Masak Kari (Rempah Kari Buat Sendiri)

Masak kari ni masakan biasa jak, di mana-mana ada ada kari. Pendek kata dimana ada India, di situ ada Kari. hehe.. betul ka tu? Mungkin betul la, sebab tidak pernah jumpa lagi masakan Chinese Curry semuanya Indian Curry.


Kari bermaksud Kuah kalau dalam masakan Melayu dan Souse dalam masakan Barat. Aku pun tidak berapa pasti maksud kari ni, tapi aku dengar dari Asian Food Channel (AFC). Channel kegemaran ni.. Difinasi lain untuk kari ialah "Nama untuk berbagai jenis makanan yang dimasak dengan rempah-rempah hingga mempunyai rasa tajam dan pedas. Kari adalah masakan asal Asia Selatan, terutama dari India yang telah meluas ke seluruh negara di kawasan Asia Pasifik dan Eropa"

Bila masak kari  bermacam-macam serbuk kari yang terlintas, yang paling lazim tu Alaggapas la.. Amma.. Tapi seorang Chef rekomen, rempah kari Alagappa's memang sedap. 

Jadi aku kongsikan resepi kari tanpa serbuk kari yang kita biasa beli di kedai tu.
Boleh gunakan daging atau ayam.

Bahan-bahan (A):
1. 1 t/s Serbuk Jintan Manis
2. 1 t/s Serbuk Jintan Putih. 
    Jintan tau! Bukan Jantan manis dan Jantan putih!
3. 1 t/s Serbuk Ketumbar.
4. 1 t.s Serbuk kunyit
5. 1 sudu makan serbuk cili.
    
Bahan-bahan di atas adalah basic untuk buat serbuk rempah kari.

Bahan lain untuk menyempurnakan masakan kari kita : (Bahan B)

1. Bawang Bombay 3 biji.
2. Bunga lawang 2 kuntum
3. Biji Pelaga 3 biji.
4. Cengkih 3 biji
5. Kulit Kayu Mnis 1 batang.
6. Daun Kari 1 tangkai.
7. Lada hitam 5 biji ditumbuk.
8. Daun Pudina sejumput
9. Air atau Pas Halia Bawang Putih.
10. Gula, Garam, Aji.. semua satu sudu makan.

Tahu tak kenapa masakan kari Mamak atau India tu bau lekat di tangan sampai 2 hari? Sebab diorang menggunakan Bawang Bombay, Bawang Merah yang besar tu.. Sudahlah besar, pakai banyak pulak tu. Untuk satu KG dading, mereka menggunakan 3 biji atau 3 genggaam penuh Bawang Bombay yang sudah dipotong..

Untuk menambah rasa dalam masakan kari terutamanya rasa pedas dan masam boleh masukkan bahan-bahan dibawah ambil salah satu atau masukkan semua pun boleh.

(Bahan C)
1. 1 cawan Cili Boh. Hati-hati kalau guna Cili Boh ni, jangan tambah Asam Jawa banyak sangant. Sebab Cili Boh sudah masam sebab semasa proses pembuatan Cili Boh ni, diorang dah letak cuka unttuk mengawet.

2. Asam Jawa. 
3. Asam Keping.
4. Tomato. 
5. Nanas. Pilih nanas yang mengkal, kalau nanas yang sudah masak manis pulak.
6. Cili giling untuk naikkan warna dan tambah sedikit rasa pedas.


Langkah-langkah :

1. Tumiskan Bawang Bombay bersama Bunga Lawang, Biji Pelaga, Cengkih, Kulit Kayu Manis, Lada hitam.

2. Masukkan serbuk Kunyit, agak-agak minyak pun sudah sebati dengan warna kunyit, masukkan Serbuk Jintan Manis. Jintan Putih, Ketumbar dan serbuk Cili. Kacau dengan api yang perlahan sehingga kesemuanya menjadi Pes.

3. Masukkan daun Kari, daun pudina dan pes halia bawang putih atau air halia bawang putih dan masukkan bahan dari Bahan C di atas untuk masam. serta cili giling kalau mahu.

4. Masukkan daging atau ayam.Kalau nak lebihkah kuah, bolehlah tambah air.

5. Kalau mahu tambah santan tunggu daging separuh masak baru letak, kalau letak awal nanti pecah minyak pulak. Aku tak masukkan santan dalam senarai bahan, sebab ada masak kari yang tak pakai santan.

6. Masukkan Gula, Garam, Aji. Kalu tak yakin, boleh tambah sikit-sikit. jadi rasa tu boleh adjist ikut selera sendiri.

Gambar di atas tu kari daging yang aku masak masa kenduri baru-baru ni, masak tanpa santan.
Boleh faham ke resepi tu, panjang sangat kan? haha. Resepinya pendek, tak bebelan jak yang panjang.












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk