Khamis, 13 Oktober 2016

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Entri berikut merupakan tugasan individu subjek Asas Keusahawanan semester 3. 

1. Pengenalan
Sejak lebih 21 tahun yang lalu, internet talah mengubah cara kita membeli dan menjual barang serta perkhidmatan. Membuat tinjauan menerusi Internet sebelum membeli sesuatu di dalam talian sudah agak sebati dengan kehidupan hari ini seolah-olah kita telah berada selangkah di pasaraya.

E-dagang bermaksud membeli atau menjual barangan atau perkhidmatan menerusi internet. (Investorwords, n.d.) Hal ini sudah semestinya melibatkan keseluruhan proses jual beli termasuk pengiklanan dan penghantaran.

2. Sejarah dan evolusi e-dagang.
            Seawal 1960an, perniagaan-perniagaan digerakkan menggunakan jaringan kompuiter primitif sebagai saluran transaksi elektronik dengan menggunakan sesuatu yang dipanggli Electronic Data Interchange  (EDI). Sistem komputer sebuah syarikat boleh menghantar atau berkongsi dokumen perniagaan seperti invois, borang pesanan atau pengesahan penghantaran dengan syarikat lain. Pada era permulaan perkongsian dokumen perniagaan secara elektronik, setiap syarikat mempunyai spesifikasi atau piawai dokumen mereka tersendiri. Namun pada tahun 1979, American National Standards Institute (ANSI)  telah mewujudkan sebuah piawai bersifat universal yang dipanggil ASC X12 bertujuan untuk mengawal dan menyeragamkan perkongsian dokumen perniagaan dalam talian.
            Pada awal 1980an, pengguna komputer persendirian yang kebanyakannya merupakan universiti-universiti pengkaji utama telah menggunakan emil, komuniti berita dan perkongsian dokumen menerusi jaringan seperti BITNET dan USENET. CompuServe merupakan salah satu jaringan yang paling awal popular dikalangan pegguna komputer di rumah yang menyediakan kelengkapan seperti emil, paparan masej dan ruang bual. Pada pertengahan tahun 1980an, CompuServe telah menambah sebuah perkhidmatan yang dikenali sebagai Electornic Mall di mana pengguna boleh membeli secara terus dari pada 110 peniaga dalam talian. Electronic Mall merupakan kejayaan yang sangat besar dan merupakan contoh serta perintis e-dagang yang kita aplikasikan pada hari ini.

            Pada tahun 1994 dan 1995, penggunaan kad kredit dalam urusan jual beli atas talian telah muncul. First Virtual dan CyberCash antara yang terawal popuar dikalangan pengguna pada masa itu. Pada tahun 1995 juga, Syarikat Verisign telah membangunkan ID atau sijil digital untuk tujuan pengesahan identiti perniagaan dalam talian.

3. Kepentingan e-dagang
            Kepentingan e-dagang pada masa kini tidak boleh diperlekehkan lagi. Bukan sahaja firma-firma besar yang telah berjaya dengan penggunaan e-dagang malah, ramai peniaga-peniaga persendirian telah berjaya memperkenalkan dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Irfan Khairi merupakan individu yang tidak asing apabila membicarakan tentang kejayaan perniagaan dalam talian. Beliau telah memperolehi keuntungan lumayan sehingga bergelar jutawan pada usia 28 tahun. Kejayaan-kejayaan mereka ini sudah semestinya didorong oleh pelbagai faktor antaranya ialah :

i)             Masa yang fleksibel.
Perniagaan dalam talian boleh dikatakan berlangsung 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Urusan jual beli dan transaksi boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja selagi terdapat talian internet untuk melayari web site atau aplikasi yang membenarkan urusan jual beli dalam talian.

ii)            Meningkatkan ekonomi rakyat dan negara.
E-dagang telah melahirkan peluang perniagaan yang baharu. Ramai usahawan dalam talian telah merebut peluang-peluang ini seperti menghasilkan dan menjual ebook. Penulis-penulis tempatan telah menghasilkan dan menerbitkan tulisan serta karya mereka sendiri ada juga yang bijak memasarkan produk mereka menerusi aplikasi seperti  Adsense (google) dan Fbads (facebook.com). Jika taraf hidup seorang individu meningkat, sudah pasti akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

iii)           Pasaran menjadi luas.
Produk-produk IKS tidak lagi berlegar di sekitar kawasan terdekat malah mampu merentasi sempadan, daerah, negeri dan seterusnya sempadan antarabangsa. Hal ini boleh menjadikan peniaga-peniaga IKS menjadi perserta industri di peringkat global dengan berplatformkan Ebay.com, Amazon.com atau alibaba.com

iv)           Transaksi telus.
Ketelusan transaksi sangat dituntut terutama apabila berurusan dengan pihak atau jabatan-jabatan kerajaan. Penggunaan konsep e-dagang oleh jabatan atau badan-badan kerajaan menerusi e-Perolehan telah menghapuskan penyelewengan dana-dana kerajaan dikalangan pentadbir jabatan-jabatan kerajaan kerana urusan perolehan, pembekalan dan perkhidmatan boleh dipantau secara langsung, dengan serta merta dan bila-bila masa.

TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA

     Mengikut laporan Utusan Online pada tahu 2000, kadar penggunaan internet di Malaysia masih ketinggalan di belakang Hong Kong sebanyak 10 peratus, Australia 23 peratus dan Jepun 14.3 peratus. (Arkib, 2000)

            Namun selepas 16 tahun dari  laporan tersebut, tahap pengunaan e-dagang di Malaysia telah pun standing dengan negara-negara maju. Peniaga-peniaga dalam talian telah menggunakan sepenuhnya prasarana internet dengan baik. Pengetahuan rakyat Malaysia tentang e-dagang seharusnya tidak boleh dipandang rendah lagi. Bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peniaga dalam talian, Persatuan Usahawan Internet Malaysia telah diwujudkan dan kini sedang giat membantu para ahli-ahlinya.

            Menurut OpenMindsResources.com yang dipetik oleh majalahniaga.com, 29% dari pengguna intertent di Malaysia memeperuntukkan sekurang-kurangnya 1-2 jam untuk membeli-belih di internet. Pengguna persendirian membelanjakkan sehingga RM 300 untuk sekali pembelian. (Tim Majalah Niaga , n.d.)

            Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengambil langkah mewajibkan peniaga-peniaga dalam talian untuk mendaftarkan perniagaan mereka agar pemantauan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Hal ini sudah pasti disebabkan oleh peningkatan pengetahuan dan penggunaan e-dagang dikalangan rakyat malaysia.

            Sejak awal 2010, hampir semua jabatan dan agensi kerajaan telah mula membangunkan aplikasi mereka sendiri seperti HRMIS yang dibangunkan untuk Jabatan Perkhidmatan Awam. Penyediakan perkhidmatan atas talian menjadi lebih ketara apablia pihak penguatkuasan juga menggunakan konsep e-dagang dalam perkhidmatan mereka contohnya rilrk.com.my di mana pesalah-pesalah trafik boleh membuat semakan dam pembayaran kompaun Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan secara maya.

CARABARAN PENGUNAAN E-DAGANG.

            Walaupun e-dagang mendatangkan banyak manfaat dari segi ekonomi dan sosial, namun cabaran-cabaran atau halangan tetap akan wujud seperti mana perniagaan tradisional. Aktiviti jual beli jika tidak dilakukan dengan berhati-hati boleh mendatangkan kerugian yang besar kepada peniaga dan pembeli. Terdapat beberapa kes yang melibatkkan menipuan seperti barangan tidak dihantar kepada pembeli atau ditukarkan dengan sesuatu yang bukan sepatutnnya.

            Laman web sesebuah e-kedai pergantung sepenuhnya kepada hosting iaitu tempat sesebuah laman sesawang menapak. Sekiranya hosting tidak stabil, urusan mengiklan dan menjual barangan akan terganggu. Untuk mendapatkan ruang simpanan yang banyak di hosting, peniaga perlu berbelanja lebih untuk menyewa hosting. Selain itu, kemahiran teknikal yang bersesuaian sangat diperlukan.

            Peniaga juga akan terus berhadapan dengan masalah jenayah siber seperti digodam dan sebagainya. Jenayah godam merupakan masalah yang serius dalam konteks internet kerana ianya boleh mengakibatkan kerugian sehingga jutaan ringgit selain boleh menghapuskan kepercayaan serta keyakinan pelanggan terhadap keupayaan sesebuaah laman e-shop.

Kepercayan pelanggan amatlah penting dalam e-dagang. Hal ini kerana, jika penaiga telah melakukan sesuatu samada sengaja atau tidak, risiko kehilangan pelawat e-shop atau laman jualan di laman-laman sosial boleh berlaku. Memperolehi kepercayaan prospek ternyata amat sukar kerana pendapat-pendapat negetif tentang sesuatu amat mudah tersebar. Peniaga haruslah cermat dan bijak dalam menarik keyakinan pelanggan-pelanggan.

Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang

            Dunia sentiasa berevolusi untuk mengecapi  kemodenen dan kesenangan kehidupan seharian. Terdapat beberapa faktor asas yang menjadi pendorong utama penggunaan e-dagang :

            1. Kefungsian yang praktikal

Perkongsian dokumen secara elektronik telah membantu mempermudahkan dan mempercepatkan urusan perniagaan antara dua firma. penggunaan teknologi baharu, iaitu mel elektronik (e-mel) dan tahap penerimaan pengguna terhadap sistem berkenaan antara dua faktor utama yang boleh dijadikan model. Penerimaan teknologi adalah kesan yang amat signifiken kepada penggunaan e-dagang. Oleh yang demikian, faktor ini mempengaruhi keinginan pengguna untuk terus menggunakan sesebuah teknologi baharu.

Pada masa kini berniaga dari rumah dan tanpa perlu kemana-mana bukan lagi sesuatu yang mustahil bahkan ada antara mereka yang telah berjaya. Dropshipping merupakan trand perniagaan dalam talian pada masa kini. Konsep ini membolehkan peniaga berniaga sepenuhnya dari rumah di mana peniaga hanya menjual produk bagi pihak pembekal dan dalam masa yang sama penjual tidak perlu menyimpan stok jualan.

Rajah 1: Kitaran Dropshipping

Merujuk kepada Rajah 1 di atas, peniaga akan menerima pesanan daripada pembeli dalam masa yang sama, peniaga telah mengenakan harga runcit kepada pembeli. Peniaga kemudaiannya akan membuat tempahan kepada pembekal pada harga borong. Jika pihak pembekal telah menerima pembayaran daripada peniaga, mereka akan menghantar pesanan tersebut terus kepada pembeli tanpa melalui peniaga. (Amin, 2016)

Selain itu, peniaga juga boleh mengekalkan hubungan perniagaan dengan sentiasa memaklumkan pelanggan tentang kemas kini atau info terbaru produk-produk yang diedarkan atau perkhidamatan yang diberikan. Dengan hanya satu langkah mudah iaitu mengajak agar prospek atau pelanggan mendaftarkan e-mel mereka ke dalam sistem e-mel auto respon, peniaga dengan mudah akan menghanar e-mel “pujukan” secara automatis kepada prospek. Peniaga hanya perlu menyediakan  beberapa siri e-mil jualan dan menetapkan tarikh dan masa pelancaran email tersebut. Perisian-perisian ini boleh disewa mengikut kadar yang telah ditentukan oleh pemilik-pemilik perisian tersebut seperti Aweber.comGetResponse.com dan sebagainya. Kaedah pemasaran ini dikenali sebagai Email Marketing.

Pada masa kini, membeli belah secara maya sudah diterima dengan baik oleh masyarakat samada yang tinggal di bandar ataupun yang diluar Bandar. Faktor ini menjadi antara penyabab utama kepada kesinambungan e-dagang hingga ke hari ini.
Kemudahan lain seperti pengiklanan yang sangat mudah selain keberkesanan untuk menarik pelanggan, ianya juga menjimatkan. Kesemua Browser atau pelayar menyediakan perkhidmatan pengiklanan antara yang sering kita dengar ialah Google Adwords yang dikendalikan oleh Google dan facebook ads yang boleh di aksess melalui facebook.com

Rajah 2: Contoh Google Adwords

Aplikasi-aplikasi seperti ini membolehkan perniagaan anda ditemui oleh prospek sasaran anda menikut negara, negeri, hobi dan jantina. Secara tidak langsung peniaga juga berpeluang mensasarkan prospek masing-masing samada di peringkat tempatan mahupun diperingkat global. Selain itu, premis perniagaan juga mudah ditemui kerana Google telah mengintegrasiakan fungsi Google Maps dan Google Adwords dalam aplikasi ini. (Google Malaysia, n.d.)


Rajah 3: Contoh kaedah mensasarkan pelanggan di media sosial.

2. Pengaruh Sosial
Pengaruh sosial sangat memberi impak yang besar kepada penggunaan e-dagang. Hubungan sosial telah menyebarkan konsep dan idea e-dagang tersebar secara meluas dan semakin berkembang hal ini secara tidak langsung telah melahirkan beberapa lagi konsep perniagaan berasaskan elektronik seperti m-commerce iaitu urusan jual beli dengan hanya menggunakan telefon atau komputer riba dan sosial media commerce yang menggunakan laman sosial seperti facebook dan twitter sebagai medan berjual beli. Menurut kajian Fan, Saliba, Kendall dan Newmarch mendapati bahawa pengguna lebih suka memberi cadangan dan saranan berkaitan sesuatu perkhidmatan yang digunakan kepada orang lain, sekiranya mereka berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan. (Ahmad Syahrul Haniff Mohd Rawi, 2011)

3. Kos
Perkongsian dokumen secara elektronik telah menjimatkan kos operasi kerana tidak lagi memerlukan penghantar surat dan penggunaan peti surat dapat diminimakan. Selain itu, pengguna persendirian juga semakin mudah membuat perbandingan harga dan harga jualan di laman sesawang lebih murah berbanding kedai konversional.

4. Peingkatan Kemudahan
Pelbagai pihak telah menyokong aplikasi e-dagang. Kini kesemua bank-bank tempatan seperti Maybank Berhad, CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional Berhad telah menyediakan prasarana yang membolehkan pemindahan dana dalam talian. Hal ini telah memudahkan kedua-dua pihak baik peniaga mahupun pembeli untuk melengkapkan kitaran jual beli selain dapat menjimatkan masa dan kos operasi antara keduanya. Melalui Program Transformasi Kerajaan (ETP) yang mengalakkan agar memanfaatkan sepenuhnya pembayaran secara elektronik dan mengurangkan penggunaan cek dapatlah kita simpulkan bahawa e-dangan dan e-perbankan sangat saling memerlukan antara satu sama lain ketika ini. (Ketua Perbankan Perniagaan & Pembangunan Bumiputera, 2013).
Selain itu, penambahan fungsi permasejan dalam penggunaan telefon pintar telah menjadikan perniagaan atas talian semakin rancak ditambah lagi dengan fungsi jam tangan pintar yang boleh diselaraskan dengan telefon pintar membuatkan setiap prospek dan peniaga sentiasa berhubung dalam mood berjual beli tidak kira apa jua situasi. Aplikasi seperti Whatsapp dan Telegram menyediakan fungsi-fungsi tertentu yang boleh dimanfaatkan oleh golongan peniaga. Fungsi-fungsi tersebut termasuk Group Chat yang membolehkan perbualan terbuka dalam kumpulan di antara ahli dan penyampaian masej berbentuk pengiklanan yang memang sesuai untuk perniagaan melalui telefon pintar. Ciri ini terdapat dalam aplikasi Whatsapp yang dikelanli sebagai Broadcast atau Channel dalam aplikasi Telegram.


Rajah 4: Contoh penggunaan aplikasi Whatsapp dalam e-dagang

KESIMPULAN
            E-dagang telah mengubah lanskap perniagaan hampir secara menyeluruh. Bermula dengan perkongsian dokumen-dokumen perniagaan secara elektronik sehinggalah penjualan dan pembelian barangan fizikal di internet. Arus pemodenan semakin laju dan lancar kerana masyarakat merancang sambil bertindak dan dalam masa yang sama tindakan mereka sangat cepat menerima tindak balas. Hal ini sudah tentu tidak berlaku pada 20 tahun yang lalu.
            Penyertaan dan galakkan pelbagai pihak termasuk kerajaan telah menjadikan e-dagang salah satu wadah perniagaan yang tidak kurang pentingnya kerana potensinya yang sangat baik untuk meningkatkan jualan dan penyampaian maklumat perniagaan. Pengetahuan terhadap e-dagang haruslah dipelajari bersungguh-sungguh kerana masyarakat masa kini telah menjadikan konsep e-dagang ini salah satu kemestian dalam setiap perniagaan. Oleh itu, mana-mana perniagaan yang tidak mempunyai laman web/blog atau laman web/blog yang tidak dikemas kini dan tidak diurus dengan baik boleh dikatakan mengandungi unsur-unsur frod dalam perniagaan mereka terutamanya kepada yang mereka yang menjual produk fizikal dan perniagaan berkonsepkan perkongsian modal.

References

Ahmad Syahrul Haniff Mohd Rawi, S. Z. (2011). Tahap Hubungan antara Pelbagai Faktor. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13.
Amin, J. M. (2016, Mei 25). apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang.html. Retrieved from Cremin Muka: http://creminmuka.blogspot.my/
Arkib. (2000, Mac 03). ekonomi. Retrieved from Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my/
Google Malaysia. (n.d.). Retrieved from https://www.google.com.my/intl/en/adwords/benefits/
Investorwords. (n.d.). Retrieved from Investorwords: http://www.investorwords.com/1637/e_commerce.html
Ketua Perbankan Perniagaan & Pembangunan Bumiputera. (2013, 10 12). Utusan Online. Retrieved from Ekonomi: http://ww1.utusan.com.my
Tim Majalah Niaga . (n.d.). Majalah Niaga. Retrieved from Kajian – Statistik Jual Beli Secara Online Di Malaysia 2012 (Infografik): http://www.majalahniaga.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?