|
Kiulu Water Rafting |
Baru jak minggu lalu kami ber
water rafting bersama-sama peserta kursus budak-budak tadika. haha..
Tadika? Bap semua perangai keanak-anakan terkeluar tanpa sengaja dek keseronokan aktiviti ni. Aku pun yang tak berapa tua ni macam lupa diri kejap.. huhu..
Sungai ni terletak di Kg. Kiulu, Tamparuli. Ni dah kali ke 3 bersama orang-orang ofis selebihnya bersama kawan-kawan dan keluarga.
Tempat ni kira-kira 1 jam setengah dari Bandaraya Kota Kinabalu.
|
Sesi bergambar di starting point |
|
Kira-kira lima minat dari starting point |
|
Saat mengharungi arus deras |
Kali ni aku bersama
rafter jak yang lelaki selebihnya kaum setentangannya.. haha.. Riuh dendah
raft kitaorang mungkin juga sepanjang perjalanan sungai hingar bingar. Bising... tapi mereka sangat
heppining dan
sporting.
|
Semangat!.. |
|
Rafter cuba buat sesuatu |
|
Ahkirnya aku terjatuh... |
|
Ending Point |
Di Ending Point ni terdapat kemudahan asas seperti tandas untuk membersihkan diri dan
cafe untuk untuk mengalas perut.
|
Menjamu selera selepas penat berwater rafting. |
Bagi mereka yang ingin tahu lanjut berkenaan aktiviti yang mencabar ini, anda bolehlah berhubung dengan Mr. James (013-808 2266).
Berdasarkan pemerhatian aku sendiri setiap kali aku ke sini, kebanyakkannya peserta yang mengikuti aktiviti ini adalah pelancong luar kebiasaannya dari Jepun, Taiwan dan Korea.
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?