Sup isi ketam bersama sayur petola
Aduh.. Lamanya tidak memblog. Asyik sebok! Tambah-tambah lagi semester 4 PJJ aku agak mencabar berbanding sebelumnya. Ya, sem pertama hingga ketiga aku boleh baca nota sambil makan ais krim. Tapi kali ini buat assignment sambil membebel.. haha. Tengok gambar di bawah tu...
51 Soalan perlu ditulis dengan tangan! Aku yang dah bertahun tidak menulis karangan sejak tamat sekolah menengah, lagipun masa kerja banyak menggunakan keyboard dari pada menggunakan pen, tiba-tiba dapat tugasan macam ni. Naik kejang jari-jemari sampai ke lengan.. haha. Betul-betul menyeksakan. Tapi ada kebaikan juga. Kebaikan yang paaaaaling utama, aku dapat membaca sambil buat kerja rumah ditambah lagi dengan menulis tu, menjadikan aku bukan sahaja dapat siapkan tugasan, tapi faham dan ingat apa yang aku tulis.. Great isn't it!
O.K. Kita lupakan cerita tu. Cerita banyak-banyak pun aku juga yang buat semua tu.
Seperti biasa, aku kongsikan resepi yang mudah-mudah belaka, cepat dan sedap mengikut lidah dan anak tekak aku ni. Sebelum tu, kita tinjau dulu bahan-bahannya.
1. Isi ketam. (Kalau tak ada, boleh gunakan isi ayam kisar)
2. Stok ketam. (kulit-kulit ketam direbus terlebih dahulu bersama sejemput ikan bilis. Rebus hingga mendidih kemudian tapis airnya)
3. Halia (1 inci dihiris nipis)
4. Bawang putih 2 ulas (di cincang halus)
5. Cuka (1 sudu makan)
6. Serbuk cukup rasa atau apa-apa perasa segera.
7. Telur (1 buji telur untuk membancuh tepung kanji)
8. Sayur petola (dihiris kira-kira 5mm. Kalau rajin ukur boleh juga)
9. Lada sulah (1/2 sudu makan)
Oright.. bahan-bahannya sudah siap...
Sekarang kita ke langkah-langkah memasak sup ni.
1. Goreng halia hingga warna golden brown. Kemudian masukkan bawang putih. Gaul hingga bawang putih juga golden brown. Ingat! Kalau masak dengan halia, masukkan halia dahulu. Sebab kalau masukkan bawang putih, nanti bawang putih dah hangus pun halia tak tukar kaler lagi. Ha! Ambik ko makan arang bawang putih.. haha
2. Masukkan bahan-bahan yang lain kecuali telur.
3. Kalau bahagian tengah sayur petola tu dan dan nampak macam lutsinar, boleh masukkan bancuhan telur bersama tepung kanji tadi. Sambil tuang bancuhan tu, sambil kacau.
4. Kalau nak tambah daun bawang dan daun sup serta bawang goreng sangat dialu-alukan.
Pasal warna tu jangan risau. Kalau guna serbuk perasa segera Cukup Rasa Meggi, warna dia memang mcm tu lagipun, stok ketam tu dan berwarna kemerahan. Jangan gatal tangan ya tambah kunyit. Haha.. (Tapi siapa tahu lagi sedap kalau ada kunyit) :-)
Selamat mencuba dan terima kasih kerana singgah di sini.
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?