Masak apa tak jadi hari ini
Assalamualaikum.. haha.. Lagi berapa hari hari raya. Raya kali ini memang agak special. Raya 2020,raya PKPB. Setelah agak lama hidup di muka bumi ni, inilah pertama kali merasa seolah-olah hidup tidak bermakna. Mana tidaknya, serba serbi cukuo tapi langsung tidak boleh kemana-mana. Duit banyak pun tidak boleh buat apa, mahu jalan-jalan dengan anak bini pun tidak dapat. Cuma, kehidupan maya semakin menghiburkan. Banyak page-page facebook yang pelik-pelik muncul. Terbaru ni page Suami Masak Apa Hari ini. Group ni semua lelaki dan suami atau bakal suami. haha. Orang perempuan tidak dibenarkan join.. Tapi yang lagi pelik page Masak Apa tak jadi hari ini. Saya pun tidak tahu, mahu kata apa pasakl group ni. kadang-kadang ada juga post yang mengaibkan diri sendiri. Ada juga post yang mengaibkan suami masing-masing. Mungkin sekadar hiburan dan harap-harap biarlah ianya kekal sebagai hiburan. Ada kalanya susah juga diterima bila kaum hawa tidak pandai memasak. Kalau kurang mahir itu biasa,...