Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tips

Sakit Pinggang ? Cuba petua ini.

Imej
Daun lengkuas RASA sakit sering menimpa anggota tubuh yang memang sering dipakai untuk beraktiviti. Salah satunya pinggang. Pinggang terkadang menjadi sasaran rasa sakit akibat kerja-kerja harian yang berlebihan. Sakit pinggang yang kronik akan menghadkan aktiviti dan pergerakkan harian. Lalu, bagaimana cara mengatasinya? Untuk menyembuhkan sakit pinggang : 1. 1 potong halia 2. 2 lembar daun Lengkuas yang muda  3. 20 lembar daun selasih. Semua bahan ditumbuk dan tuangkan sedikit air panas. Kacau hingga rata dan dan ditampal dibahagian pinggang yang sakit.  Selamat mencuba.

7 cara menjana pendapatan dalam talian

Imej
1. Jual produk fizikal atau menawrkan perkhidmatan. Ramai individu atau pekedai pengambil peluang merebut pasaran di alam maya. Mereka menawarkan produk dalam bentuk fizikal samada produk kesihatan, kecantikan, baju, dan makanan. Ada juga yang menawarkan perkhidmatan baik perkhidmatan online semata atau juga offline. 2. Jual produk digital. Menjual produk fizikal adalah perniagaan online yang sangat mudah, tidak perlu ada kedai, tidak perlu ada ofis. Cukup hanya denagn memiliki leptop, internet dan idea kiat sudah boleh berniaga. Cuma cara pemasaran ada kalanya betul-betul berbeza dari biasa. Banyak akaun web site perlu diingat seperti forum-forum, laman pengiklanan dan sebagainya. Selain itu, kita juga perlu tahu serba sedikit tentang hal-hal teknikal. Penat, memang penat kadang-kadang. Pengalaman lama menjual produk digital 3. Berblog Tahu tak berapa ramai blogger yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan hanya memperuntukkan 2 jam sehari untuk m...

Bagaimana nak ambil minyak ayam.

Imej
Kebiasaannya kita tak peduli pun kulit atau lemak ayam. Ramai orang tak mahu lemak ayam dimasak bersama dagingnya. Tapi aku sangat mengambil berat rasa setiap bahan yang aku masak, kalau boleh sikit pun rasanya tidak berkurang. Bagi orang lain mereka ada alasan tertentu mengapa mereka tidak suka lemak ayam terutamanya bila bercerita tentang kesihatan jantung, tapi mungkin tiada masalah bagi mereka yang aktif bersukan. Walaubagaimanapun, ketepuan lemak ayam adalah rendah berbanding lemak daging merah seperti lembu, kambing dan biri-biri. Baik, di sini kau nak kongsikan bagaimana mengambil minyak ayam. 1. Masukkan kulit dan lemak ayam ke dalam kuali dan tambahkan air. 2. Masak kulit dan lemak ayam dengan dengan api sederhana. 3. Biarkan sehingga semua air tersejat dan minyak akan tinggal dalam kuali. Minyak ni boleh salin ke dalam botol untuk kegunaan akan datang dan kulit ayam juga boleh simpan dalam peti ais. Sedap untuk campur mee goreng, sayur atau sup, tapi k...

4 Tips belajar memasak untuk lelaki

Imej
Tips mudah untuk kaum lelaki yang tangannya pandai ngilu kalau pegang sudip. hehe 1. Rajin tolong isteri / ibu / kakak didapur. - Mesti selalu tolong isteri di dapur tak kiralah potong bawang ka, membalik-balikkan makanan      dalam kuali ka yang penting tolong supaya timbul minat ke dapur. Ini tidak, kedapur jak mesti nak    makan, kalau tak makan tak nampak batang hidung di dapur. 2. Banyak bertanya. - Banyakkan bertanya cara memasak terutamanya masakan yang ringkas seperti menumis sayur.  Isteri jangan pula ketawa kalau suami bertanya pasal bab-bab masak. 3. Banyakkan memonton rancangan memasak. - Banyak rancangan memasak yang boleh kita tonton lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ni  ada  Ketuk-ketuk Ramadan, Chef Ammar kalau turn Channel 703, satu channel rancangan memasak.  bukan apa, tengok rancangan memasak ni banyak info berguna, kenapa guna itu, apa sebab guna ini,  kalau begitu begini apa rasa masakan t...