Dropshipping : Apa yang anda perlu tahu. BAB 3

Memilih Produk


Masalah besar kebanyakkan peniaga baharu yang menceburi dropshipping ialah bagaimana hendak memilih produk dan niche yang sesuai. Anda mungkin perlu membuat keputusan besar dan mempunyai kesan jangka masa yang panjang serta penentu kepada kelangsungkan perniagaan anda pada masa akan datang.

          Kesilapan yang kerap dilihat pada peringkat ini ialah memilih produk berdasarkan kepentingan peribadi atau semangat. Ini adalah stratigi yang boleh diterima tetapi tidak semestinya anda boleh berjaya dengan mengambil minat pribadi sebagai idea utama. Keretia berikut mungkin dapat membantu anda untuk menentukan produk fan niche yang betul.

Bagaimana untuk menjual dalam talian

          Untuk berjaya dalam periagaan ecommerce, anda perlu melakukan perkara berikut :

Mewujudkan produk sendiri – Anda mengawal pengedaran dan sumber tunggal untuk produk anda. Ini bertujuan untuk mengawal pesaing dan membolehkan anda mengenakan harga primium. Jika anda berminat untuk produk-produk dropship, anda akan menjual produk sedia ada yang dihasilkan oleh orang lain, jadi itu merupakan pilihan.

Perlu akses kepada harga eksklusif atau harga pengedar – Jika anda boleh menguruskan perjanjian eksklusif untuk membawa produk atau akses kepada harga eksklusif daripada pengeluar, anda boleh menjual dalam talian tanpa mencipta produk sendiri. Hal ini memanglah susah tetapi kebanyakan peniaga dropshipping akan akses kepada produk yang sama pada harga borong.

Jual pada harga murah – Jika anda boleh menawarkan harga yang paling rendah, anda seperti mencuri bisnes daripada sebuah pasaran yang besar. Hanya satu masalah? Itu adalah model bisnis yang ditakdirkan untuk gagal. Jika hanya satu perkara ini ada lakukan iaitu berkenaaan nilai rendah yang anda tawakan, anda adalah mangsa perang harga yang akan menyentap kesemua keuntungan anda. Cuba bersaing dengan Amazon atau gergasi dalam talian di dalam dan luar negara. Secara umumnya ini adalah stratigi yang lemah.

Tambah nilai – Terma atau syarat harga – Menawarkan maklumat berharga yang melengkapi produk anda adalah cara terbaik untuk mengenakan harga premium. Usahawan bertujuan menyelesaikan masalah orang lain dan hal itu juga tetap sama dalam dunia e-dagang dan dropshipping.

Tambah nilai dalam Ecommerce – Cuma tambah nilai! Cukup mudah bukan? Cakap memang mudahkan? Sesetangah produk dan dan niche lebih menonjol daripada yang lain. Anda perluu perhatikan beberapa ciri yang membolehkan anda untuk menambah nilai dengan sedikit panduan penggunaan yang ringkas. Terutama niche yang bercirikan berikut :

i)             Terdiri dari beberapa komponen – Semakin banyak komponen suatu produk untuk berfungsi dengan baik, ianya semakin menimbulkan tanda tanya kepada pelanggan. Pelanggan akan kebinggungan contohnya membeli set sistem kemera keselamatan. Adakah pakej itu termasuk pendawaian yang lengkap dan sebuah perakam?

Semakin banyak komponen yang diperlukan produk, semakin banyak peluang anda untuk menambah nilai dengan hanya menasihati atau menerangkan kepada pelanggan mana produk yang susuai.

ii)            Adakah boleh laras atau mengelirukan – Produk yang mengelirukan dan boleh laras atau disesuaikan adalah sesuai untuk menambah nilai melalui kandungan. Dapat menawarkan panduan yang khusus mengenai apa jenis produk yang paling sesuai untuk persekitaran dan pelanggan tertentu adalah cara baik untuk menambah nilai.

iii)          Memerlukan kemahiran teknikal untuk pemasangan – Ianya mudah untuk menawarkan panduan pakar bagi produk yang agak sukar dipasang. Seperti manual panduan kamera yang menerangkan kesemua kesalahan-kesalahan umum pengguna apabila mereka memasan sistem mereka sendiri yang meliputi 50 muka surat.

Jika anda fikir bahawa panduan tersebut mampu menjimatkan masa anda, itu adalah pilihan yang baik yang patut anda beli dari web site walau pun jika terdapat yang lebih murah di tempat lain tetapi tiada panduan disertakan. Bagi pemilik kedai, panduan adalah tambahan nilai yang besar kepada pengguna.

Cara untuk menambah nilai :

Anda boleh menambah nilai untuk niche yang kompleks dan mengelirukan dalam babarapa cara termasuk :
·        Menwujudkan panduan komprehensif untuk pelanggan.
·        Melabur melalui memperincikan dan menyenaraikan produk.
·        Mewujudkan vedio cara-cara penggunaan.
·        Membangunkan sistem yang mudah diikuti untuk memahami keserasian komponen.

Memilih Pelangga terbaik.
Semua pelanggan tidak dicipta sama rata. Sangat pelik bagaimana pelanggan membeli item yang  kecil merasa berhak untuk menuntut sesuatu yang besar sementara pembeli yang berbelanja besar jarang meminta apa-apa.
Mensasarkan demografik yang betul boleh menguntukan perniagaan anda. Berikut adalah sasaran yang boleh anda bidik.

Hobbyists – Setiap orang suka kepada hobi mereka dan kadag kala sanggup untuk berbelanja besar bagi memenuhi hobi mereka sepei peralatan dan latihan. Ramai pendaik bermotor yang serius mempunyai motosikal-motosikal yang menelan belanja lebih daripada kereta mereka dan orang yang suka memancing mungkin boleh membelanjakan sejumlah untuk kepuasan memancing seperti melengkapkan bot dengan peralatan kelautan.



Perniagaan – Pelanggan bertaraf perniagaan kadang-kadang lebih sensitif akan tetapi, mereka kebiasaannya melanggan dalam kuantiti yang besar berbanding pelanggqan individu. Sebaik sahaja anda membina hubungan yang baik serta memperolehi kepercayaan meraka, anda telah membuka pintu untuk manfaat jangka panjang. Jadi cuba menjual kepada kedua-dua kelas pelanggan individu dan komersial.

Pembeli berulang – Hasih berulang merupakan perkara yang baik. Jika anda menjual produk pakai buang dan / atau perlu kerap dipesan, anda boleh mengembangkan perniagaan kerana telah membuat asas untuk pelanggan membuat pembelian semula.

Pertimbangan lain sewaktu memilih produk

Harga sempurna – Pastikan anda menitikberatkan harga pra-jualan. Anda perlu selesa dengan harga tersebut, iaitu keuntungan anda terjamin walaupun sedikit.
Penentuan harga pengeluar (MAP) – Beberapa pengeluar akan menentukan harga minimum untuk produk mereka atau minimum advertised price (MAP) dan reseller tidak akan menjual suatu peoduk lebih rendah dari harga munimum yang ditetapkan.
Potensi pasaran – Kajian perlu dilakukan sedikit tentang bagaimana anda mempekenalkan perniagaan kepada pasaran sebelum anda melancarkannya. Anda perku mewar-warkan produk anda samada di blog, laman sosial atau perisian permasejan dalam talian.


Banyak aksesori – Sebagai peraturan umum peruncitan, margin dari harga rendah aksesori ternyata l;ebin menguntungkan daripada itme induk. Contohnya kedai telefon hanya mengambil 5% keuntungan dari harga asal sementara penjual aksesori mengaut sehingga 100% keuntungan untuk satu produk.


P/s : Saya telah create group FB untuk peniaga bertukar-tukar barangan. Iya la, takkan selamanya kita menjual sahaja, kita pun perlu jadi pembeli. Geng Dropshipping

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sup Ikan Tomato

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Resepi Sambal Tuhau Jeruk