Khamis, 13 Oktober 2016

Keperluan Asas untuk Camping (Gunung Alab - Minduk Sirung)

Sebelum pergi meninjau laluan Gunung Alab - Minduk Sirung pada bulan Julai 2016 yang lalu, aku sempat membeli beberapa kelangkapan. Kelengkapan-kelengkapan yang aku beli adalah hasil nasihat daripada seorang treveler dari Australia. 

Al Kisah, aku dan dia mencari barang-barang yang sama tapi dia nak masuk Lembah Danum. Menurut treveler tu, kalau nak hiking di Borneo nie tak boleh samakan dengan tempat-tempat lain. Di sini semua ada, panas, lambap, sejuk dan dingin serta hujan. Jadi kalau nak beli barang-barang hiking tak boleh ikut sangat jenama-jenama yang ada sepert Camel, Jeep. Hiker perlu jadi amphibia sikit. Tak boleh beli pakaian untuk tahan sejuk sahaja kerana ada masa kita kering dan barang-barang anti sejuk ni berat-berat belaka. (Sambil dia bagi ke aku baju sejuk dan memang berat. Boleh penuh satu beg. Contohnya macam gambar dibawah ni).
Baju Sejuk
Jadi antara barang-barang yang disyorkan (walaupun treveler tu belum pernah naik Gunung Minduk Sirung) adalah seperti berikut :

Pakaian dalam sejuk:
Pakaian ni dipakai bila hendak tidur atau bila statik di suatu tempat sahaja tanpa melakukan apa-apa ativiti lasak.














Pakaian dalam fit:
Pakaian ni dipakai bila bergerak. Kalau tidak selesa terutama bagi yang perempuan boleh lapis lagi dengan jersi atau baju yang kain macam jersi. Lagipun takkan dalam hutan nak seksi-seksi. Monyet pun ada bulu nak tutup dan benamkan bentuk tubuh dia.




Tracksuit:
Kalau sejuk sangat, boleh guna baju ni. Tak kiralah jenama apa. Gunakan bersama pakaian dalam sejuk tu. Udara di sana agak lembap. Kalau baju jenis Cotton, bila lembap sangat baju tu sendiri akan jadi sejuk. jadi kesejukanpun berganda-gandalah.









Seluar 3/4: 
Ni untuk benamkan bahagian depan samada lelaki atau perempuan. Biasanya lelaki je yang tertonjol-tonjol.. haha









Cycling windbreaker:
Kalau hujan guna baju ni. Ada yang waterproof ada yang windproof sahaja. Tapi lebih elok yang windproof saja. Sebab dalam hutan, lebat macam manapun kita takkan kuyup. Air pun tak berapa nak tembus dengan baju ni. Kelebihan lain: baju ni reingan berbanding baju hujan yang biasa tu.






Stokin Pacat:
Untuk menghalang pacat naik ke kaki.
Glove atau sarung tangan:
Cari yang tahan sejuk dan lasak. Kalau boleh beli yang Safety Glove macam dalam gambar tu. Tahan sejuk dan tahan duri. Dalam hutan kadang-kadang ada pokok yang berduri. Glove ni sebenarnya untuk kegunaan Welder. haha...





Kasut:
Terdapat banyak jenama kasut hiking. Tapi aku lebih selesa guna kasuf Foam macam dalam gambar tu. Ringan dan tak payah risau basah sebab mudah kering. Yang paling penting jimat. Harga dalam RM 22. Grip dia pun boleh tahan juga. Malim gunung pun pakai kasut macam ni jugak. Jangan lupa pakai stokin.


Hammock:
Hammock ni tempat tidur yang ringkas. Hujung kiri dan kanannya boleh diikat di tiang atau di pokok. Jangan ikat di pokok rumput pulak. Di Stesen pertama tu ada pondok untuk berteduh atau bermalam dan boleh gunakan tiang pondok tu untuk gantung Hammock.



Travel Towel:
Tuala Microfiber ni perlu ada. Boleh buat tutup kepala kalau hujan. Nak simpan pun senang. Sangat menyerap cecair. Lepas perah, tuala ni masi ringan berbanding tuala biasa. Sungguhpun beli saiz yang besar, ianya masih praktikal.




Tent:
Tent atau kemah sesuai untuk kumpulan yang ramai. Di sana ada tapak untuk mendirikan tent dan boleh memuatkan sehingga 8 buah tent.




Alas tidur:
Alas tidur ni option. kalau nak bawak boleh.









Sleeping bag:
Sleeping bag ni pun kalau nak bawak boleh.
Head Lamp:
Lampu ni sesuai sangat dibawa sebab tangan free tak pegang apa-apa. Jadi mudahlah untuk berpaut di mana-mana terutama kalau permukaan yang licin bila bergerak pada waktu malam.





Lantern:
Kalau nak bawak pun boleh.










Portable Stove:
Ini untuk memasak.










Peralatan memasak:
Bawak yang paling kecik agak-agak muat untuk masak dua paket nasi impit.









Nasi Impit:
kalau rajin boleh juga bawa 1 kampit beras. 1 paket nasi impit boleh makan untuk dua orang. Kalau ketupat, 2 paket untuk seorang.
Kambing dalam tin:
Makan ni memang wajib ada sebab boleh membantu memanaskan badan. Cukup untuk 2 orang makan. kalau tak cukup, mungkin bawalah kambing dalam kandang. hehe...








Kurma atau coklat:
kalau dapat kurma lagi elok. Sebab boleh bekalkan tenaga lebih cepat berbanding coklat. Lagi satu, bila makan kurma kita tak minum air sangat. kalau coklat, kita kerap minum air dan akubatnya perut jadi kembung dan malas nak jalan.



Peralatan-peralatan ini boleh muat dalam backpack 30 liter tapi kalau bawak sleeping bag dan baju sejuk tebal macam di atas tu, kena guna backpack yang 70 liter la.
Pasal makan dan tempat tidur tu, cadangan aku jak berdasarkan pengalaman sebab dah berapa kali naik Gunung Minduk Sirung tu.

Cadangan treveler tu ada jugak betulnya. Beban ternyata kurang berbanding sebelumnya dan pergerakkan pun sangat selesa dan lancar macam guna RON 97 pulak. Jika bercadang bergerak waktu malam, pakai baju yang berwarna cerah atau fluorescent agar mudah dikesan.

kalau tak tahu apa-apa lagi atau nak berkongsi pengalaman, bolehlah komen di bawah ya......... Terima kasih kerana membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?