Sup daging air kelapa.

Semalam bermuka dengan sup daging. Bosan juga ke Bazar Ramadan, hari-hari benda yang sama dah la cari parking pun satu hal.

Memandangkan bahan- bahan di rumah hampir lengkap untuk masak sup, jadi aku masak sup la cuma tambah 2, 3 bahan lagi. Sebelum balik, aku sunggah di pasaraya untuk beli Daging dan Soda.

Walaupun sedang puasa, aku cuba juga masak sendiri risiko yang paling mungkin ialah terlebih garam atau tak ada rasa langsung!
Kerja dan bahan-bahan agak banyak tapi rasanya pasti tidak mengecewakan. Air kelapa aku buat sendiri, malas cari kelapa ditengah-tengah kesibukan alam.

Bahan-bahan.

1. Air Kelapa Muda.
- Panaskan 2 liter air, masukkan 1/2 cawan Cuka makan, 2 sudu teh garam dan satu sudu makan gula.

2. Stok sayuran.
- Lepas air kelapa muda siap, Kita buat stok sayuran dengan air kelapa muda tadi. Masukkan satu biji tomato dibelah 4, 1 ulas bawang besar dibelah 4, 3 ulas bawang putih, 1/4 Kobis, 2 inci halia cina di hiris nipis.

3. Daging.
- 500g daging dipotong ikut suka dan digaul bersama 1 sudu teh soda. Perap sehingga bahan tumis siap atau 15 minit.

4. Bahan tumis.
1. 1 1/2 bawang bombay.
2. 4 ulas bawang putih.
3. 1 inci lengkuas.
4. 2 cm kungit.
5. 2 batang kulit kayu manis sederhana.
6. 2 kuntum bunga lawang.
7. 4 Kuntum cengkih.
8. 4 biji buah pelaga.
9. 1 sudu teh jintan manis.
10. 1 sudu teh jintan putih.
11. satu sudu teh ketumbar.
12. 2 batang setai dititik.

- Tumbuk lumat bahan 1, 2, 3 dan 4, kemudian tumis bersama bahan-bahan lain bila dan naik bau.

Masukkan baham tumis ini ke dalam periuk stok sayuran tadi biarkan dengan api perlahan.
Masukkan daging dan biarkan sehingga daging lembut. Masak tidak perlu lama kerana air kelapa yang kita buat dan soda tu bertujuan untuk melembutkan daging dalam masa yang singkat.

Sementara itu, tumbuk satu genggam bawang goreng dan potong batang Saleri. Masuk bahan ini 10 minit sebelum api dimatikan.

Banyaknya step dan bahan! Tapi hasilnya sangat puas hati.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk