Memaparkan catatan dengan label buntal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buntal. Papar semua catatan

Rabu, 27 Disember 2017

FUNGSI PERUNDANGAN YDPA


Terangkan fungsi perundangan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perihalkan dalam keadaan mana Yang di-Pertuan Agong boleh menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan. Perhalusi apakah pilihan yang ada untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

PEMBANGUNAN LATIHAN DALAM SEKTOR AWAM

PENDAHULUAN

Latihan dan pembangunan pekerja ialah aktiviti organisasi yang penting kerana pengaruhnya terhadap produktiviti pekerja. Rajah 1 menunjukkan 6 elemen grafik hubungkait diantara latihan dan pembangunan dalam fungsi pengrekrutan. Bahagian pengrekrutan dan pemilihan membawa masuk pekerja-pekerja kedalam organisasi. Orientasi dan latihan membantu pekerja baru untuk menjadi pekerja yang produktif dalam organisasi tersebut dan pekerja yang berpengalaman dapat menerima perubahan dan kehendak kerja. Program pembangunan memberi pekerja peluang untuk berkembang dan maju dalam kerjaya samada dalam atau di luar organisasi. Penilaian Perlaksanaan tugas dijalankan untuk pekerja-pekerja baru dan berpengalaman dalam mengenalpasti latihan tambahan dan pembangunan. Keseluruhan proses tersebut meningkatkan kualiti sumber manusia organisasi tersebut, dimana ia memenuhi kehendak pekerja dan seterusnya menyumbangkan kearah kelancaran pergerakan organisasi (Ricks, Ginn, dan Daughtrey, 1995).

KEUSAHAWANAN BELIA


1.           PENGENALAN

Penglibatan belia dalam agenda pembanguan ekonomi negara seharusnya tidak boleh diketepikan atau dinafikan oleh mana-mana pihak. Selain itu, golongan belia juga merupakan barisan pelapis pemimpin masa hadapan, oleh itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi tujuan membekalkan belia denganpelbagai cabang ilmu pengetahuan dan peluang-peluang keusahawanan. 45 peratus daripada rakyat Malaysia merupakan golongan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun. Peratusan yang besar ini jika tidak dimanfaatkan sebaiknya ianya akan merugikan negara.

Ahad, 28 Mei 2017

Bihun Goreng Sambal Kacang

Lama sangat tak makan masakan mak, terutamanya Bihun goreng masakan mak sangat sedap kerana setiap kali mak goreng bihun dia akan buat sambal sekali.

Ahad, 7 Mei 2017

Brangkok Pisang

Berangkok Pisang

Hari ini mencuba resepi kuih Berangkok Pisang. Aku ni kalau pisang, tak berapa suka. Sebelum belajar resepi ni, aku hanya makan pisang setelah digoreng. Kalau makan pisang masak macam tu sahaja, memang tak lalu. mungkin bukan selera aku. Satu lagi kalau pisang muda tu dicincang halus dan diair asamkan, memang sedap dimakan bersama nasi.

Sabtu, 11 Mac 2017

Ikan Goreng Berempah


Ikan goreng ni antara resepi yang paling mudah. Orang yang baru bangun tidur pun boleh buat sebab bahan-bahannya cuma garam. Hehe.. kalau rajin sikit boleh tambah asam jawa. Tapi kalau hari-hari macam tu, orang lapar tahap gaban boleh hilang selera juga sebab jemu. Seminggu makan ikan goreng yang dilumur garam. Kalau sebulan.. setahun.. haha..

Khamis, 2 Februari 2017

Sup isi ketam bersama sayur petola


Aduh.. Lamanya tidak memblog. Asyik sebok! Tambah-tambah lagi semester 4 PJJ aku agak mencabar berbanding sebelumnya. Ya, sem pertama hingga ketiga aku boleh baca nota sambil makan ais krim. Tapi kali ini buat assignment sambil membebel.. haha. Tengok gambar di bawah tu...


Isnin, 7 November 2016

Kiulu Water Rafting : Seronok dan Berbaloi.

Kiulu Water Rafting
Baru jak minggu lalu kami berwater rafting bersama-sama peserta kursus budak-budak tadika. haha..
Tadika? Bap semua perangai keanak-anakan terkeluar tanpa sengaja dek keseronokan aktiviti ni. Aku pun yang tak berapa tua ni macam lupa diri kejap.. huhu..

Selasa, 18 Oktober 2016

Bagaimanakah Jantung dan Salur Darah berkerja?



Entri ini aku translite dari bahasa English. Aku ambil sebahagian sahaja iaitu berkenaan jantung, salur darah dan paru-paru secara ringkas. Ada entri yang berkaitan dengan enrti ini. Artikal asal di sini.

Ahad, 16 Oktober 2016

Makanan, Perut dan Penyakit.


    Sejak kebelakangan ini aku kerap menerima perkhabaran tentang kematian kawan-kawan dan kenalan. Tiada yang mengejutkan bila sesuatu yang hidup telah menemui mati kerana Allah telah berjanji bahawa tiap-tiap yang bernyawa atau hidup itu pasti akan merasai mati.

Khamis, 13 Oktober 2016

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Entri berikut merupakan tugasan individu subjek Asas Keusahawanan semester 3. 

1. Pengenalan
Sejak lebih 21 tahun yang lalu, internet talah mengubah cara kita membeli dan menjual barang serta perkhidmatan. Membuat tinjauan menerusi Internet sebelum membeli sesuatu di dalam talian sudah agak sebati dengan kehidupan hari ini seolah-olah kita telah berada selangkah di pasaraya.

Keperluan Asas untuk Camping (Gunung Alab - Minduk Sirung)

Sebelum pergi meninjau laluan Gunung Alab - Minduk Sirung pada bulan Julai 2016 yang lalu, aku sempat membeli beberapa kelangkapan. Kelengkapan-kelengkapan yang aku beli adalah hasil nasihat daripada seorang treveler dari Australia. 

Al Kisah, aku dan dia mencari barang-barang yang sama tapi dia nak masuk Lembah Danum. Menurut treveler tu, kalau nak hiking di Borneo nie tak boleh samakan dengan tempat-tempat lain. Di sini semua ada, panas, lambap, sejuk dan dingin serta hujan. Jadi kalau nak beli barang-barang hiking tak boleh ikut sangat jenama-jenama yang ada sepert Camel, Jeep. Hiker perlu jadi amphibia sikit. Tak boleh beli pakaian untuk tahan sejuk sahaja kerana ada masa kita kering dan barang-barang anti sejuk ni berat-berat belaka. (Sambil dia bagi ke aku baju sejuk dan memang berat. Boleh penuh satu beg. Contohnya macam gambar dibawah ni).

Selasa, 23 Ogos 2016

Semporna, aku nak datang.

Pulau-pulau di Semporna
Daerah Semporna, Sabah dianugerahkan dengan 5 tapak menyelam bertaraf antarabangsa. Tapak-tapak menyelam ini bakal memuaskan hati para pencinta samudera, penyelam skuba dan malahan kepada pasangan yang mencari tempat untuk berbulan madu. Sila skrol ke bawah untuk mendapatkan maklumat mengenai  Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kappalai, Pulau Mataking and Pulau Sibuan.

Khamis, 26 Mei 2016

Dropshipping : Apa yang anda perlu tahu. BAB 3

Memilih Produk


Masalah besar kebanyakkan peniaga baharu yang menceburi dropshipping ialah bagaimana hendak memilih produk dan niche yang sesuai. Anda mungkin perlu membuat keputusan besar dan mempunyai kesan jangka masa yang panjang serta penentu kepada kelangsungkan perniagaan anda pada masa akan datang.

          Kesilapan yang kerap dilihat pada peringkat ini ialah memilih produk berdasarkan kepentingan peribadi atau semangat. Ini adalah stratigi yang boleh diterima tetapi tidak semestinya anda boleh berjaya dengan mengambil minat pribadi sebagai idea utama. Keretia berikut mungkin dapat membantu anda untuk menentukan produk fan niche yang betul.

Rabu, 25 Mei 2016

Dropshipping : Apa yang anda perlu tahu. BAB 2

Memilih pembekal

            Sebelum mencari pembekal, sangatlah penting untuk mengetahui bagaimana membezakan pemborong yang sah atau peruncit-peruncit yang menyamar sebagai pemborong. Pemborong sebenar biasanya akan manawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding peruncit.
                     
            Peniaga harus berurusan terus dengan pembekal untuk mendapatkan harga yang kompetitif dan boleh menjana keuntungan yang lumayan. Contohnya whizet.com yang menawarkan potongan harga sehingga 40% kepada peniaga.

Dropshipping : Apa yang anda perlu tahu. BAB 1

Memahami Dropshipping


Dropshipping adalah teknik rantaian pembekalan di mana peruncit tidak perlu menyimpan stok produk fizikal seperti baju dan kasut kerana penjual akan memindah pesanan pelanggan kepada pihak pemborong.
Di pihak pemborong pula, mereka akan menghantar produk terus kepada pembeli setelah pembayaran dari peruncit disahkan. Oleh itu, peranan anda sebagai penjual atau peruncit hanya perlu mamperkenalkan produk, menerima pesanan dan memberikan butir-butir pembeli seperti alamat dan nombor telefon pembeli kepada penggudang.

Rabu, 18 Mei 2016

Zamani dan Slam..


Kumpulan Slam antara artis berkumpulan yang sangat popular pada tahun 90an. Lagu-lagu kumpulan sering menjadi siulan kami ketika itu. Bagi aku sendiri, hampir semua lagu kumpulan Slam ni melekat di kepala. Minat habis.

Jumaat, 13 Mei 2016

KUPON LAZADA...

PERPADUAN KAUM MELALUI PERBEZAAN MAKANAN DAN PAKAIAN


Kepelbagaian kaum di Malaysia telah pun wujud sejak sebelum merdeka lagi. Secara teorinya, Bangsa Melayu terdiri daripada beberapa kaum seperti Bugis, Jawa, Banjar, Bajau dan beberapa lagi kaum yang lain. Corak hidup masyarakat mengikut kaum adalah berbeza-beza namun terdapat juga sebuah kawasan penempatan atau daerah yang dikongsi oleh beberapa kaum seperti di daerah Beaufort, Sabah yang dikongsi oleh kaum Bisaya, Brunai, Kedayan dan Dusun.

Masalah Ekonomi dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Pengenalan


Ekonomi merupakan kajian tentang keperluan manusia dalam segala aspek kehidupan seharian. Setiap kajian ekonomi perlu meneliti keperluan setiap individu dan kumpulan manusia dan kesan daripada pengeluaran output kepada pembanguana sosial dan negara umumnya. Dengan perkataan mudah, ekonomi adalah kajian bagaimana manusia menggunakan sumber yang terhad untuk kepuasan pengguna. Pengguna dan tingkat harga adalah aspek utama yang sangat diambilkira bagi mengelak kerugian kepada pengeluar dan memastikan pengguna mendapat kepuasan dari setiap output yang dihasilkan.

Apakah maksud takaful ?