Khamis, 9 Julai 2015

Ayam Butter dan sup bebola ayam.

Tadi pergi beli sos Lea & Perrins. Kalau nak tahu sos apa tu bolehlah cari di google. Sos ni sangat sesuai untuk memerap daging atau ayam. Mudah, pantas dan yang paling penting sos ni halal.

Bertuahnya! Beli sos dapat percuma resepi Butter checken. Jadi tanpa pikir panjang, sahlah juadah untuk berbuka nanti ialah Butter Checken.

Bahan-bahan :

1. 1/2 ekor ayam.
2. 2 ulas bawang putih di cincang halus
3. 1/2 ulas bawang merah besar
4. 1 sudu makan lada putih
5. 9 sudu makan sos LP
6. 5 sudu makan Kicap pekat manis
7. Lemon 2 sudu makan
8. Daun bawang
9. Gula dan garam 2 sudu makan
10. 2 sudu makan minyak masak
11. 1 sudu makan Butter

Cara-cara :

1. Ayam dipotong dua dan diperap dengan 7 sudu makan sos LP, 2 sudu kicap pekat manis, satu sudu gula dan satu sudu garam. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Perap dalam beg plastik untuk jimat bahan.

2. Panaskan kuali dan goreng ayam hingga separuh masak sambil menggoreng ayam, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dicincang.

3. Tambahkan 2 sudu sos LP, 3 sudu kicap manis, satu sudu gula dan satu sudu garam.
Masak sehingga kering sedikit.

4. Tambahkan butter, jus lemon dan daun bawang yang dipotong. Angkat dan hidangkan.

Sup bebola ayam (aku tambah)
Bahan-bahan :

1. 10 biji bebola ayam
2. 1 liter air
3. 5 sudu makan sos LP
4. 1 sudu makan lada putih
5. 5 sudu makan kicap masin
6. Daun bawang

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Hidangkan dan tambahkan daun bawang.

Sos cecah (aku tambah)

Bahan-bahan :

1. 1 sudu makan Hoisin Sos
2. 2 sudu makan sos LP
3. 2 sudu makan kicap masin
4. 1/2 cawan air kosong. Kalau mahu cair sikit letak 1 cawan air.

Cara-cara :

Satukan dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.

Pasal nasi tu, aku cuba sekali lagi. Bukan apa banyak kurang rasanya. Maklum la tak boleh sangat mentest, nanti batal pulak puasa.

Ayam ni sesuai dimakan dengan kentang atau roti. Tapi memandangkan kita ni pemakan nasi yang baik, aku cubalah dengan nasi. Resepi nasi tu dari Chef Jimmy Oliver. InsyaAllah nanti aku kongsikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?