Kad Raya punya pasal kawan kantoi simpan skendel
Sudah berapa lama tidak bertukar-tukar kad raya dan aku sendiri paling last hantar kad raya untuk femly waktu Ramadhan 2003. Masa tu belajar di Penang dan first time berjauhan dari keluarga. Tadi petang dengar radio sambil memandu pulang. DJ radio bawa isu pasal kad raya. Aku pun layan ada ketikanya aku ketawa sendiri. Dijadikan cerita seorang pemanggil tu bercerita tentang kawan dia yang kantoi menyimpan skendel oleh bini dia. Pada hari terakhir Ramadhan semua keluarga muslim di taman perumahan sebok membersihkan halaman dan menghias rumah. Kawan dia yang kebetulan juga jiran dia bermain siram-siram, saling merinjis air satu sama lain. Romantik macam pengantin baru ! Semasa menghias rumah, semua kad-kad raya digantung dan dilekat. Mula-mula ketawa bersama. Selang berapa ketika riuh pula jadinya " Abang tipu aku? Cakap betul-betul siapa Ania ni? Sampai berbelas-belas kad raya dia bagi abang" " Rindu di hari lebaran konon" Sambungnya.. Masa ni ...