Memahami Dropshipping
Dropshipping adalah teknik rantaian pembekalan di mana peruncit tidak perlu
menyimpan stok produk fizikal seperti baju dan kasut kerana penjual akan
memindah pesanan pelanggan kepada pihak pemborong.
Di pihak pemborong
pula, mereka akan menghantar produk terus kepada pembeli setelah pembayaran
dari peruncit disahkan. Oleh itu, peranan anda sebagai penjual atau peruncit
hanya perlu mamperkenalkan produk, menerima pesanan dan memberikan butir-butir
pembeli seperti alamat dan nombor telefon pembeli kepada penggudang.