Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agar-agar

Agar-agar ala Wakame salad

Imej
Agar-agar ala Wakame Salad Wakame salad ni hidangan daripada rumpai laut juga. Kalau nak tahu boleh google Wakame. Aku buat awal dan masukkan dalam peti sejuk. Sebab Wakame tu sedap dimakan bila sejuk. Selain raya yang unik, orang Jepun suka makan Wakame untuk menambah elemen rangup dalam hidangan mereka. Jadi, agar--agar ni pun rangup juga sedap dikunyah. Resepi kerabu agar-agar ala Wakame salad Baham-bahan : 1. 1 gengam agar-agar segar. 2. 1 biji basang putih dihiris 3. 1/2 inci halia dihiris halus. 4. 1 sudu teh minyak bijan. 5. 1 sudu biji bijan panggang. 6. 8 sudu cuka. 7. 5 sudu kicap masin 8. 3 sudu makan gula. 9. Garam & aji. 10. Daun bawang. 11. Cili merah. 12. Cili kering kisar. Cara-cara. 1. Rendam agar-agar dengan air panas atau celur sekejap dan bilas hingga lendir hilang. 2. Potong kecil agar-agar dan gaul kesemua bahan. 3. Hias dengan daun bawang dan cili merah serta cili kering kisar. 4. Sejukkan dalam peti ais sebelum dimaka...

Kerabu agar-agar

Imej
Kali ni nak berkongsi resepi karabu agar-agar lagi. Hari tu ada juga tulis entri resepi agar-agar, kalau nak baca klik sini tapi yang ni agak agak berbeza. Aku cuba gunakan bahan-bahan yang berbeza sikit. Mungkin ada kemelayuan. Bahan-bahan: 1. 500g agar-agar laut 2. 1 biji lemon diambil jusnya 3. 1/4 bunga kantan dihiris kecil-kecil 4. 1 batang timun potong tebal-tebal 5. 2 biji cili di hiris halus 6. 1/2 biji bawang besar hiris memanjang 7. 1/2 batang lobak disagat 8. Garam dan gula Cara-cara: 1. Celur agar-agar ke dalam air suam kemudian potong kecil. 2. Campurkan ksemua bahan. 3. Tambahkan gula sehingga terbit rasa manis dan sedikit garam. Rasanya memang berbeza dengan resepi tradisional tapi tetap sedap. Selamat mencuba..

Resepi Kerabu Rumpai laut (agar-agar laut)

Imej
Semenjak orang tahu benda ni boleh mencantikkan wajah, dah jadi femous pulak terutama bagi kaum hawa yang ingin menjaga kecantikkan kononnya mengandungi Kologen yang dapat membantu menganjalkan kulit.  Pendapat Dr. Mariani Abdul Hamid  mengatakan agar-agar tidak mempunyai kalogen tapi dapat membantu untuk penghasilan Kalogen.  Tapi bagi kami di Semporna, orang makan benda ni semenjak dari zaman nenek moyang lagi.  Jadi hari ini aku ringan tangan untuk berkongsi resepi Kerabu Agar-agar ni. Bahan-bahan :  1. 500 g agar-agar laut. (kalau agar-agar kering, rendamkan dahulu 5 hingga 8 jam)  2. 3 ulas bawang merah. 3. Cili padi, ikut selera. Kalu mahu pedas, masukkan satu genggam cili padi.. hehe 4. 2 biji buah mangga muda dicincang halus. (kalau tak ada mangga muda pun tak apa) 5. 5 biji Limau kasturi. 6. 1 inci halia di hiris halus. 7. 2 biji tomato didadu atau hiris memanjang nipis-nipis. 8. Garam dan aji setengah sudu makan...