Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ke mana kaki melangkah

Kiulu Water Rafting : Seronok dan Berbaloi.

Imej
Kiulu Water Rafting Baru jak minggu lalu kami ber water rafting bersama-sama peserta kursus budak-budak tadika. haha.. Tadika? Bap semua perangai keanak-anakan terkeluar tanpa sengaja dek keseronokan aktiviti ni. Aku pun yang tak berapa tua ni macam lupa diri kejap.. huhu..

Keperluan Asas untuk Camping (Gunung Alab - Minduk Sirung)

Imej
Sebelum pergi meninjau laluan Gunung Alab - Minduk Sirung pada bulan Julai 2016 yang lalu, aku sempat membeli beberapa kelangkapan. Kelengkapan-kelengkapan yang aku beli adalah hasil nasihat daripada seorang treveler dari Australia.  Al Kisah, aku dan dia mencari barang-barang yang sama tapi dia nak masuk Lembah Danum. Menurut treveler tu, kalau nak hiking di Borneo nie tak boleh samakan dengan tempat-tempat lain. Di sini semua ada, panas, lambap, sejuk dan dingin serta hujan. Jadi kalau nak beli barang-barang hiking tak boleh ikut sangat jenama-jenama yang ada sepert Camel, Jeep . Hiker perlu jadi amphibia sikit. Tak boleh beli pakaian untuk tahan sejuk sahaja kerana ada masa kita kering dan barang-barang anti sejuk ni berat-berat belaka. (Sambil dia bagi ke aku baju sejuk dan memang berat. Boleh penuh satu beg. Contohnya macam gambar dibawah ni).

Semporna, aku nak datang.

Imej
Pulau-pulau di Semporna Daerah Semporna, Sabah dianugerahkan dengan 5 tapak menyelam bertaraf antarabangsa. Tapak-tapak menyelam ini bakal memuaskan hati para pencinta samudera, penyelam skuba dan malahan kepada pasangan yang mencari tempat untuk berbulan madu. Sila  skrol ke bawah  untuk mendapatkan maklumat mengenai   Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kappalai, Pulau Mataking and Pulau Sibuan.

Kota Kinabalu-Tawau. Jalan Sepulut-Kalabakan

Imej
Minggu lalu aku bersama isteri dan anak-anak balik Semporna. Tapi kami tidak lalu jalan Ranau seperti sebelum ni. Sejak jalan Sepulut-Kalabakan ada ni, tidak pernah sudah ikut jalan Ranau. Setakat ni adalah dalam tujuh ke lapan kali lalu jalan ni. Tahun 2010 lalu jalan ni masih ada yang graval tapi sekarang Alhamdulillah, semuanya sudah berlapik asfalt. Pengalaman sepanjang menyusuri laluan ini aku kongsikan di sini. Kalau ada manfaatnya adalah tu. kalau tiada, tiadalah.. hehe

Kaki XPDC, jom menelusuri puncak Gunung Alab Tambunan, Sabah.

Imej
Sub-Stesen Gunung Alab, Tambunan, Sabah      Semenjak bertugas di AKMAL Sabah, tempat ni sudah macam kampung ke dua bagi kami. Hampir setiap sudut kami boleh ceritakan tentang tempat ini. Jika anda ingin mencuba tempat baru untuk berekreasi bersama keluarga, mungkin Gunung Alab adalah tempat yang sesuai. Di sini pun ada Chalet yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Laluan ke Sub-Stesen Gunung Alab Di Kawasan tapak perkemahan ini terdapat taman orked. Bermacam-macam tumbuhan orked ada di sini. Periuk kera pelbagai saiz juga terdapat di sini. Suhu ni sini agak extrem jugak lah.. Siang 24 'C kalau malam boleh mencecah 13'C time musim hijan. Daripada Sub-Stesen ni, ke puncak Gunung Minduk Sirung sejauh 8.5 KM dari sini dan di hujung trail sejauh 12 KM ini terdapat air terjun Mahua. Perjalanan merentas laluan berbukit, curan dan landai ini biasanya mengambil satu hari setengah bergantung dengan tahap kecergasan dan kita akan meniti disepanja...

Bisnes Yong Tau Fu (YTF)

Imej
Fong Tau Fu ni adalah manakan Cina, selalunya disediakan dalam bentuk sup. Memandangkan YTF ni sudah diterima oleh seluruh masyarakat kita, dan YTF banyak dijual atau dijaja di tepi kedai menggunakan konsep kiosk. Nama lain bagi bisnse ini ialah 'Sate Celup'. Semalam aku mulakan bisnes jual YTF berkonsepkan Francise Kiosk. Aku berniaga guna jenama orang lain macam KFC, McD dan kebanyakan jenama makanan segera yang lain. Kerjanya mudah cuma jual. Semua peralatan dan bahan mentah pemilik jenama akan supply.  Lagipun penyediaan YTF mudah, samada goreng atau celur. Aku mula berniaga semalam dalam pukul 6.00 ptg lepas balik kerja terus ke tapak niaga. Sebelum ni aku berniaga restoran, tapi kemahiran tu kurang sangat, ahkirnya jadi tidak mampu. Jadi mulakan dari kecil dahulu. Perniagaan besar perlu tenaga dan ilmu serta duit lebih, yang ni modal tidak sampaipun RM 2 K. Pelanggan pertama datang seawal jam 6.30 ptg. Buat masa ni tak banyak pilihan maklumlah permulaan. Ha...

Bot Banjir, Bersedia Untuk Menyelamat.

Imej
Sabtu lalu (13/6/2015) aku balik kampung mentua di Beaufort Sabah. Kebiasaannya kami memang balik setiap minggu kalau tidak sebok dengan kerja. Cuma kepulangan kami kali ini agak berbeza, terkejut pun ada. Tapi kalau ketawa tu tak adalah. Mahu kena sondol dengan penyodok? Tapi ketawa jugalah sikit.. hehe Apa tidaknya, rumah yang jauh berbatu-batu dari laut tiba-tiba ada bot parking di laman rumah. Nak kata mentua aku pigi pancing udang gala, tidak pernah pulak jumpa kelibat rod pancing di rumah tu sejak aku berkahwin dengan sulungnya. Tapi fikir balik ni mesti persediaan menghadapi banjir. Sejak kahwin dengan bini aku ni, dah 2 atau 3 kali merasai pengalaman banjir. yang paling teruk tahun 2012 lalu. Ha, boleh tengok sini.  Masa ni paras air di kawasan rumah mentua aku hingga paras pinggang orang dewasa. Dalam kan? Lagi pun sekarang ni dah masuk musim hujan. Hujan lebat atau hujan sederhana lebat yang berlarutan sehingga 3 hari akan menyebabkan paras air empangan daerah...

Gempa Bumi Di Ranau Sabah

Sekali lagi merasa pengalaman gempa bumi, Pestime dulu masa di Penang masa Tsunami tahun 2004. Masa tu aku belajar lagi tapi kali ini time sebok nak buat penutupan Kursus Asas Penolong Penguasa Kastam. Habis satu bangunan asrama bergegar, orang2 di ofis pun lari selamatkan diri, kononnya.... Isteri di rumah siap kol lagi bagi tahu rumah bergegar, bukan rumah saja yang goyang, hampir satu Borneo bergegar dan yang paling penting berita gempa bumi ni menggegarkan satu dunia. Macam-macam cerita keluar. Dunia sudah mahu sampai kepenghujung, sebelum gempa bumi di Ranau, Nepal terlebih dahulu merasai kejadian ni. Yang tu bukan sebab Orang Putih Bogel, tapi sebab potong lembu banyak-banyak, tak tahu diaorang buat apa. Gempa bumi , adalah suatu fenomena pergerakan permukaan  bumi  disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan  bumi  yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam  bumi , biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba ...