Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Agama

Kandungan dan Mesej dalam Surah Al-Ikhlas: Memahami Asas Tauhid dalam Islam

Imej
Surah Al-Ikhlas merupakan salah satu surah yang pendek tetapi penuh dengan makna yang mendalam dalam al-Quran. Surah ini terletak di dalam Juzuk 30 dan terdiri daripada empat ayat. Walaupun ringkas, Surah Al-Ikhlas mempunyai kandungan yang sangat penting dan membawa mesej utama tentang konsep tauhid dalam Islam. Dalam esai ini, kita akan mengkaji kandungan dan mesej Surah Al-Ikhlas serta kepentingannya dalam kehidupan seorang Muslim. Kandungan Surah Al-Ikhlas Surah Al-Ikhlas dimulai dengan ungkapan yang jelas tentang ketauhidan Allah, iaitu: " Katakanlah (wahai Muhammad): 'Dialah Allah, Yang Maha Esa.' " Ayat pertama ini menekankan bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa dan tidak ada Tuhan selain-Nya. Ini adalah asas utama dalam ajaran Islam, yang menegaskan bahawa tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah. Keberadaan Allah yang Maha Esa adalah kunci kepada keimanan dalam Islam, dan ini menjelaskan bahawa segala bentuk penyembahan haruslah ditujukan hanya kepada-...

Pentingnya Menghayati Ajaran Agama Islam

Ajaran agama Islam sangat penting dalam kehidupan kita. Agama Islam mengajar kita tentang nilai-nilai murni dan bagaimana menjalani kehidupan yang baik dan bermakna. Sebagai seorang Muslim, kita perlu menghayati ajaran agama Islam supaya dapat menjadi insan yang baik dan berguna. Berikut adalah beberapa sebab mengapa menghayati ajaran agama Islam sangat penting. Pertama, ajaran agama Islam mengajar kita tentang nilai-nilai murni. Dalam Islam, kita diajar untuk sentiasa jujur, amanah, dan bertanggungjawab. Kita juga diajar untuk menghormati ibu bapa, guru, dan orang lain di sekeliling kita. Dengan menghayati ajaran ini, kita akan menjadi individu yang lebih baik dan disukai oleh semua orang. Contohnya, apabila kita bercakap benar dan tidak menipu, orang lain akan lebih mempercayai kita. Kedua, ajaran agama Islam membantu kita dalam membentuk akhlak yang baik. Akhlak yang baik adalah penting untuk membina hubungan yang harmoni dengan orang lain. Islam mengajar kita untuk bersikap s...

Pentingnya Akhlak yang Baik

Akhlak yang baik adalah sifat dan kelakuan yang baik dalam diri seseorang. Ia merupakan cerminan keperibadian yang mulia dan dihormati oleh orang lain. Bagi kanak-kanak seperti kita, memiliki akhlak yang baik sangat penting kerana ia membantu kita menjadi anak yang disayangi dan dihormati. Mari kita lihat mengapa akhlak yang baik itu penting dalam kehidupan kita. Pertama, akhlak yang baik menjadikan kita lebih disukai oleh orang lain. Apabila kita bersikap sopan, jujur, dan bertanggungjawab, orang lain akan berasa senang berkawan dengan kita. Contohnya, jika kita selalu bercakap dengan lemah-lembut dan mengucapkan terima kasih, orang lain akan lebih senang mendekati kita. Dengan cara ini, kita dapat membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan, guru, dan keluarga kita. Kedua, akhlak yang baik membantu kita menjadi pelajar yang lebih baik di sekolah. Apabila kita bersikap baik, kita akan lebih mudah memahami pelajaran kerana kita memberikan tumpuan sepenuhnya kepada guru. Kita ju...

Alam Adalah Tanda Kewujudan dan Kekuasaan Allah

  Alam semesta yang indah dan luas ini adalah ciptaan Allah yang penuh dengan keajaiban dan keindahan. Dari langit yang biru, bintang yang berkelip, hingga burung yang berkicau dan pepohon yang menghijau, semuanya adalah bukti kewujudan dan kekuasaan Allah. Sebagai manusia, kita perlu merenung dan menghayati keindahan alam ini sebagai tanda kebesaran Allah. Pertama, keindahan alam semula jadi menunjukkan kebijaksanaan Allah dalam mencipta. Lihatlah betapa cantiknya bunga-bunga yang mekar dengan pelbagai warna dan bentuk. Burung-burung yang terbang bebas di langit dengan kepak yang indah adalah antara contoh ciptaan Allah yang sangat menakjubkan. Keindahan alam ini mengajar kita tentang kebijaksanaan dan kehalusan ciptaan Allah yang tidak dapat ditandingi. Kedua, alam semesta yang teratur menunjukkan kekuasaan Allah yang Maha Besar. Setiap planet di angkasa bergerak mengikut orbitnya dengan sempurna tanpa bertembung antara satu sama lain. Matahari terbit dan terbenam setiap ha...

Makanan, Perut dan Penyakit.

Imej
Sejak kebelakangan ini aku kerap menerima perkhabaran tentang kematian kawan-kawan dan kenalan. Tiada yang mengejutkan bila sesuatu yang hidup telah menemui mati kerana Allah telah berjanji bahawa tiap-tiap yang bernyawa atau hidup itu pasti akan merasai mati.

Kaifiat membayar fidyah

Imej
Maksudnya : " (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " (Surah Al-Baqarah : ayat 184)

Suara penyatuan. The Voice Of The Minority

Agak tertarik membaca artikel dari blogger India ini. Beliau cuba memahami prinsip perlaksanaan Hudud dan Syariah. 

Bagaimanakah sebenarnya cara terbaik agar dapat menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan?

Imej
10 malam terakhir menjadi rebutan lena dan jaga. Seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah di bulan mulia ini harus mengorbankan tidur yang lena dan mengharungi seluruh malam dengan ibadah kerana ada satu malam dalam 10 malam terakhir Ramadan ini lebih baik dari seribu bulan. Antara ibadah yang dianjurkan di 10 malam terakhir ini ialah bertadarus dan mentadabbur al-quran, mendirikan solat-solat sunat dan bermunajat. Ramai yang berusaha untuk menghidupkan 10 malam terakhir ini tapi belum sempat 1/2 malam, sudah terkulai di tiang-tiang atau di dinding Masjid. Ada yang sempat berpesan agar dikejutkan selepas sekian-sekian jam dan akhirnya semakin mencri tempat tidur yang lebih selesa. Saya ada beberapa pengalaman sendiri yang ingin dikongsikan dan semoga memberi manfaat kepada kita. Semoga Allah akan menempatkan kita dikalangan orang-orang yang ikhlas. InsyaAllah Sejak 3 tahun saya praktikkan apabila berhajat untuk berqiamulail.  Kenapa berhajat? Sebab kepenatan ...

2 perkara yang mesti dilakukan pada malam Lailatuqadar selain solat sunat dan membaca Al-quran

Imej
Kebiasaannya menjelang 10 malam terakhir kita akan persiapkan diri dan masa untuk mendapatkan malam lailatulqadar. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang mana malakiat dan roh turun untuk mengatur urusan. Malam yang sejahter sehingga terbitnya fajar. Antara amalan-amalan yang disunatkan berqiamulail iaitu menghidupkan malam dengan bacaan ayat-ayat al-quran, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat hajat dan berwirid. Sabda Baginda SAW:  “Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”   (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Tapi kesilapan kita ialah, 10 malam terakhir itu kita penuhi dengan membaca al-quran dan melakukan solat-solat sunat dan terlupa bahawa ada ibadah-ibadah kecil yang perlu kita lakukan supaya tidak sia-sia amalan kita sepanjnag malam Lailatulqadar. Berikut adalah amalan yang patut kita lakukan : 1. Memohon maaf dan memaafkan orang lain. - Se...

Pahala dan tanggungjawab

Imej
Gambar hiasan Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya: "Wahai Fatimah.. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..."  - (Abu Hurairah r.a) Potongan hadith di atas kalau suami jumpa di FB atau Tuiter, sah-sah sang suami tang pasangan masing-masing. Isteri pun Like tanda setuju.  Tapi yang sebenarnya tanggungjawab lelaki adalah termasuk memasak untuk isteri dan anak-anak.  Sekiranya suami tidak mampu dari segi masa atau tenaga, suami boleh mengmbil orang gaji untuk tugas-tugas yang ditinggalkan di rumah.   Petikan hadith di atas adalah untuk memujuk kaum isteri agar sudi dengan rela untuk mengambil alih sebahagian tugas-tugas suami.  Seperti kisah Asma’ binti Abu Bakar yang dinikahi oleh az-Zubair yang miskin tidak memiliki harta dan budak,...

Kebenaran Hadith tentang tulang sulbi / tulang ekor.

Imej
Tulang Sulbi (dalam bulatan merah) Dalam hadits shahih yang diriwayatkan Imam Muslim, Rasulullah bersabda tentang tulang ekor. كُلُّ ابْنِ آدَمَ يَأْكُلُهُ التُّرَابُ إِلاَّ عَجْبَ الذَّنَبِ مِنْهُ خُلِقَ وَفِيهِ يُرَكَّبُ “Setiap (bagian tubuh) anak Adam pasti akan dimakan tanah, kecuali tulang ekor. Darinya ia telah diciptakan dan darinya ia akan disusun kembali”  (HR. Muslim) Hadits ini disampaikan Rasulullah berabad-abad yang lalu. Sebelum ilmu pengetahuan mampu menjangkau dan menegaskan apakah hal tersebut dapat dibuktikan secara ilmiah. Hingga kemudian, serangkaian penelitian di abad mode membuktikan bahwa sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut 100% benar. Tulang ekor tak dimakan tanah Menurut Wikipedia, tulang ekor adalah bahagian paling hujung dari kolom tulang belakang pada primata tak berekor. Terdiri dari tiga sampai lima vertebra (vertebra koksigeal) terpisah atau menyatu di bawah sakrum. Ia tersambung dengan sakrum oleh sendi fibrocarti...

5 Gambar Keindahan Suasana Ramadan 1436 H

Imej
Gambar-gambar berikut menceritakan suasana Ramadan di bebebrapa negara. Gambar yang menceritakan persaudaraan dan kebersamaan merasai keseronokan beribadah. Masjid di Midrand, Johannesburg Karachi, Muslimin bersolat di jalan.  Muslimin bersolat Jumaat di halaman sebuah kawasan perumahan di sebelah pusat  masyarakat kecil dan masjid ( Kanan ) BBC di timur London, Britain. Sukarelawan membawa sedulang makanan untuk diagih sebelum berbuka di Masjid Memon di Karachi Ribuan masyarakat turki berbuka bersama pada hari pertama Ramadan

6 Tokoh Paling Hebat Dalam Sejarah Perang Moden.

Imej
Tokoh Islam, Dr. Zakir Naik yang telah membahaskan  "Adakah keganasan didalangi orang Islam atau Ahli Politik?"  Dalam sesi pembahasan tersebut, beliau menyebutkan 6 orang pembunuh yang kejam dalam sejarah. 1) "Hitler" -Membunuh jutaan orang Yahudi. 2) "Joseph Stalin called as Uncle Joe". -Membunuh 20 Bilion termasuk 1.4 bilion yang mati kebuluran. 3) "Mao Tse Tsung (China)" -Membunuh sehingga 14 atau 20 bilion orang. 4) "Benito Mussolini (Italy)" -Membunuh 400 ribu orang 5) "Ashoka" In Kalinga Battle - Membunuh 100 ribu manusia. 6) Embargo put by George Bush in Iraq,  -Setengah juta kanak-kanak telah dibunuh !! Adakah keenam-enam orang tokoh di atas Muslim? Media tidak pernah menyebutkan mereka adalah pengganas. Keganasan yang kini sedang berlaku adakah juga disebabkan orang Islam ? 1) Rohingnya - Peghapusan etnik oleh golongan anti Muslim dari kalangan Buddha. 2) Syria - Pembunuhan rakyat Syria alirah ASWJ di b...