Bagaimanakah sebenarnya cara terbaik agar dapat menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan?


10 malam terakhir menjadi rebutan lena dan jaga. Seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah di bulan mulia ini harus mengorbankan tidur yang lena dan mengharungi seluruh malam dengan ibadah kerana ada satu malam dalam 10 malam terakhir Ramadan ini lebih baik dari seribu bulan.

Antara ibadah yang dianjurkan di 10 malam terakhir ini ialah bertadarus dan mentadabbur al-quran, mendirikan solat-solat sunat dan bermunajat.

Ramai yang berusaha untuk menghidupkan 10 malam terakhir ini tapi belum sempat 1/2 malam, sudah terkulai di tiang-tiang atau di dinding Masjid. Ada yang sempat berpesan agar dikejutkan selepas sekian-sekian jam dan akhirnya semakin mencri tempat tidur yang lebih selesa.

Saya ada beberapa pengalaman sendiri yang ingin dikongsikan dan semoga memberi manfaat kepada kita. Semoga Allah akan menempatkan kita dikalangan orang-orang yang ikhlas. InsyaAllah

Sejak 3 tahun saya praktikkan apabila berhajat untuk berqiamulail.  Kenapa berhajat? Sebab kepenatan semasa menjalankan tugas kekadang membuatkan saya perlu rehat yang cukup. Ada hari-hari tertentu masa kerja lebih dari biasa.

1. Sentiasa melazimi Qiamullain di luar Ramadan.

Saya tidak katakan menghidupkan 10 malam terakhir tu adalah kesilapan tapi bukankah lebih baik kita berqiamullail semenjak awal Ramadan? Bahkan sebelum dan selepas Ramadan kita boleh bertahajjud. Membiasakan diri untuk bangun malam adalah penting untuk meraih malam Lailatulqadar.

2. Kawal makan.

Imam Ghazali membincangkan tentang perut dan kemaluan bab 23 halaman 190, Kitab Mukhtasar Ihya' Ulumiddin. Perut yang lapar memudahkan kita untuk bangun dan tidur terusir. Dalam perenggan yang lain halaman yang sama "Jika dia kenyang, dia malas untuk beribadah.

Jadi, sewaktu berbuka elok jika kita amalkan memakan tiga biji kurma seperti yang disarankan oleh baginda nabi S.AW. tiga biji sudah cukup memberi tenaga untuk beribadah sehingga selepas solat taraweh. Jika makan lebih dari tiga biji  buah kurma badan akan menjadi panas dan memaksa kita untuk meminum lebih banyak air. Selepas solat taraweh barulah makan itupun cuma alakadar yakni untuk memudahkan kita tidur. Tidurlah walaupun sekejap tapi tidur dalam keadaan duduk atau dalam keadaan yang tidak selesa.

Cara makan nabi ialah makan tidak bersulam air, cara ini membuatkan kita kenyang dengan betul. Makan tidak terlalu kenyang memudahkan kita untuk bangun malam.

3. Jaga waktu tidur.

Manfaatkan waktu tidur selepas solat Isyak, selepas solat zuhur dan sekiranya tempat kerja jauh dari rumah, elok datang awal dan tidur sekitar 15 minit sebelum waktu kerja.

Itulah tiga hal yang agak penting dalam kehidupan harian. Mungkin saudara/saudari yang diluar sana juga ada pengalaman sendiri yang dapat kita kongsikan di ruang komen.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk