Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sup

Sup isi ketam bersama sayur petola

Imej
Aduh.. Lamanya tidak memblog. Asyik sebok! Tambah-tambah lagi semester 4 PJJ aku agak mencabar berbanding sebelumnya. Ya, sem pertama hingga ketiga aku boleh baca nota sambil makan ais krim. Tapi kali ini buat assignment sambil membebel.. haha. Tengok gambar di bawah tu...

Sup Ikan Tomato

Imej
Gambar hiasan (Kalau ada gambar nanti aku tukarlah) Aku jatuh cinta dengan sup ikan gaya Cina ni masa bermastautin di W.P Labuan. Boleh dikatakan tiap pagi melahap sup ikan dengan Kolo me. Satu hari, aku tanya macam mana nak buat sup ni, tapi agak liat si apek tu bagi tahu. Tapi aku kena ambil tahu, mana tahu dia letak wain ka, arak masakan ka. Then, perlahan-lahan dia kongsikan resepi. Resepi Sup Ikan Tomato (Untuk satu orang) Bahan-bahan: 1. Isi ikan Kerapu atau ikan Merah. Paling sedap bahagina perut, tapi banyak tulang. 2. 1/2 Tomato. Potong ikut suka. 3. Air asam jawa dari sejemput asam jawa. 4. Halia Cina 1 inci, di hiris halus. 5. 1/2 bawang besar potong dua. 6. Bawang putih 2 ulas. Kupas kulit dan masukkan bulat-bulat. 7. Air 1 liter. 8. Garam & aji 1/2 sudu makan. Cara-cara  : 1. Panaskan 1 liter air tu dan masukkan kesemua bahan kecuali isi ikan. Biarkan dengan yang besar hingga tomato lerai sedikit. 2. Masukkan garam, aji dan air ...

Sup daging air kelapa.

Imej
Semalam bermuka dengan sup daging. Bosan juga ke Bazar Ramadan, hari-hari benda yang sama dah la cari parking pun satu hal. Memandangkan bahan- bahan di rumah hampir lengkap untuk masak sup, jadi aku masak sup la cuma tambah 2, 3 bahan lagi. Sebelum balik, aku sunggah di pasaraya untuk beli Daging dan Soda. Walaupun sedang puasa, aku cuba juga masak sendiri risiko yang paling mungkin ialah terlebih garam atau tak ada rasa langsung! Kerja dan bahan-bahan agak banyak tapi rasanya pasti tidak mengecewakan. Air kelapa aku buat sendiri, malas cari kelapa ditengah-tengah kesibukan alam. Bahan-bahan. 1. Air Kelapa Muda. - Panaskan 2 liter air, masukkan 1/2 cawan Cuka makan, 2 sudu teh garam dan satu sudu makan gula. 2. Stok sayuran. - Lepas air kelapa muda siap, Kita buat stok sayuran dengan air kelapa muda tadi. Masukkan satu biji tomato dibelah 4, 1 ulas bawang besar dibelah 4, 3 ulas bawang putih, 1/4 Kobis, 2 inci halia cina di hiris nipis. 3. Daging. - ...