jus dengan segera
Goreng kilas
1. Salutkan daging jalur dalam minyak masak daripada menambah minyak masak ke dalam kuali untuk mengekalkan jus-jusnya
2. Tambahkan ½ sudu kecil tepung jagung kepada daging untuk memberikan tekstur makan yang licin
3. Pastikan kuali tersebut adalah cukup panas sebelum menambah daging atau sayur-sayuran - sebuah manik air patut menyejat apabila isentuh
4. Masak daging dalam kelompok kecil, kira-kira 250g dan tambah daging dari bahagian luar kuali ke pusat di mana ia adalah paling panas
5. Ketepikan daging, masak sayur-sayuran dan pulangkan daging ke dalam kuali dengan sos apabila sayur-sayuran sudah masak
6. Hanya goreng kilas untuk bercampur; pemanasan semula untuk jangka masa yang terlalu panjang akan menjadikan daging liat
Kari
1. Tumiskan bahan-bahan kari sehingga harum
2. Tambah daging dan ubi kentang yang didadu
3. Tambah santan atau susu atau yogurt, kemudian mereneh selama 10 minit
4. Kari daging sudah sedia apabila kuah kari mulai mendidih
5. Keluarkan dan hidang panas
Hot pot
1. Potong daging kepada kepingan nipis
2. Celup ke dalam hot pot atau stimbot selama 5 hingga 10 saat, kemudian hidang dengan sos Shabu-Shabu atau kicap

Mesti baca ! Bahagian Biri-biri dan cara memasak

Dengan pilihan menu sedia ada yang luas, gunakan jadual di bawah untuk membantu menentukan bahagian daging anak biri-biri yang disyorkan untuk cara memasak yang khusus.
Masa masak harus ditentukan oleh cara memasak yang dipilih, bahagian dan berat daging tersebut.
Cara memasak
Bahagian daging biri-biri yang disyorkan
Goreng tohor,gril atau barbeku
Sebarang bahagian daging dipotong kepada:
• cop
• paha
• bahu
• rak
• pinggul
• loin
• cop bercombol
Goreng kilas
Sebarang bahagian paha untuk digoreng kilas, dipotong nipis atau jalur atau dikisar
Kari, merendidih, tumis, kaserol
Sebarang bahagian paha atau bahagian bahu, dipotong dadu
Memanggang
Sebarang bahagian:
• paha
• bahu
• rak
• daging panggang mini(daging betis)
• rak sukuan depan• daging batang pinang/pinggul
Timur Tengah
Sebarang bahagian dipotong dadu
Untuk hot pot/stimbot
Sebarang bahagian dipotong nipis
Di post yang lalu aku ada kongsikan petua memasak daging lembu. Kalau nak tengok klik sini.

Mesti baca ! Cara memasak daging lembu mengikut bahagian

Dengan pilihan menu sedia ada yang luas, gunakan jadual di bawah untuk membantu menentukan bahagian daging lembu yang disyorkan untuk cara memasak yang khusus.
Masa masak harus ditentukan oleh cara memasak yang dipilih, bahagian dan berat daging tersebut.
Bahagian daging lembu Disyorkan untuk Cara memasak

Cara memasak
Bahagian daging lembu yang disyorkan
Goreng tohor,gril atau barbeku
• biasanya, ketebalan stik adalah di antara ¼ inci ke 1 inci
• stik loin siat
• stik mata rusuk ke 1 inci
• stik loin lembut
• daging batang pinang
• daging lembu untuk stik, stik barbeku
• stik minit
Goreng kilas
Sebarang bahagian untuk digoreng kilas, dipotong nipis atau jalur
Kari, merendidih, tumis, kaserol
Sebarang bahagian untuk kari, merendidih, tumis, kaserol dipotong dadu
Memanggang
Sebarang bahagian:
• paha
• bahu
• rak
• daging panggang mini(daging betis)
• rak sukuan depan• daging batang pinang/pinggul
Untuk masakan Jepun termasuk stimbot, hotpot, yakiniku, Shabu-Shabu, karubi.
Sebarang bahagian dipotong nipis
Untuk masakan Korea termasuk bulgogi,barbeku Korea, Rosu Gui
Sebarang bahagian dipotong nipis

Rabu, 1 Julai 2015

Apa sebab steak ni mahal sangat?

Steak ini dijual di Australia berharga AUD 450.00 bersamaan RM 1299.49 sekilo. 


Daging Steak ini dipanggil Aizakura H178 yang diambil seekor lembu Wayu seberat 423kg dan berharga AUD190,000 bersamaan RM 548,671.76.


Daging lembu Wagyu terdiri daripada paras bintik-bintik lemak putih halus yang tinggi yang bertenun di seluruh tekstur daging. Kesan tersebut dikenali sebagai 'kemarmaran' atau "marbling" yang membuat daging sangat lembut dan memberi rasa yang manis dan lazat bahkan sesudah selesai makan pun, kelezatan daging Wagyu masih tertinggal di lidah. Ini desebabkan lembu-lembu Wagyu mendapat layanan yang istemewa
Struktur daging Lembu Wagyu kelihatan bermammar

Lembu Wagyu disimpan dalam sebuah kandang makanan dari tempoh 300 ke 600 hari untuk menghasilkan jumlah kemarmaran yang lebih tinggi; secara umumnya, lebih tinggi jumlah kemarmaran di seluruh daging, lebih tinggi gred daging secara keseluruhan. Kemarmaran daging akan membawa kepada pengalaman makan yang serupa dengan mencairkan mentega di dalam mulut - sedap! Tetapi, kerana ini mengambil masa dan daya usaha yang lebih banyak untuk menghasilkan daging Wagyu, ini akan menuntut harga yang mahal dalam pasaran.

Lembu Wagyu
Wagyu sebenarnya berasal dari kata Wa(Jepun) dan Gyu(Lembu). Jadi makna Wagyu adalah Lembu Jepun. Memang, jenis lembu Wagyu berasal dari Kobe, Jepun.
Makanan lembu Wagyu bukan hanya rumput tapi juga jagung, barley, berbagai macam vitamin bahkan juga kalsium.
Untuk membuatnya bersih dari haiwan parasit seperti kutu dan lalat,  Wagyu dimandikan dengan Sake. Minuman khas Jepun. Kekadang Wagyu juga diberi minuman bir, agar ia rileks dan tidak stres.
Untuk membuat daging Wagyu empuk, peternak biasanya mengurut lembu ini agar ianya sentiasa relex dan yang penting lembu Wagyu tidak boleh sedikitpun merasa tertekan atau stress.

Apakah maksud takaful ?