Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Makanan

Perpaduan kaum melalui makanan tradisi

Abstrak Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Aspek tersebut menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia. Objektif utama kajian ini ialah mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut. Objektif lain yang turut dikaji adalah berkenaan pemahaman tahap dan perpaduan kaum di Malaysia melalui makanan. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dalam kalangan masyarakat sekitar Melaka yang terdiri daripada pelbagai kaum. Seramai 30 responden telah dipilih untuk menyertai kajian ini dan berdasarkan maklumat yang diperolehi, hubungan antara tahap perpaduan dan makanan bagi setiap kaum adalah memuaskan. Oleh itu, makanan memainkan peranan yang penting dalam memupuk hubungan yang erat antara kaum utama di Malaysia. Pendedahan mengenai makanan-makanan dari pelbagai jenis kaum ...

Suara penyatuan. The Voice Of The Minority

Agak tertarik membaca artikel dari blogger India ini. Beliau cuba memahami prinsip perlaksanaan Hudud dan Syariah. 

Nasi kacang peas (kacang hijau)

Imej
1 3/4 cawan air 1 1/4 cawan beras, dibasuh dan ditos 1/2 sudu teh garam 1/2 cawan kacang peas segar @ yang frozen 2 sudu teh  extra-virgin olive oil 6 helai daun bawang, dihiris nipis 2  sudu teh jus limau purut  1 sudu teh kulit limau purut parut

Chee cheong fun (steamed rice rolls)

Imej
Gambar hiasan Resepi Chee Cheong fun 100gm tpg beras 1 sudu besar tpg ubi 365ml air sedikit garam 1/2 sudu kecil minyak masak campur kesemua bahan dlm bekas kacau sebati...kukus sperti mana nak buat laksam... Resepi sos di sini. #copypaste

Ayam Butter dan sup bebola ayam.

Imej
Tadi pergi beli sos Lea & Perrins. Kalau nak tahu sos apa tu bolehlah cari di google. Sos ni sangat sesuai untuk memerap daging atau ayam. Mudah, pantas dan yang paling penting sos ni halal. Bertuahnya! Beli sos dapat percuma resepi Butter checken. Jadi tanpa pikir panjang, sahlah juadah untuk berbuka nanti ialah Butter Checken. Bahan-bahan : 1. 1/2 ekor ayam. 2. 2 ulas bawang putih di cincang halus 3. 1/2 ulas bawang merah besar 4. 1 sudu makan lada putih 5. 9 sudu makan sos LP 6. 5 sudu makan Kicap pekat manis 7. Lemon 2 sudu makan 8. Daun bawang 9. Gula dan garam 2 sudu makan 10. 2 sudu makan minyak masak 11. 1 sudu makan Butter Cara-cara : 1. Ayam dipotong dua dan diperap dengan 7 sudu makan sos LP, 2 sudu kicap pekat manis, satu sudu gula dan satu sudu garam. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Perap dalam beg plastik untuk jimat bahan. 2. Panaskan kuali dan goreng ayam hingga separuh masak sambil menggoreng ayam, masukkan bawang putih dan bawang merah ...

Sagol ikan buntal

Imej
Sagol adalah masakan tradisi kaum Bajau. Rasanya sedikit berkunyit dan sedikit manis.  Ikan buntal ni ada di mana-mana, cuma kelompok masyarakat yang makan ikan buntal ni kebanyakkannya tinggal di Semporna, Lahad Datu dan Sandakan. Selain rupa fizikal ikan buntal yang berduri, ia juga dikatakan mengandungi racun yang boleh membawa maut. Er.. ngeri.. Di negara Jepun diorang makan ikan buntal yang dikenali sebagai Fugu adalah jenis ikan buntal yang beracun  tetapi ikan buntal yang aku masak ni bukan jenis yang beracun dan selamat untuk dimakan. Kalau tak percaya, tengoklah blog ini. Blog ni takkan ada sekiranya aku mati akibat makan daging ikan buntal. Haha.. 1. Ikan buntal duri Ini adalah gambar dua spesis ikan buntal. Gambar (1) di sebelah kanan adalah ikan buntal yang aku masak. Ikan buntal ini tidak ada racun tapi ada duri yang tajam dan bisa. Gambar (2) di bawah pula adalah jenis Ikan buntal yang beracun. Hempedu ikan buntal ini amat beracun dan sekiranya...

Pais Jagung / Bamban Jagung

Imej
Tadi membeli juadah berbuka di pasar Pilipin, satu tempat yang tidak asing di Kota Kinabalu. Banyak makanan dan kuih muih tradisional kaum Bajau dan Suluk dijual di sini. Terjumpa kuih yang tidak dicari. Sudah lama tidak malan kuih ni, sedap manis dan berlemak. Pais Jagung atau Bamban jagung memang populer di kalangan masyarakat Bajau di Semporna, Sandakan dan Lahad Datu. Disebabkan kuih ini adalah makanan tradisi kaum Bajau iaitu kaum aku, jadi resepi dan cara buat kuih ni tahu sangat. Bahan-bahan : 1. 3 tongkol jagung muda di parut 2. Tepung gandum  3. Gula & garam 4. Kelapa parut Cara-cara : 1. Adun jagung parut dengan tepung gandum dan kelapa parut. Tambahkan gula ikut kemanisan yang disuka. Tambahkan sedikit garam untuk timbulkna rasa lemak. Adunan seperti nak buat cucur atau jemput-jemput. 2. Ambil daun jagung lapisan yang tengah 1 atau 2 helai. Jangan ambil daun yang paling luar dan yang paling dalam nanti koyak masa kita nak lipat. 3. Letakkan adun...

Kerabu agar-agar

Imej
Kali ni nak berkongsi resepi karabu agar-agar lagi. Hari tu ada juga tulis entri resepi agar-agar, kalau nak baca klik sini tapi yang ni agak agak berbeza. Aku cuba gunakan bahan-bahan yang berbeza sikit. Mungkin ada kemelayuan. Bahan-bahan: 1. 500g agar-agar laut 2. 1 biji lemon diambil jusnya 3. 1/4 bunga kantan dihiris kecil-kecil 4. 1 batang timun potong tebal-tebal 5. 2 biji cili di hiris halus 6. 1/2 biji bawang besar hiris memanjang 7. 1/2 batang lobak disagat 8. Garam dan gula Cara-cara: 1. Celur agar-agar ke dalam air suam kemudian potong kecil. 2. Campurkan ksemua bahan. 3. Tambahkan gula sehingga terbit rasa manis dan sedikit garam. Rasanya memang berbeza dengan resepi tradisional tapi tetap sedap. Selamat mencuba..

Mesti baca ! Petua memasak daging

Imej
Memanggang 1. Panaskan terlebih dahulu ketuhar kepada suhu yang ditentukan oleh berat dan jenis daging 2. Letakkan daging panggang di atas rak di dalam talam bakar; dengan menaikkan daging panggang ini membolehkan haba disebarkan dengan sama rata. 3. Gunakan sebuah termometer daging untuk memeriksa kemajuan masakan daging tersebut 4. Keluarkan daging panggang yang dimasak apabila sudah mencapai suhu yang diingini dan pindahkan ke sebuah pinggan 5. Tutup secara longgar dengan kerajang aluminium dan biarkan untuk berehat selama 10 ke 20 minit sebelum menghidang Petua memanggang Pra layur daging lembu atau daging anak biri-biri ke dalam kuali leper panas atau ke dalam ketuhar dengan suhu ditetapkan pada 150ºC ke 180ºC untuk mengelakkan jus-jus asli dari terlepas semasa memanggang Perasakan dengan sedikit garam untuk membantu mengekalkan jus Sentiasa panggang daging dengan lemak di sisi atas untuk membenarkan pelumasan asli Untuk perisa penuh, masak daging panggang pada s...

Daging goreng pedas

Imej
Ni ceria daging semalam yang tak masak habis. Hari cadang nak berbuka dengan mee goreng. Mee goreng beli di Bazar Ramadan jak. Bahan-bahan : 1. 300g daging. 2. Sedikit kicap untuk pewarna sahaja. 3. 1 sudu teh soda. 4. 2 ulas bawang putih dicincang halus. 5. Sebelah bawang besar. 6. 1 tangkai daun bawang. 7. 1 sudu makan minyak bijan. 8. 1 sudu makan cuka. 9. Cili kering giling. 01. 1 inci halia di hiris halus. 11. Gula, aji dan garam. Cara-cara : 1. Potong daging senipis yang boleh dan perap dengan soda dan kicap serta minyak bijan dalam 30 minit. 2. Goreng daging dengan sedikit minyak dan tambahkan cuka. 3. Masa menggoreng daging tu, jus daging akan keluar, jadi kena keringkan dahulu jus tu baru tambah bahan lain. 4. Kalau sudah kering, tumiskan bawang putih dalam kuali yang sama. Bila Bawang putih dah garing masukkan bawang besar dan daun bawang. 5. Masukkan cili kering giling atau cili padi yang di potong-potong, garam, aji dan gula dan siap.

Sup daging air kelapa.

Imej
Semalam bermuka dengan sup daging. Bosan juga ke Bazar Ramadan, hari-hari benda yang sama dah la cari parking pun satu hal. Memandangkan bahan- bahan di rumah hampir lengkap untuk masak sup, jadi aku masak sup la cuma tambah 2, 3 bahan lagi. Sebelum balik, aku sunggah di pasaraya untuk beli Daging dan Soda. Walaupun sedang puasa, aku cuba juga masak sendiri risiko yang paling mungkin ialah terlebih garam atau tak ada rasa langsung! Kerja dan bahan-bahan agak banyak tapi rasanya pasti tidak mengecewakan. Air kelapa aku buat sendiri, malas cari kelapa ditengah-tengah kesibukan alam. Bahan-bahan. 1. Air Kelapa Muda. - Panaskan 2 liter air, masukkan 1/2 cawan Cuka makan, 2 sudu teh garam dan satu sudu makan gula. 2. Stok sayuran. - Lepas air kelapa muda siap, Kita buat stok sayuran dengan air kelapa muda tadi. Masukkan satu biji tomato dibelah 4, 1 ulas bawang besar dibelah 4, 3 ulas bawang putih, 1/4 Kobis, 2 inci halia cina di hiris nipis. 3. Daging. - ...

Yong Tau Fu yang ringkas tapi sedap

Imej
Baca tak tajuk tu "Ringkas tapi sedap". Yong Tau Fu ni walaupun ringkas, tapi boleh kenyang juga dibuatnya. Satu lagi ianya boleh dikatakan makanan yang sihat, sangat sesuai untuk awek-awek yang jaga badan sebab penyediaannya tanpa minyak dan jimat barang-barang dapur. Daripada makan mee segera memanjang, baik makan yong tau fu lagi tahan diperut dan lagi segera disediakan. Ada berbagai variasi yong tau fu ni, ada yang makanan laut, ayam, daging dan sayuran. Tapi untuk kali ini aku kongsikan gegelung ikan sayuran dan bebola ikan goreng.. Bahan-bahan untuk sup : 1. Halia 1 inci dihiris halus. 2. Bawang putih 4 ulas dibuang kulit. 3. 1/2 bawang besar didadu. 4. Ikan bilis kisar 2 sudu makan. 5. Chilli Coarse. Yang ni boleh cari di pasaraya. Cili kering kisar, macam tulah gambarannya. 6. Satu sudu teh minyak bijan. Kalau mahu letak untuk naikkan bau. 7. Garam. Cara-cara : 1. Potong yung tau fu mengikut suka. Gegelung ikan tu aku potong sendeng, bebola ika...