PENDAHULUAN
Latihan dan pembangunan pekerja ialah aktiviti organisasi yang
penting kerana pengaruhnya terhadap produktiviti pekerja. Rajah 1 menunjukkan 6
elemen grafik hubungkait diantara latihan dan pembangunan dalam fungsi
pengrekrutan. Bahagian pengrekrutan dan pemilihan membawa masuk pekerja-pekerja
kedalam organisasi. Orientasi dan latihan membantu pekerja baru untuk menjadi
pekerja yang produktif dalam organisasi tersebut dan pekerja yang berpengalaman
dapat menerima perubahan dan kehendak kerja. Program pembangunan memberi
pekerja peluang untuk berkembang dan maju dalam kerjaya samada dalam atau di
luar organisasi. Penilaian Perlaksanaan tugas dijalankan untuk pekerja-pekerja
baru dan berpengalaman dalam mengenalpasti latihan tambahan dan pembangunan.
Keseluruhan proses tersebut meningkatkan kualiti sumber manusia organisasi
tersebut, dimana ia memenuhi kehendak pekerja dan seterusnya menyumbangkan
kearah kelancaran pergerakan organisasi (Ricks, Ginn, dan Daughtrey, 1995).