Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rumahtangga

Pahala dan tanggungjawab

Imej
Gambar hiasan Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya: "Wahai Fatimah.. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..."  - (Abu Hurairah r.a) Potongan hadith di atas kalau suami jumpa di FB atau Tuiter, sah-sah sang suami tang pasangan masing-masing. Isteri pun Like tanda setuju.  Tapi yang sebenarnya tanggungjawab lelaki adalah termasuk memasak untuk isteri dan anak-anak.  Sekiranya suami tidak mampu dari segi masa atau tenaga, suami boleh mengmbil orang gaji untuk tugas-tugas yang ditinggalkan di rumah.   Petikan hadith di atas adalah untuk memujuk kaum isteri agar sudi dengan rela untuk mengambil alih sebahagian tugas-tugas suami.  Seperti kisah Asma’ binti Abu Bakar yang dinikahi oleh az-Zubair yang miskin tidak memiliki harta dan budak,...