Ayam kalasan dan nasi gajus
Ayam kalasan, Nasi gajus, Sambal hati ayam dan Sambal tomato Dua tiga hari pusing Bazar Ramadan asyik makanan yang sama. Nasi ayam, Ayam katok, Ayam berempah dan bermacam hidangan ayam yang rata-rata aku dah test. Sedap-sedap semua. Cuma disebabkan sudah pernah rasa tulah yang buat aku hilang selera dan baik masak sendiri untuk sungkai petang nanti. Tapi mahu masak apa? Memandangkan aku kurang sihat, aku beli paha ayam. Bahan-bahan untuk masak memang masih banyak. Jadi tidak perlu penat-penat beli bahan. Inilah dia resepi Ayam kalasan. Bahan-bahan : 1. 1 liter air kelapa. 2. 1 inci halia dipukul. 3. 20 cm kunyit ditumbuk. 4. 1 inci lengkuas ditumbuk. 5. 2 batang serai. Dititik. 6. 2 sudu lada putih. 7. 2 ketul paha ayam. Cara-cara : 1. Panaskan air kelapa dan masukkan kessmua bahan. Bila sudah mendidih masukkan paha ayam dan masak dengan api sederhana selama 20 minit. Disini cara-cara buat air kelapa. Resepi Nasi Kacang Gajus : 1. 2 cawan beras dicuci dan...