Jumaat, 10 Julai 2015

Kad Raya punya pasal kawan kantoi simpan skendel

Sudah berapa lama tidak bertukar-tukar kad raya dan aku sendiri paling last hantar kad raya untuk femly waktu Ramadhan 2003. Masa tu belajar di Penang dan first time berjauhan dari keluarga.

Tadi petang dengar radio sambil memandu pulang. DJ radio bawa isu pasal kad raya. Aku pun layan ada ketikanya aku ketawa sendiri.

Dijadikan cerita seorang pemanggil tu bercerita tentang kawan dia yang kantoi menyimpan skendel oleh bini dia.

Pada hari terakhir Ramadhan semua keluarga muslim di taman perumahan sebok membersihkan halaman dan menghias rumah. Kawan dia yang kebetulan juga jiran dia bermain siram-siram, saling merinjis air satu sama lain. Romantik macam pengantin baru !

Semasa menghias rumah, semua kad-kad raya digantung dan dilekat. Mula-mula ketawa bersama. Selang berapa ketika riuh pula jadinya " Abang tipu aku? Cakap betul-betul siapa Ania ni? Sampai berbelas-belas kad raya dia bagi abang" " Rindu di hari lebaran konon" Sambungnya..

Masa ni aku dan DJ radio tu sudah ketawa separuh hayat ! Haha.. Kad raya pengganti surat cinta.

Pemanggil tu sambung cerita lagi. Dia yang mula-mula ketawa dengan peristiwa malang kawannya tiba-tiba jadi takut, bimbang bini kawan tu datang kerumah dia bertanya pasal Ania.

Sekarang ni tidak ada lagi cerita kad raya. Siapa yang banyak terima kad raya tu menunjukkan dia memang femous terutama anak-anak gadis. hehe





Khamis, 9 Julai 2015

Ayam Butter dan sup bebola ayam.

Tadi pergi beli sos Lea & Perrins. Kalau nak tahu sos apa tu bolehlah cari di google. Sos ni sangat sesuai untuk memerap daging atau ayam. Mudah, pantas dan yang paling penting sos ni halal.

Bertuahnya! Beli sos dapat percuma resepi Butter checken. Jadi tanpa pikir panjang, sahlah juadah untuk berbuka nanti ialah Butter Checken.

Bahan-bahan :

1. 1/2 ekor ayam.
2. 2 ulas bawang putih di cincang halus
3. 1/2 ulas bawang merah besar
4. 1 sudu makan lada putih
5. 9 sudu makan sos LP
6. 5 sudu makan Kicap pekat manis
7. Lemon 2 sudu makan
8. Daun bawang
9. Gula dan garam 2 sudu makan
10. 2 sudu makan minyak masak
11. 1 sudu makan Butter

Cara-cara :

1. Ayam dipotong dua dan diperap dengan 7 sudu makan sos LP, 2 sudu kicap pekat manis, satu sudu gula dan satu sudu garam. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Perap dalam beg plastik untuk jimat bahan.

2. Panaskan kuali dan goreng ayam hingga separuh masak sambil menggoreng ayam, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dicincang.

3. Tambahkan 2 sudu sos LP, 3 sudu kicap manis, satu sudu gula dan satu sudu garam.
Masak sehingga kering sedikit.

4. Tambahkan butter, jus lemon dan daun bawang yang dipotong. Angkat dan hidangkan.

Sup bebola ayam (aku tambah)
Bahan-bahan :

1. 10 biji bebola ayam
2. 1 liter air
3. 5 sudu makan sos LP
4. 1 sudu makan lada putih
5. 5 sudu makan kicap masin
6. Daun bawang

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Hidangkan dan tambahkan daun bawang.

Sos cecah (aku tambah)

Bahan-bahan :

1. 1 sudu makan Hoisin Sos
2. 2 sudu makan sos LP
3. 2 sudu makan kicap masin
4. 1/2 cawan air kosong. Kalau mahu cair sikit letak 1 cawan air.

Cara-cara :

Satukan dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.

Pasal nasi tu, aku cuba sekali lagi. Bukan apa banyak kurang rasanya. Maklum la tak boleh sangat mentest, nanti batal pulak puasa.

Ayam ni sesuai dimakan dengan kentang atau roti. Tapi memandangkan kita ni pemakan nasi yang baik, aku cubalah dengan nasi. Resepi nasi tu dari Chef Jimmy Oliver. InsyaAllah nanti aku kongsikan.

Senang jer nak dapatkan downline...

  • SIGN-UP FREE MEMBER DULU
    Setelah sign-up, anda akan diberi ID AutoDownLine dan web replika AutoDownLine kepunyaan anda.
  • BINA RANGKAIAN PERNIAGAAN (DEVELOP NETWORK) 
    Dengan mengajak mereka sign-up AutoDownLine di bawah link AutoDownLine anda, mereka akan jadi sebahagian daripada rangkaian perniagaan (network) anda.System akan automatically park mereka di dalam Team anda. 
    So, antara minta duit kat client berbanding minta client sign-up Free AutoDownLine akaun... mana lagi senang?
  • BERTINDAK 
    Bila sudah terbukti diri anda berkemampuan untuk develop network, barulah anda "BERTINDAK" untuk menyertai biz ini.
Dengan menyertai AutoDownLine, anda akan mendapat perkhidmatan yang disediakan kepada anda dan pelanggan anda iaitu;
  • Membina network anda dan client anda.
  • System akan daftarkan Tone Excel dimana IDP penaja adalah IDP anda didalam Tone Excel untuk client anda di dalam network AutoDownLine.
  • System akan pos laju simkad dan buku panduan kepada client anda.
  • Tugas anda dan client anda dalam biz Tone Excel telah dipermudahkan, hanya promosikan link AutoDownLine masing-masing, ajak kawan sign-up free AutoDownLine dan keep-in touch dgn mereka.
- bermakna anda tak perlu simpan stok simkad dan tidak jumpa client langsung. 
Dengan Teknik AutoDownLine, kita beri orang peluang untuk develop network mereka dahulu, sebelum mereka sertai biz Tone Excel anda.




(1)
(2)

(3)



Jangan fikir panjang, bertindak sekarang! Klik sini

P/s :
Nak tahu bagai mana saya bekerja dari rumah ? baca sini

Rabu, 8 Julai 2015

Hebat ! Sistem ini sangat membantu para peniaga

Salam Sejahtera, Ni peluang besar yang saya baru dapat. Orang top up prepaid kita dapat komisyen hingga 20%. Ni bukan program jual prepaid macam mymode atau mastereload.
Ni cuma ajak orang tukar line (telco) prepaid, no lama boleh dikekalkan. Lepas tu setiap kali mereka top up, kita dapat komisyen sampai bila-bila selagi mereka gunakan prepaid tunetalk tu. TuneTalk ni anak syarikat AirAsia. Syarikat bukan saja kukuh malah sangat hebat dalam mengembangkan perniagaan. Jom kita buat duit dengan program referal ni.
Boleh daftar PERCUMA dulu di laman web di bawah: www.AutoDownLine123.com/?ref=30180

Ingin saya katakan sememangnya sistem Auto Pilot ini memang superb dari segi membantu orang ramai untuk memulakan networking terlebih dahulu sebelum turut serta, selalunya mana2 yg join MLM apabila xdapat cari downline terus putus asa, mindset terus pangkah MLM..tak nafikan sy juga camtu sebelum ni.. 
Program Tone Excel (Tune Excel) ini sendiri sudah banyak kelebihannya + sistem Auto Pilot pula... memang tersangat rugi kepada mereka yang tak mula..active income ada biarlah passive pun ada 
Mana-mana yang berminat untuk turut serta bergerak di dalam satu pasukan boleh cuba terlebih dahulu bina networking secara percuma sebelum official join 
Daftar di sini: http://AutoDownLine123.com/?ref=30180


Selasa, 7 Julai 2015

2 perkara yang mesti dilakukan pada malam Lailatuqadar selain solat sunat dan membaca Al-quran

Kebiasaannya menjelang 10 malam terakhir kita akan persiapkan diri dan masa untuk mendapatkan malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang mana malakiat dan roh turun untuk mengatur urusan. Malam yang sejahter sehingga terbitnya fajar.

Antara amalan-amalan yang disunatkan berqiamulail iaitu menghidupkan malam dengan bacaan ayat-ayat al-quran, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat hajat dan berwirid.

Sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Tapi kesilapan kita ialah, 10 malam terakhir itu kita penuhi dengan membaca al-quran dan melakukan solat-solat sunat dan terlupa bahawa ada ibadah-ibadah kecil yang perlu kita lakukan supaya tidak sia-sia amalan kita sepanjnag malam Lailatulqadar.

Berikut adalah amalan yang patut kita lakukan :
1. Memohon maaf dan memaafkan orang lain.
- Seperti yang kita tahu, berbuat kebaikan di bulan Ramadan pahala akan dilipat gandakan jadi sudah pasti pahala memohon maaf dan memaafkna orang lain juga dilipat gandakan dan bermaafan adalah baik dilakukan di bulan Ramadan berbanding Syawal.
Dari Salman Al-Farisi ra. berkata : Rasulullah saw. memberi khutbah kepada kami di hari akhir dari bulan Sya’ban dan bersabda : “Hai sekalian manusia akan datang bulan yang agung (Ramadhan) yaitu bulan yang penuh berkah di dalamnya. Dalam bulan itu ada malam yang mulia (lailatul qadr)yang lebih utama dari pada seribu bulan. Allah telah mewajibkan puasa di bulan itu, dan shalat tarawih di malamnya sebagai ibadah sunah. Barang siapa yang melakukan kebaikan (ibadah sunah) di bulan itu pahalanya seperti melakukan ibadah wajib dibanding bulan yang lainnya. Dan barang siapa melakukan kewajiban di dalamnya, maka pahalanya seperti melakukan 70 kewajiban dibanding bulan lainnya. Bulan Ramadhan adalah bulan ditambahnya rizki orang mukmin, bulan di awalnya menjadi rahmat, di tengahnya menjadi ampunan dan di akhirnya merupakan kebebasan dari neraka.(HR. Ibnu Huzaimah)
- Sekiranya kita banyak beribadah tapi dalam masa yang sama banyak melakukan kesalahan kepada orang lain, dosa kepada orang lain menyababkan doa dan pahala kita tidak sampai kepada Allah.

2. Beristigfar.
-Istgfar juga termasuk zikir. Memohon ampun kepada Allah adalah perlu. Bahkan turutan solat sunat semasa qiamullail sebaiknya adalah seperti berikut :

a) Solat sunat Taubat - Hamba perlu bertaubat dan memohon ampun akan dosa-dosanya yang telah lalu mahupun yang akan datang.

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa (QS. Ali Imran : 133)

b) Solat sunat Tasbih - Selepas bertaubat dan berharap agar dosa-dosa diampuni, hamba perlu memuji Allah Tuhan semseta alam dengan sebaik-baik cara dan sebaik-baik kalimah pujian. 

c) Solat sunat Hajat - Setelah membersihkan diri dari dosa dan memuji Allah dengan harapan agar Allah akan sayang dan mendekati sang hamba, hamba perlu meminta hajat dari Allah (sekurag-kurangnya sebagai tanda merendah diri) dengan sebaik-baik cara. Antara hajat ialah memohon agar hati hamba sentiasa dipelihara-Nya daripada dipesongkan kearah kejahilan dan memohon agar dikurniakan Syurga.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Surah AlMu’min. Ayat 60.


Semoga kita diberi kesempatan merebut peluang malam Lailatulqadar dengan penuh khusyuk dan tawaduk.








Sagol ikan buntal

Sagol adalah masakan tradisi kaum Bajau. Rasanya sedikit berkunyit dan sedikit manis. 
Ikan buntal ni ada di mana-mana, cuma kelompok masyarakat yang makan ikan buntal ni kebanyakkannya tinggal di Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Selain rupa fizikal ikan buntal yang berduri, ia juga dikatakan mengandungi racun yang boleh membawa maut. Er.. ngeri..
Di negara Jepun diorang makan ikan buntal yang dikenali sebagai Fugu adalah jenis ikan buntal yang beracun  tetapi ikan buntal yang aku masak ni bukan jenis yang beracun dan selamat untuk dimakan. Kalau tak percaya, tengoklah blog ini. Blog ni takkan ada sekiranya aku mati akibat makan daging ikan buntal. Haha..



1. Ikan buntal duri
Ini adalah gambar dua spesis ikan buntal. Gambar (1) di sebelah kanan adalah ikan buntal yang aku masak. Ikan buntal ini tidak ada racun tapi ada duri yang tajam dan bisa. Gambar (2) di bawah pula adalah jenis Ikan buntal yang beracun. Hempedu ikan buntal ini amat beracun dan sekiranya hempedu tersebut pecah maka keseluruhan ikan buntal mengandungi racun. Mempunyai duri halus. Kalau bapak aku, dia buang jak kulit dan hempedu kemudian dimasak seperti biasa. 

Mungkin memang betul, ikan-ikan yang berbisa ni sedap dan aku tidak nafikan. Antara lain speses ikan buntal boleh lihat di sini.


2. Ikan buntal Fugu
Okey, cukup bercerita pasal spesis ikan buntal, cerita panjang-panjang pun tidak boleh jadi kaya.. haha. Mari  kita tengok resepi dan cara memasak Sagol Ikan Buntal.

Bahan-bahan :

1. 1 ekor ikan buntal
2. 2 ulas bawang merah, ditumbuk.
3. 2 ulas bawang putih, ditumbuk.
4. 1 inci halia, ditumbuk.
5. 1/2 inci kunyit. ditumbuk
6. 2 batang serai, dititik.
7. 3 biji cili dihiris.
8. Air asam jawa 1 cawan.
9. Sedikit minyak untuk menumis.
10. Sedikit air
11. Garam & aji
12. Lada sulah.

Cara-cara :

1. Rebus ikan buntal sehingga lembut. Tarik durinya satu persatu menggunakan player, guna tangan pun boleh juga, tapi kena hati-hati. Kalau tak mahu kulit tu, tanggalkan kulit dan durinya akan ikut sama.

2. Buang perut sahaja. Asingkan hati dan ancurkan isi ikan buntal menggunakan tangan dan ketepikan.

3. Tumiskan bahan yang ditumbuk, Serai, Lada sulah dan hati ikan buntal sehingga bawang garing.

4. Masukkan isi ikan buntal dan air asam jawa. Tambahkan air kalau mahu lebih kuah. Akhir sekali perasakan dengan garam dan aji.

Hidangkan bersama nasi panas, putu, aggang atau roti.








Ahad, 5 Julai 2015

Pais Jagung / Bamban Jagung

Tadi membeli juadah berbuka di pasar Pilipin, satu tempat yang tidak asing di Kota Kinabalu. Banyak makanan dan kuih muih tradisional kaum Bajau dan Suluk dijual di sini.

Terjumpa kuih yang tidak dicari. Sudah lama tidak malan kuih ni, sedap manis dan berlemak.
Pais Jagung atau Bamban jagung memang populer di kalangan masyarakat Bajau di Semporna, Sandakan dan Lahad Datu.

Disebabkan kuih ini adalah makanan tradisi kaum Bajau iaitu kaum aku, jadi resepi dan cara buat kuih ni tahu sangat.

Bahan-bahan :

1. 3 tongkol jagung muda di parut
2. Tepung gandum 

3. Gula & garam
4. Kelapa parut

Cara-cara :

1. Adun jagung parut dengan tepung gandum dan kelapa parut. Tambahkan gula ikut kemanisan yang disuka. Tambahkan sedikit garam untuk timbulkna rasa lemak. Adunan seperti nak buat cucur atau jemput-jemput.

2. Ambil daun jagung lapisan yang tengah 1 atau 2 helai. Jangan ambil daun yang paling luar dan yang paling dalam nanti koyak masa kita nak lipat.

3. Letakkan adunan dalam satu atau satu setengah senduk ke dalam daun dan lipatkan daun jagung. Hasil yang sempurna adalah lipatan hampir berbentuk segitiga.

4. Letakkan dalam pengukus sehingga masak.

Guna jagung tin boleh juga, bland dgn food proseser, tak perlu halus atau kasar sangat.
Boleh gunakan daun pisang kalau tidak ada daun jagung.







Apakah maksud takaful ?