Ikan Tongkol Tomato.
Kali pertama makan masakan ini dalam dua tahun lepas tapi lupa tanya resepi. Jadi untuk menyudahkan hasrat hati, aku koreklah resepi dari google, youtube dan resepi di tin ikan sardin. Bahan bonus kali ini ialah sos Spageti Prigo.
Bahannya tidak banyak dan senang. Jadi ini bahan-bahan dan cara memasak.
Bahan-bahan :
1. 600 g ikan tongkol atau ikan kayu, potong ikut suka.
2. Tomato puree 1/2 cawan.
3. Sos Spageti Prigo (traditional) 2 cawan.
4. 3 biji buah tomato belah 4.
5. 2 Helai 2 daun Bay.
6. Air asam jawa.
7. 1 ulas bawang besar dipotong halus.
8. 2 ulas bawang putih di cincang.
9. 1 inci halia hiris halus.
10. Garam satu sudu makan , gula 4 sudu makan dan aji 1/2 sudu makan.
11. Minyak untuk menumis.
Bahannya tidak banyak dan senang. Jadi ini bahan-bahan dan cara memasak.
Bahan-bahan :
1. 600 g ikan tongkol atau ikan kayu, potong ikut suka.
2. Tomato puree 1/2 cawan.
3. Sos Spageti Prigo (traditional) 2 cawan.
4. 3 biji buah tomato belah 4.
5. 2 Helai 2 daun Bay.
6. Air asam jawa.
7. 1 ulas bawang besar dipotong halus.
8. 2 ulas bawang putih di cincang.
9. 1 inci halia hiris halus.
10. Garam satu sudu makan , gula 4 sudu makan dan aji 1/2 sudu makan.
11. Minyak untuk menumis.
Cara-cara masak :
1. Rebus ikan tongkol dengan air asam jawa dan sedikit garam. Bila sudah masak, toskan dan simpan stok ikan tadi.
2. Tumis halia hingga perang dan masukkan bawang merah dan bawang putih hingga agak garing.
3. Masukkan buah tomato dan daun Bay serta ikan tongkol yang direbus tadi.
4. Masukkan tomato puree, sos Spageti Progo dan masukkan air rebusan ikan sehingga ikan tenggelam. Renehkan dengan api perlahan sehingga air kering sedikit dan kuah menjadi pekat.
5. Masukkan gula, garam dan aji. Masukkan sikit-sikit, supaya senang adjust.
Kan senang! Kalau tidak ada ikan tongkol, ikan tenggiri pun boleh. Jangan guna ikan bilis, nanti dengan ikan-ikan dia sekali jadi kuah..haha..
Makan dengan nasi lemak, nasi putih, nasi dagang atau buat cecah roti sangat sedap.
Kalau kuah ikan tidak habis, panaskan semula sehingga pekat macam sos, boleh buat sos Pizza.. Kan..
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?