Ayam kalasan dan nasi gajus

Ayam kalasan, Nasi gajus, Sambal hati ayam dan Sambal tomato

Dua tiga hari pusing Bazar Ramadan asyik makanan yang sama. Nasi ayam, Ayam katok, Ayam berempah dan bermacam hidangan ayam yang rata-rata aku dah test. Sedap-sedap semua.

Cuma disebabkan sudah pernah rasa tulah yang buat aku hilang selera dan baik masak sendiri untuk sungkai petang nanti.

Tapi mahu masak apa? Memandangkan aku kurang sihat, aku beli paha ayam. Bahan-bahan untuk masak memang masih banyak. Jadi tidak perlu penat-penat beli bahan.

Inilah dia resepi Ayam kalasan.

Bahan-bahan :
1. 1 liter air kelapa.
2. 1 inci halia dipukul.
3. 20 cm kunyit ditumbuk.
4. 1 inci lengkuas ditumbuk.
5. 2 batang serai. Dititik.
6. 2 sudu lada putih.
7. 2 ketul paha ayam.

Cara-cara :

1. Panaskan air kelapa dan masukkan kessmua bahan. Bila sudah mendidih masukkan paha ayam dan masak dengan api sederhana selama 20 minit. Disini cara-cara buat air kelapa.

Resepi Nasi Kacang Gajus :

1. 2 cawan beras dicuci dan toskan.

2. 2 t/s kacang gajus yang ditumbuk. Terpulanglah samada mahu kasar atau halus.

3. 1 helai daun bay.

4. 1/2 sudu burter.

5. Garam, aji dan gula. Nasi ni kena manis-manis sikit baru sedap.

Cara-cara :

1. Goreng beras dengan butter tujuannya supaya nasi tidak melekat bila di masak.

2. Pindahkan beras ke rice cooker.

3. Masukkan bahan-bahan yang lain kacau dan masak nasi macam biasa.

Resepi sambal :

1. 1 biji tomato di belah empat.

2. Belacan Bakar agak-agak sebesar siling 50 sen lama dan setebal 10 cm.

3. 3 biji cili padi.

4. 1 biji limau kasturi. Ambil jusnya.

5. Garam, aji dan gula satu sudu.

6. 1 biji bawang merah dibakar.

Cara-cara:

Lecekkan tomato dalam lesung dan masukkan bahan yang lain.

Resepi sambal hati ayam :

1. 3 keping hati ayam dipotong-potong.

2. 2 ulas bawan putih dihiris.

3. 1 cawan jus asam jawa.

4. 3 biji cili padi.

5. 1 sudu cuka.

6. Garam, aji dan gula.

Cara-cara :

1. Masak hati ayam, bawang putih dan cuka dengan sedikit air. Masak hingga air kering.

2. Bland hati ayam dengan jus asam jawa dan dan perisakan dengan garam, aji dan gula. Manis-manis sikit baru sedap.

3. Dimakan bersama nasi.


Kalau mahu boleh tambah tempe, timun dan lain-lain sebagai pelengkap.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk