Ni ceria daging semalam yang tak masak habis. Hari cadang nak berbuka dengan mee goreng. Mee goreng beli di Bazar Ramadan jak. Bahan-bahan : 1. 300g daging. 2. Sedikit kicap untuk pewarna sahaja. 3. 1 sudu teh soda. 4. 2 ulas bawang putih dicincang halus. 5. Sebelah bawang besar. 6. 1 tangkai daun bawang. 7. 1 sudu makan minyak bijan. 8. 1 sudu makan cuka. 9. Cili kering giling. 01. 1 inci halia di hiris halus. 11. Gula, aji dan garam. Cara-cara : 1. Potong daging senipis yang boleh dan perap dengan soda dan kicap serta minyak bijan dalam 30 minit. 2. Goreng daging dengan sedikit minyak dan tambahkan cuka. 3. Masa menggoreng daging tu, jus daging akan keluar, jadi kena keringkan dahulu jus tu baru tambah bahan lain. 4. Kalau sudah kering, tumiskan bawang putih dalam kuali yang sama. Bila Bawang putih dah garing masukkan bawang besar dan daun bawang. 5. Masukkan cili kering giling atau cili padi yang di potong-potong, garam, aji dan gula dan siap.