Bagaimana nak ambil minyak ayam.

Kebiasaannya kita tak peduli pun kulit atau lemak ayam. Ramai orang tak mahu lemak ayam dimasak bersama dagingnya. Tapi aku sangat mengambil berat rasa setiap bahan yang aku masak, kalau boleh sikit pun rasanya tidak berkurang.

Bagi orang lain mereka ada alasan tertentu mengapa mereka tidak suka lemak ayam terutamanya bila bercerita tentang kesihatan jantung, tapi mungkin tiada masalah bagi mereka yang aktif bersukan. Walaubagaimanapun, ketepuan lemak ayam adalah rendah berbanding lemak daging merah seperti lembu, kambing dan biri-biri.

Baik, di sini kau nak kongsikan bagaimana mengambil minyak ayam.

1. Masukkan kulit dan lemak ayam ke dalam kuali dan tambahkan air.

2. Masak kulit dan lemak ayam dengan dengan api sederhana.

3. Biarkan sehingga semua air tersejat dan minyak akan tinggal dalam kuali.

Minyak ni boleh salin ke dalam botol untuk kegunaan akan datang dan kulit ayam juga boleh simpan dalam peti ais. Sedap untuk campur mee goreng, sayur atau sup, tapi kena goreng rangup. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk