Khamis, 9 Disember 2021

Apakah maksud takaful ?

Zurich Takaful


Assalamualaikum dan selamat bersua lagi dalam entri kali ini.
Dalam entri kali ini saya berkongsikan tentang takaful, satu lagi kerja sampingan yang terbaru saya buat.
Terus terang dahulu saya ni memang anti takaful dan insuran. Tapi sekarang tidak lagi bahkan saya telah melanggan 2 takaful iaitu BSN Prudential dan Ceupacscare .

Baik, apa tu Takaful ?

"Takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu"

Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan.
Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru` (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.

Pada 09/12/2021, Alhamdulillah saya telah sah bergelar sebagai Executive Advisor untuk Zurich Takaful.
Saya pilih Zuruch sebab ada yang perkenalkan kepada saya peluang bisnis ni. Apa dia produk yang ditawarkan oleh Zurih ni ? Boleh klik di sini Zurich Takaful Sure Care atau Zurich Takaful Term 80 .

Jika anda berhajat ingin mengetahui lebih lanjut, boleh dapatkan kontak no. saya di borang ini. 

Sampai sini sahaja untuk kali ini, semoga bersua lagi di entri akan datang, Wassalam..

Isnin, 9 Ogos 2021

PJJ UUM Master Public Management

 Assalamualaikum Hai..

Enteri kali ini saya update tentang pengajian Master saya di UUM. Sekarang baharu ada kesedaran haha. Kalaulah masa ambik degree dahulu saya buat vlog juga, ada juga kenangan untuk diimbau semula.

Vlog Master saya di Youtube.

Jadi, untuk pengajian kali ini, saya tidak akan lepaskan peluang. Setiap semester saya akan buat vlog. Matlamat saya bukan untuk menunjuk. Ialah bukan saya sorang sahaja ambik master, belambak lagi manusia di muka bumi ni yang ada master. Haha..

Berbalik kepada matlamat..
Lepas habis pengajian nanti bolehlah flash back ranjau dan liku yang saya lalui bersama rakan-rakan dalam usaha untuk menghabiskan master ni.

Apa bestnya master ni?
Bagi saya tiada apa yang istimewa pengajian di peringkat master ni. Tapi apa yang kita pelajari dan bagaimana kita deal dengan subjek tu yang penting. Saya gemar buat dan assignment sendiri tanpa melibatkan pihak lain. Kerana di situlah nilai saya sebagai pelajar.

Lagi satu, 
Peringkat master ni tidak banyak subjek. Setiap semester ada dua subjek sahaja. Universiti lain tidak tahulah. 

So, jika anda berminat untuk follofw perjalanan pengajian saya, bolehlah subscribe channel saya. Cuma saya ingatkan awal-awal, channel saya ni ada video yang pelbagai niche.

Saya telah sediakan Playlist di sini Playlist UUM .
Semoga bersua lagi..

Isnin, 26 Julai 2021

Pulut Durian CREAMMY yang paling sedap

Assalamualaikum..

Kali ini saya kongsikan pula sebuah lagi resepi yang baharu jugalah tapi nama hidangan ni memang popular. Pulut Durian cuma versi saya ni saya tambah Coconut Cream.

Pulut Durian
Pulut durian bersama krim kelapa




Isnin, 15 Februari 2021

Resepi nasi ayam simple, sedap dan jimat | Sangat padan untuk bisnis

 

Nasi Ayam


Assalamualaikum hai, 

Kali ini saya bawakan entri resepi masakan nasi ayam yang sangat mudah, sedap dan jimat.

Masakan ini saya cuma gunakan 1 ulas bawang merah tau. Ha, jimat kan ?

Bahan-bahan untuk menyediakan menu nasi ayam ni adalah seperti di bawah.


Resepi ini ala Chinese style. Berbeza dengan cara masakan Melayu, nasi ayam ini sangat mudah.

Resepi masakan nasi ayam melayu vs chinese..
Nasi ayam versi melayu memang sedap tapi banyak bahan. Kalau buat bisnis tidak boleh letak harga bawah RM 5 dan rata-rata peniaga letakkan harga paling murah RM 7.50
Nasi ayam versi chinese bahan tidak banyak mana tapi kelazatan makanan masih terpelihara. Cara penyediaan juga sangat cepat dan mudah. Dengan kos setiap hidangan di bawah RM 2 bagi setiap hidangan, kalau letak harga RM 3 setiap hidangan pun masih untung..
Zaman yang sangat mencabar ketika ini kita semua perlukan strategi bisnis yang tepat.
Klik pautan di bawah untuk menonton video-video resepi nasi ayam yang mudah dan sedap. Jika ada yang ingin buat bisnis, saya halakan dan semoga bisnis anda maju supaya kita sama-sama tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur.

1. Ayam, Ambil bahagian peha.

2. 1 Ulas bawang putih.

3. 1 inci halia.

4. 1 biji buah tomato.

5. 1 batang serai.

6. Kicap masin / cair

7. Minyak bijan.

8. 1 Ulas bawang merah.

9. Serbuk pati ayam.

10. Daun sup, daun bawang.

11. sedikit garam.


Resepi Nasi Ayam ada 6 video kesemuanya.

Anda boleh tonton kesemua dengan klik pautan 

di bawah.

https://youtube.com/playlist?list=PLCY9W8QZv436SZiD2M-9QsplrLah7tk5r

#nasiayam




Rabu, 3 Februari 2021

Video-video tutorial Honda Civic FD | Enjin K20A | K24 | K20Z

 


Assalamualaikum hai..

Jamal MA di sini... hehe..

Mungkin ada antara anda yang pernah mendengar barisan ayat ini di Youtube kan?

Ya, itu adalah saya. 


Channel asal kereta ni sy create kira-kira setahun atau dua tahun lalu. Asalnya channel vape, tapi saya sudah berhenti merokok, jadi tidak jalanlah. So, saya rebrand channel vape tu jadilah channel Jamal MA ni. Banyak video tentang Honda Civic FD dan juga tentang enjin K Series .

Dalam channel Jamal MA ni ada lebih 100 video tentang kereta dan enjin terutamanya Honda Civic FD dan enjin K series.

Walaupun banyak video tentang enjin Honda, tetapi tidak bermakna saya ni pro honda atau batak jenama. haha.. Saya ni susah pro mana-man jenama, sebab saya sangat faham sifat-sifat enjin ni.

Jadi, jika anda ingin tahu tentang enjin, turbo dal sebagainya yang berkaitan kereta, bolehlah ke channel Jamal MA..

Isnin, 26 Oktober 2020

Air Fuel Ratio (AFR) dan Ignition Timing

 Apakah Air Fuel Ratio dan mengapa ianya penting?

Dalam enjin pembakaran dalaman, nisbah campuran udara dan bahan bakar adalah ukuran penting untuk alasan anti pencemaran dan penalaan prestasi. Nisbah yang idel untuk Air Fuel Ratio dikenali sebagai

stoichiometric

, sering disingkat menjadi stoich.

stoichiometric

(kata nama) (kimia) hubungan antara kuantiti bahan yang mengambil bahagian dalam tindak balas atau membentuk sebatian)

Ignition Timing.

Ignition timing atau pemasaan pencucuhan adalah kawalan masa palam pencucuh menyala semasa piston berada di fasa mampatan. Waktu pencucuhan diukur dalam darjah putaran crankshaft, sebelum BTDC.

Ignition Advance

Mendahulukan masa pembakaran bermaksud palam menyala lebih awal pada strok mampatan (lebih jauh dari TDC). Diperlukan terlebih dahulu kerana campuran udara / bahan bakar tidak terbakar seketika.

Ignition Retard

Melambatkan masa bermaksud palam akan menyala kemudian dalam lekapan mampatan (lebih dekat ke TDC). Melambatkan masa dapat membantu mengurangkan Letupan.

Maklumat tambahan berkenaan AFR dan Ignition timing anda boleh tonton dalam video di bawah.


Khamis, 21 Mei 2020

Resepi Ayam Masak Satey

Assalamualaikum hai..
Entri kali ini saya kongsikan kuah kacang atau ayam masak satey resepi arwah mak saya, masak satey. Ni pun antara masakan yang sering dimasak oleh arwah mak saya. Banyak juga resepi saya belajar dari arwah mak sejak dari zaman bujang lagi. Kebiasaannya saya akan bertanya sewaktu arwah mak memasak. Bila balik beraya,  malam raya tu saya tolong mak masak lauk,adik beradik yang lain pula bantu arwah bapa masak lemang.



Resepi ni macam 2 in 1 jugalah. kalau ,mahu kuah kacang sahaja, ikutlah cara dan resepi dalam videi di atas tu. kalau mahu jadi masakan Ayam Masak Satey, masukkanlah ayam goreng. Kalau mahu tukar dengan daging pun o.k juga. Tapi daging tu perlu direbus dengan rempah dan bahan bland.  

Bahan-bahan kuah kacang atau ayam masak satey seperti di bawah.
Bahan-bahan 1. 300g ayam 2. 200g kacang kisar 3. 2 biji bawang bombay 4. 3 / 4 ulas bawang putih 5. Jus asam jawa lebih kurang 2 jari dan 50 L air. 6. Cuka 3 sudu 8. Lada putih / lada sulah 9. Kunyit serbuk 10. Jintan manis / jintan putih 11. Daun pandan 1 helai. 12. rempah 3 sekawan 13. Halia 1/2 inci 14. lengkuas 1/2 inci 15. 1 batang serai Kuah kacang ni sesuai dicecah dengan ketupat, satey dll. Memang sedap.. Selamat mencuba.

Apakah maksud takaful ?