Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Resepi & Makanan

Brangkok Pisang

Imej
Berangkok Pisang Hari ini mencuba resepi kuih Berangkok Pisang. Aku ni kalau pisang, tak berapa suka. Sebelum belajar resepi ni, aku hanya makan pisang setelah digoreng. Kalau makan pisang masak macam tu sahaja, memang tak lalu. mungkin bukan selera aku. Satu lagi kalau pisang muda tu dicincang halus dan diair asamkan, memang sedap dimakan bersama nasi.

Sup isi ketam bersama sayur petola

Imej
Aduh.. Lamanya tidak memblog. Asyik sebok! Tambah-tambah lagi semester 4 PJJ aku agak mencabar berbanding sebelumnya. Ya, sem pertama hingga ketiga aku boleh baca nota sambil makan ais krim. Tapi kali ini buat assignment sambil membebel.. haha. Tengok gambar di bawah tu...

Ikan Tongkol Tomato.

Imej
Kali pertama makan masakan ini dalam dua tahun lepas tapi lupa tanya resepi. Jadi untuk menyudahkan hasrat hati, aku koreklah resepi dari google, youtube dan resepi di tin ikan sardin. Bahan bonus kali ini ialah sos Spageti Prigo.

Masak Kari (Rempah Kari Buat Sendiri)

Imej
Masak kari ni masakan biasa jak, di mana-mana ada ada kari. Pendek kata dimana ada India, di situ ada Kari. hehe.. betul ka tu? Mungkin betul la, sebab tidak pernah jumpa lagi masakan Chinese Curry semuanya Indian Curry. Kari bermaksud Kuah kalau dalam masakan Melayu dan Souse dalam masakan Barat. Aku pun tidak berapa pasti maksud kari ni, tapi aku dengar dari Asian Food Channel (AFC) . Channel kegemaran ni.. Difinasi lain untuk kari ialah "N ama untuk berbagai jenis  makanan  yang dimasak dengan  rempah-rempah  hingga mempunyai rasa tajam dan  pedas . Kari adalah masakan asal  Asia Selatan , terutama dari  India  yang telah meluas ke seluruh negara di kawasan  Asia Pasifik  dan  Eropa " Wikipedia Bila masak kari  bermacam-macam serbuk kari yang terlintas, yang paling lazim tu Alaggapas la.. Amma.. Tapi seorang Chef rekomen, rempah kari Alagappa's memang sedap.  Jadi aku kongsikan resepi kari tanpa serbuk...

Bisnes Yong Tau Fu (YTF)

Imej
Fong Tau Fu ni adalah manakan Cina, selalunya disediakan dalam bentuk sup. Memandangkan YTF ni sudah diterima oleh seluruh masyarakat kita, dan YTF banyak dijual atau dijaja di tepi kedai menggunakan konsep kiosk. Nama lain bagi bisnse ini ialah 'Sate Celup'. Semalam aku mulakan bisnes jual YTF berkonsepkan Francise Kiosk. Aku berniaga guna jenama orang lain macam KFC, McD dan kebanyakan jenama makanan segera yang lain. Kerjanya mudah cuma jual. Semua peralatan dan bahan mentah pemilik jenama akan supply.  Lagipun penyediaan YTF mudah, samada goreng atau celur. Aku mula berniaga semalam dalam pukul 6.00 ptg lepas balik kerja terus ke tapak niaga. Sebelum ni aku berniaga restoran, tapi kemahiran tu kurang sangat, ahkirnya jadi tidak mampu. Jadi mulakan dari kecil dahulu. Perniagaan besar perlu tenaga dan ilmu serta duit lebih, yang ni modal tidak sampaipun RM 2 K. Pelanggan pertama datang seawal jam 6.30 ptg. Buat masa ni tak banyak pilihan maklumlah permulaan. Ha...

Ikan Halikopter..

Imej
Ikan ni nama sentifiknya  Ostracion cubicus.  Name Tag nia ada disebelah kanan, korang tak nampak. hehe. Dalam bahasa aku, Bahasa Bajau, Daing Tabanggak-banggak. 'Daing' tu bermaksud 'Ikan', 'Tabanggak-banggak' tu aku tak tahu dari mana datangnya, maksudnya pun aku tidak tahu. Siap kol Ibu di kampung tanya nama ikan ni. Baru-baru ni kami mengadakan majlis makan malam peserta kursus di Akmal Sabah. Menu utama ialah SeaFood BBQ. Ikan ini antara hidangan malam tersebut. Setiap kali ikan orang bertanya nama ikan ni. Memang ramai yang tidak tahu namanya. Antara nama yang femes kita bagi untuk menjawab pertanyan orang ialah "Ikan Helikopter" Aku main hentam jak. Nama lain ikan ini ialah  ikan kudu-kudu. Menyediakan ikan ni kebiasaannya cuma di panggang. Kalau nak rebus pun, rebus dengan air laut baru ada rasa. Kalau rebus denga air biasa mungkin setengah guni garamnya itu pun belum tentu. Kulit ikan ni setebal kira-kira 1 mm.  Tapi jangan ...

Sup Ikan yang Sedap dan Sihat.

Imej
Resepi ni bukan sahaja mudah tapi sedap dan menyihatkan. Sapa-sapa yang mahu kurangkan berat badan tu baik dari kalangan lelaki atau perempuan, bolehlah cuba resepi sup ikan ni. Harap jangan jauh sangat dengan jamban! Takut tak sempat duduk hajat dah kesampaian.. haha. Tapi perut tak memulas, jangan bimbang.. Sebenarnya, banyak-banyak jenis masakan, aku sangat suka masak sup. Bermacam-macam resepi sup dalam koleksi. Ada yang paling rumit hingga berbelas-belas bahannya.. Ok! Kita mulakan.. Bahan-bahan; 1) 3 ekor ikan kembung, potong ikut suka. Ikan Tulai, Ikan Tengiri, ikan apa pun boleh yang penting bukan ikan masin atau ikan duyung. hehe 2) Halia 1 inci. 3) Bawang putih 3 ulas. 4) 3 atau 4 biji limau nipis atau limau purut. Diambil jusnya. 5) Daun limau purut 4 helai. 6) 3 liter air. 7) Setengah sudu teh kunyit serbuk kalau guna kunyit hidup setengah inci cukup. Untuk warna jak. 8) Lada hitam 5 biji. 9) Garam dan perasa. Kalau mahu lebih cantik, boleh tambah 2 bi...

7 Pengganti Bahan Non Halal Dalam Masakan

Kebiasaannya aku selalu masak makanan Cina, Jepun dan Korea. Pernah juga cuba membuat beberapa makanan jenis salad resepi-resepi dari Barat, tapi bila dia tunjukkan bahan -bahan non-halal ni, kita terus mati kutu.. adoi.. Masakan Cina dan Jepun sering menggunakan Wain Beras, Arak Putih, Ang Ciu dan berbagai lagi bahan non halal ni. Apakah kedukukan makanan yang mengandungi bahan seperti ini dalam islam? 1.   عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: وَ لاَ اَعْلَمُهُ اِلاَّ عَنِ النَّبِيّ ص قَالَ: كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَ كُلُّ خَمْرٍ حَرَامٌ. مسلم        Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata : Dan aku tidak mengetahuinya melainkan dari Nabi SAW, beliau bersabda, " Setiap (minuman) yang memabukkan itu khamr, dan setiap khamr itu haram ". [HR. Muslim juz 3, hal. 1588]  2.   عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: مَا اَسْكَرَ كَثِيْرُهُ فَقَلِيْلُهُ حَرَامٌ. ابن ماجه     Dari Jabir bin ‘Abdullah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "...

Resepi Sambal Tuhau Jeruk

Imej
Jeruk Tuhau Jeruk Tuhau ni dibuat dari Pokok Tuhau la. Kalau mahu tengok gambar boleh google. Pokok ni biasa terdapat di sekitar Keningau, Tambunan, Ranau dan kawasan yang berdekatan. Nak buat Jeruk Tuhau boleh tengok di sini. Tapi kebiasaanya orang tidak berapa suka bau Tuhau Jeruk ni, amat tengek dan menusuk hidung, boleh bersin dibuatnya. Makanan ni merupakan makanan tradisional kaum Kadazan Dusun di Sabah. Disebabkan baw yang sangat kuat dan kandungan cuka yang banyak, jadi saya olah sedikit cara penyediaannya agar sesuai dengan selera saya. Kalau nak cuba boleh la.  Resepi : 1. 1 Cawan Tuhau Jeruk ( seperti gambar di atas) 2. 4 sudu makan gula (boleh tambah sehingga rasa masam cuka hilang) 3. 3 ulas bawang putih di cincang halus atau di tumbuk. 4. Cili padi mengikut selera. 5. sedikit garam. 6. Minyak  Bijan, kalau mahu. Caranya :  Gaulkan kesemua bahan di atas, sehingga rasa masam cuka tu hilang, tapi bau Cuka tu tetap ada, so ken...

Resepi Kerabu Rumpai laut (agar-agar laut)

Imej
Semenjak orang tahu benda ni boleh mencantikkan wajah, dah jadi femous pulak terutama bagi kaum hawa yang ingin menjaga kecantikkan kononnya mengandungi Kologen yang dapat membantu menganjalkan kulit.  Pendapat Dr. Mariani Abdul Hamid  mengatakan agar-agar tidak mempunyai kalogen tapi dapat membantu untuk penghasilan Kalogen.  Tapi bagi kami di Semporna, orang makan benda ni semenjak dari zaman nenek moyang lagi.  Jadi hari ini aku ringan tangan untuk berkongsi resepi Kerabu Agar-agar ni. Bahan-bahan :  1. 500 g agar-agar laut. (kalau agar-agar kering, rendamkan dahulu 5 hingga 8 jam)  2. 3 ulas bawang merah. 3. Cili padi, ikut selera. Kalu mahu pedas, masukkan satu genggam cili padi.. hehe 4. 2 biji buah mangga muda dicincang halus. (kalau tak ada mangga muda pun tak apa) 5. 5 biji Limau kasturi. 6. 1 inci halia di hiris halus. 7. 2 biji tomato didadu atau hiris memanjang nipis-nipis. 8. Garam dan aji setengah sudu makan...