Jumaat, 13 Mei 2016

PERPADUAN KAUM MELALUI PERBEZAAN MAKANAN DAN PAKAIAN


Kepelbagaian kaum di Malaysia telah pun wujud sejak sebelum merdeka lagi. Secara teorinya, Bangsa Melayu terdiri daripada beberapa kaum seperti Bugis, Jawa, Banjar, Bajau dan beberapa lagi kaum yang lain. Corak hidup masyarakat mengikut kaum adalah berbeza-beza namun terdapat juga sebuah kawasan penempatan atau daerah yang dikongsi oleh beberapa kaum seperti di daerah Beaufort, Sabah yang dikongsi oleh kaum Bisaya, Brunai, Kedayan dan Dusun.

Diari pengajian Master saya di Youtube


Setiap kaum mempunyai kebiasaannya yang tersendiri baik makanan, pakaian, aktiviti harian mahupun keadaan sekeliling kediaman hal ini kerana setiap bangsa dan kaum masing-masing ingin mempunyai identiti tersendiri dan melalui identiti tersebut sesuatu kaum mudah dikenali. Adakalanya identiti yang diketengahkan bertujuan untuk menunjukkan kekuatan agar digeruni pihak lain seterusnya kaum tersebut selamat daripada dicerobohi dan diganggu gugat contohnya kaum  Dayak di Sarawak dan kaum Rungus di Sabah yang terkenal dengan memenggal kepala lawan atau musuh.
Selain itu, identiti juga dapat memberikan gambaran tentang kehidupan suatu etnik yang mempunyai asal usul yang sama tetapi berbeza dari segi kedudukan geografi. Contohnya masyarakat Bajau di pedalaman seperti di Kota Belud dan Tuaran yang terkenal dengan kemahiran menunggang kuda. Keadaan ini dapat menggambarkan bahawa kehidupan mereka sangat bergantung kepada sumber bumi seperti menanam padi dan menternak lembu sementara masyarakat Bajau di Pantai Timur Sabah seperti di Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan sangat terkenal dengan lepa-lepa iaitu pengangkutan laut tradisional kaum Bajau yang mendiami persisiran pantai.

Sejarah kepelbagaian kaum di Malaysia


Menurut Shamsul Amri Baharuddin,  (Baharuddin, 2007)”Pluralisme budaya bukan fenomena baharu dalam Alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sejak sejak abad ke-5 Masihi lagi”
            Sebelum kedatangan orang-orang Eropah lagi Tanah Melayu sering dikunjungi pedagang-pedagang dari tanah Arab, India dan China. Selain itu, kedudukan Selat Melaka yang terlindung dari tiupan angin monsun Barat Daya menyebabkan Alam Melayu menjadi tempat tumpuan pelbagai tamadun dari seluruh dunia. Hal ini telah membuktikan bahawa pluralisme bukanlah sesuatu yang dirancang oleh pembesar-pembesar di Tanah Melayu. Disebabkan keperluan ekonomi dan hukum alam juga, Tanah Melayu pada masa itu tidak dapat mengelak kepelbagaian budaya yang dapat dilihat pada hari ini. Budaya-budaya lain dibawa oleh kaum imigran terutama semasa era pendudukan kuasa-kuasa Eropah yang membawa pekerja-pekerja dari India dan China untuk dijadikan tanaga buruh di ladang-ladang getah dan lombong biji timah.
            Pada tahun 1963, kemasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan menjadikan Malaysia terdiri daripada perbagai etnik dan suku kaum yang berasal dari Kepulauan Selatan Filipina dan Kalimantan, Indonesia. Etnik Pribumni Sabah terdiri daripada Bajau, Kadazan-Dusun, Suluk dan Brunei. Sementara di Sarawak terdapat juga etnik Pribumi seperti Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Kayan dan sebagainya.


Perbezaan kebudayaan antara etnik amat ketara terutama dikalangan kaum-kaum terbesar seperti Melayu, Cina dan India. Tetapi kebudayaan yang hadir bersama setiap etnik tidak semestinya membawa perpecahan. Terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi pemangkin kepada perpaduan antara kaum antaranya melalui makanan dan pakaian.

Perpaduan kaum melalui makanan

Makanan Melayu


Masyarakat Melayu terkenal dengan masakan berlemak. Pelbagai masakan mengandungi unsur lemak dari nasi hinggalah ke lauk pauk. Lemak yang diperolehi dari santan kelapa menjadi pelengkap pelbagai masakan seperti nasi dagang, nasi kuning, gulai daging, gulai ikan dan gulai sayur-sayuran. Selain santan, rempah ratus dan ulam ulaman serta herba juga menjadi pelengkap masakan Melayu seperti Halia, Lengkuas, Daun kesum, Daun cemangi dan berbagai lagi herba tradisi.
Nasi lemak yang biasanya terdiri daripada sambal ikan bilis, kacang goreng dan hirisan timun, ayam atau telur sebagai pelengkap merupakan menu kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Makanan ini kebiasaannya menjadi juadah untuk bersarapan dan dijual dikebanyakkan kedai makan, warung-warung dan penjaja.

            Selain itu, orang Melayu juga gemar meletakkan unsur lemak ke dalam manisan atau kuih muih contohnya Wajik, Seri Muka, Badak berendam dan sebagainya. Kuih muih ini adalah antara warisan masyarakat Melayu yang masih bileh didapati hingga hari ini. Semasa bulan Ramadhan, makanan seperti ini masih menghiasi gerai peniaga-peniaga bazar.

Makanan Cina


Kemasukkan  masyarakat cina telah membawa seni kulinari yang sangat berbeza dengan kaum Bumiputra dan Melayu dan mereka juga telah memperkenalkan Mee.
            Mee merupakan makanan utama masyarakat Cina yang sejak 2000 tahun dahulu. Keadaannya yang mudah diangkut, boleh bertahan lama dan senang disediakan, menjadikannya sangat popular hampir di setiap pelusuk dunia. Mee merupakan makanan kebanggan masyarakat Cina kerana Mee adalah bukti keintelektualan nenek moyang mereka. Terdapat berbagai variasi mee yang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti tepung gandum dan tepung beras.
                        Disebabkan tekstur mee yang kenyal dan tanpa sebarang perasa atau tawar, makanan ini amat mudah diolah menjadi pelbagai hidangan yang lazat dan menarik dan boleh disediakan dalam pelbagai cara samada sejuk atau panas. Variasi masakan berasaskan mee juga menjadi kegemaran masyarakat Malaysia samada Mee sup, Mee berkuah, Mee celur atau digoreng dan sangat mudah didapatai di sekitar tanah air.

Bawang putih dan halia banyak terdapat dalam masakan Cina. Sambal cecah yang terdiri daripada Kicap (Soya souce), Cuka, Cili yang dipotong dan Bawang putih yang dicingcang halus antara pelengkap hidangan yang mesti ada di atas meja. Berbeza dengan masakan Melayu yang biasanya mengandungi lemak santan, masaakan Cina hampir tidak terdapat lemak santan dalam setiap hidangan.
Masak Kicap (cara Melayu)
Masak Kicap (cara Cina)
1.      Bawang merah, Bawang putih, Halia, Serai dikisar dan ditumis terlebih dahulu bersama Cengkih, Bunga lawang dan Kulit kayu manis serta Buah pelaga.
2.      Masukkan rempah masak yang terdiri daripada serbuk Jintan putih, serbuk Jintan Manis dan masukkan Kicap.
3.      Masukkan Santan dan air Asam jawa.
4.      Masukkan bahan utama seperti daging atau ayam dan perasakan.
1.      Panaskan air sebanyak 150 l bersama Kicap masin, Bawang putih, Halia, Gula dan cengkih serta Cuka.
2.      Masukkan bahan utama seperti ayam atau daging dan perisakan.

Jadual 1 : Perbezaan masakan Melayu dengan msakan Cina

(Ghille Basan, Terry Tan & Vilma Laus, 2011)
Jadual 1 menunjukkan berbezaan masakan Melayu dan Cina. Walaupun terdapat perbezaan yang ketara dari segi cara memasak dan bahan-bahan yang digunakan dalam setiap masakan, namun kedua-dua masakan tetap menjadi santapan rakyat Malaysia di kebanyakan restoran dan hotel.
Seni pastri Cina banyak menggunakan kaedah kukus dan panggang atau dibakar berbanding digoreng dalam proses pembuatan manisan atau kuih contohnya seperti Kuih bulan, Kuah lobak putih atau Dim Sum dan juga Yong Tau Fu atau Luk-luk. Disebabkan makanan-makan ini ada yang dihasilkan dengan kaedah dan bahan-bahan yang halal, terdapat masyarakat Melayu yang turut menjadikan pastri-pastri ini sebagai bahan jualan kerana mudah untuk dihidangkan kepada pelanggan. (Amin, 2015)
Gambar 3 : Peniaga Melayu menjual Yong Tau Fu




Makankan India


Makanan komuniti kaum India terdiri sangat terkenal dengan kepelbagaian rempah ratus serta  mempunyai rasa dan aroma tersendiri. Masakan kaum India sangat sinonim dengan panggilan kari seperti Kari ayam, Kari daging, Kari kacang dal, Kari kurma ayam dan sebagainya. Kari merujuk kepada sos atau kuah yang mempengaruhi rasa masakan kebiasaannya mengandungi unsur padas.
            Makanan kaum India di Malaysia masih mengekalkan keaslian masakan yang diwarisi dari negara asal mereka. Selain pedas dan berempah, kaum India juga gemar menggunakan lemak dalam masakkan yang biasanya menggunakan lemak haiwan seperti minyak sapi dan susu segar. Penggunaan Bawang merah atau Bawang bombay yang sangat banyak menyebabkan masakan India sangat harum dan haruman tersebut boleh bertahan sehingga 8 jam.
            Dari segi jumlah bahan, masakan kaum India kaya dengan bahan-bahan yang bertujuan untuk melazat dan mengharumkan masakan.
Masak Kicap (Cara India)
Masak Kicap (cara Melayu)
Masak Kicap (cara Cina)
1.      Bawang bombay, Halia, Bawang putih, Cengkih, Bunga lawang, Kulit kayu manis dan buah pelaga ditumis.
2.      Masukkan Serai dan Daun kari kemudian rempah yang terdiri dari serbuk Cili, Lada sulah, Jintan putih dan Jintan manis, Garam masala dan Kicap manis.
3.      Masukkan daging atau ayam dan masak dengan api perlahan.
4.      Masukkan Tomato, Cili hijau, dan Bawang goreng.
5.      Tambahkan perasa kemudian Masukkan daun Ketumbar dan daun Bawang.
1.      Bawang merah, Bawang putih, Halia, Serai dikisar dan ditumis terlebih dahulu bersama Cengkih, Bunga lawang dan Kulit kayu manis serta Buah pelaga.
2.      Masukkan rempah masak yang terdiri daripada serbuk Jintan putih, serbuk Jintan Manis dan masukkan Kicap.
3.      Masukkan bahan utama seperti daging atau ayam.
4.      Masukkan Santan dan air Asam jawa serta perasakan.

1.      Panaskan air sebanyak 150 l bersama Kicap masin, Bawang putih, Halia, Gula dan cengkih serta Cuka.
2.      Masukkan bahan utama seperti ayam atau daging dan perasakan.
Jadual 2 : Perbezaan masakan India, Melayu dan Cina
(Ghille Basan, Terry Tan & Vilma Laus, 2011)

            Jadual 2 menunjukkan berbezaan menyediakan menu Masak Kicap antara kaum India, Melayu dan Cina. Selain cara memasak, bahan-bahan untuk memasak bagi masakan kaum India sangat banyak berbanding kaum Melayu dan Cina. Makanan India Muslim atau Mamak banyak terdapat di Pulau Pinang dan Kedah. Antara menu yang amat popular ialah Nasi Baryani dan Nasi Kandar. Makanan-makan ini turut dikongsi oleh kaum-kaum lain terutama Melayu dan Cina.
            Manisan atau kuih muih dalam bahasa India di panggil Palagaram” kebiasaannya menggunakan kaedah menggoreng berbanding Kaum Melayu yang banyak menggunakan kaedah mencelur dalam menghasilkan manisan tradisional dan mengukus serta memanggang iaitu teknik yang sering digunakan oleh Kaum Cina untuk menghasilkan kuih muih tradisional.
            Roti canai merupakan makan yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Ianya kini boleh dianggap sebaris dengan makanan tradisional kaum Melayu seperti Nasi lemak. Rakyat Malaysia juga mempunyai cita rasa tersendiri apabila menikmati Roti canai contohnya kuah kari digantikan dengan susu pekat manis sebagai pencecah.

Perpaduan kaum melalui pakaian

Pakaian Melayu

           

Pakaian tradisi kaum Melayu hari ini merupakan warisan masyarakat Melayu terdahulu. Kaum lelaki akan memakai Baju Melayu yang terdiri dari pada baju dan seluar. Baju Melayu diklasifikasikan kepada dua iaitu Baju Melayu Cekak Musang dan Teluk Belanga. Kedua-dua baju ini mempunyai tiga kocek. Sebuah kocek berada di bahagian bahagian kiri dada dan dua lagi berada di bahagian bawah pada paras pinggang terletak di kiri dan kanan abdomen.

            Gambar di atas menunjukkan perbezaan antara pakaian lelaki kaum Cina, Melayu dan India. Pakaian lelaki Cina dan India memiliki corak tersendiri sementara sementara pakaian kaum Melayu hanya bercorak di bahagian Sampin. Namun, Baju Melayu juga tidak ketinggalan daripada pemodenan dan mengalami inovasi dan telah dijadikan sebagai pakaian kebangsaan.
Baju Melayu dipakai bersama Kain sarong atau Kain songket yang dipanggil Sampin. Bahagian atas Sampin diletakkan di pinggang dan diketatkan dengan menggulung lebihan kain sehingga hujung bahagian bawah kain di paras bawah lutut. Songkok yang kebiasaannya berwarna hitam dipakai untuk menutupi kepala.
Wanita Melayu pula akan memakai Baju kurung. Satu set persalinan Baju kurung terdiri daripada baju yang panjang hingga melepasi paras lutut yang mana keadaan fizikal baju hampir menyerupai Baju Melayu dan kain atau skirt yang panjang hingga menutupi buku lali. (Wikipedia, 2016) Atas kesedaran terhadap tuntutan agama Islam, pemakain Baju kurung di tambah dengan tudung yang menutupi bahagian kepala wanita. Kini tudung dianggap sebagai pakaian kaum Melayu sesuai dengan Perlembagaan Malaysia bahawa Melayu adalah beragama Islam sementara Islam merupakan agama rasmi negara dan agama Islam menuntut agar penganutnya menutup aurat.
Bagi wanita yang berkerja di pejabat terutamanya di jabatan-jabatan kerajaan, Baju kurung sering digunakan tanpa mengira kaum kerana ciri-ciri kesopanan yang ditampilkan kerana membenamkan bentuk badan selain pemakaiannya yang ringkas.

Pakaian kaum Punjab atau Sikh


Kaum Punjabi merupakan antara kaum minoriti di Malaysia. Tapi penyertaan mereka dalam masyarakat hari ini telah menambahkan warna-warni dan gaya dalam hidup bermasyarakat.
            Bagi wanita Punjabi atau Sikh, mereka akan  memakai Salvar Kamees. Salvar adalah pakaian longgar yang dipakai untuk menutupi bahagian pusat hingga ke kaki. Sementara Kamees pula adalah pakaian yang menutup bahagian atas hingga keparas lutut.
            Lelaki Punjab pula akan memakai Kurta Pujama. Kurta merupakan baju panjang hingga ke paras lutut dan kekadang terbelah di kiri dan kanan hingga ke paras bahagian atas paha yang dipakai bersama Pujama iaitu seluar longgar yang dipakai seperti Kamees. (Khalsa, 2014)
            Kaum Sikh juga memakai penutup kepala di kenali sebagai Turban yang dipakai samada melilit atau menyarungnya ke kepala sementara kaum wanita pula skaf digunakan untuk menutup kepala.

            Pada hari ini, pemakaian gaya Punjabi telah meresap ke dalam budaya Malaysia dan telah melahirkan gaya berpakaian baharu ala Punjabi.

Makanan dan pakaian menyumbang ke arah integrasi nasional


Integrasi nasional bermaksud menyatupadukan berbagai-bagai kaum yang mempunyai berbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. (Institut Tadbiran Awam Negara, 1991)
            Dalam konteks negara yang berbilang kaum, integrasi nasional merujuk kepada perkongsian budaya dari pelbagai etnik untuk mewujudkan identiti nasional. Setiap kaum perlu menghayati setiap budaya dengan mengasimilasikan perbagai budaya dalam kehidupan mereka. Selain itu, setiap kaum juga boleh sama-sama berbangga kerana budaya mereka tidak diketepikan dalam usaha-usaha pembentukan negara bangsa yang makmur.
            Pemakaian baju Punjab oleh etnik lain contohnya telah mewujudkan keseimbangan kaum melalui pakaian. Etnik pemilik asal pakaian tersebut boleh merasa bangga kerana penerimaan etnik lain terhadap budaya mereka hal ini sekali gus dapat melahirkan rasa patriostisma di kalangan kaum Punjab atau Sikh kepada Malaysia walaupun mereka merupakan kaum imegran pada asalnya.
            Dari segi makanan pula, walaupun terdapat berbezaan dari segi rupa dan rasa, tapi masyarakat masih boleh menikmati makanan yang sama dan duduk di meja makan yang sama bersama rakan-rakan dari etnik lain bahkan perbezaan itulah yang mewujudkan perasaan saling hormat menghormati kerana setiap etnik tidak memandang rendah atau merasa jijik ke atas makan etnik lain.
            Mee laksa atau Mee kari adalah simbolik kepada penyatupaduan kaum melalui makanan. Mee yang berasal dari China diolah mengikut cita rasa tempatan dengan menggunakan rempah ratus India dan ditambah pula dengan herba-herba Melayu sepert Santan, Serai dan Daun kari. Perbezaan bahan makanan dalam setiap kaum boleh dirasa dalam semangkuk Mee laksa atau Me kari.
            Etnik-etnik lain yang berada di Sabah dan Sarawak mempunyai budaya makanan dan pemakaian yang juga berbeza. Ada makanan yang mempunyai rupa, rasa dan bahan asas yang sama tetapi berbeza dari segi nama makan tersebut. Contohnya kerabu isi ikan merupakan makanan tradisional masyarakat kaum Kadazan-Dusun, Bajau, Suluk dan etnik-etnik lain di Sarawak. Makan ini diperbuat daripada isi ikan mentah  yang diperap dengan air Limau nipis atau Limau kasturi. Kemudian dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti hirisan Bawang merah, Bawang besar, Bawang putih, Halia, Tomato dan Cili padi.
            Bagi etnik Kadazan-Dusun, makanan ini dipanggil “Hinava”. Kaum Bajau memanggilnya “ Kilau”. Kaum Suluk memanggilnya “Kinilau” dan kaum lain di Sarawak memanggilnya “Umai”. Walaupun terdapat perbezaan, tapi pada hakikatnya terdapat persamaan yang ketara di antara budaya setiap etnik. Maka persamaan itulah yang perlu diambil menjadi elemen penyatuan kaum.

Kesimpulan

Kepelbagaian kaum sebenarnya merupakan satu anugerah kepada sesebuah negara bangsa kerana kita dapat saling kenal mengenali dan saling memenuhi antara satu sama lain. Di Sabah contohnya, ramai di kalangan pemilik perusahaan perikanan laut dalam berbangsa Cina sementara awak-awak atau pekerjanya terdiri daripada etnik lain seperti Suluk dan Bajau.
            Dari sudut agama Islam, Allah berfirman di dalam Al-Quran mafhumnya :
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [QS. Al Hujuraat (49):13]

Salah satu tujuan untuk saling kenal-mengenali ialah agar kita mudah berkerjasama dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah atau melaksanakan pekerjaan seperti yang dijelaskan dalam maksud ayat di bawah.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi pelindung (penolong) bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah ; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [QS. At Taubah (9):71].
            Dari sudut perbezaan terutamanya makanan dan pakaian, setiap kaum memiliki ciri-ciri dan keistemewaan tersendiri. Makanan yang bersumber daripada daging contohnya boleh menjadi hidangan yang lazat mengikut gaya setiap kaum. Dari sudut pakaian, setiap budaya membawa imej tersendiri. Perbezaan-perbezaan ini seharusnya diraikan bukalah dipinggirkan bagi tujuan untuk mendapat kebaikan bersama.
            Setiap bangsa cenderung untuk membentuk identitinya yang tersendiri kerana melalui identiti itulah msayarakat luar dapat mengenali mereka. Maka, Bangsa Malaysia telah berjaya membentuk identitinya mengikut acuan tersendiri dan kini dikenali sebagi sebuah negara yang berbilang kaum.
Disebabkan saling menghormati, memahami dan mengasimilasi perbezaan dalam setiap etnik, perasaan sayang dan cinta suatu kaum kepada budaya mereka yang terdapat dalam makanan dan pakaian secara sendirinya akan bertukar kepada cintakan dan sayang kepada budaya Bangsa Malaysia tanpa sebarang paksaan.
Walaupun begitu, umat Islam yang juga dianuti oleh pelbagai etnik terpaksa membataskan penyertaan mereka terhadap makanan etnik lain atas dasar memenuhi tuntutan dan konsep halal serta haram dalam makanan. Tidak dinafikan juga bahawa masyarakat India yang beragama Hindu turut memilih makan tertentu seperti daging lembu kerana tuntutan agama.
Berfikiran terbuka merupakan kunci kejayaan perpaduan antara kaum. Pergaulan dengan mereka yang berlainan agama tidak bermakna kita boleh melupakan atau mengambil mudah prinsip-prinsip agama yang kita anuti. Bersifat terbuka juga boleh mengecilkan jurang perbezaan antara kaum dan tidak sepatutnya berbezaan itu dibiarkan menjadi penghalang ke arah pembentukan masyarakat majmuk yang hidup harmoni.
Ibu bapa dan masyarakat harus mendidik generasi muda untuk menghormati semua kaum. Didikan ibu bapa tidak seharusnya menjurus kepada agama dan soal adab semata-mata. Hal-hal berkaitan kenegaraan dan semangat patrotisme juga merupakan hal penting yang perlu diterapkan kepada anak-anak. Oleh itu, mereka bukan sahaja membesar sebagai seorang yang taat kepada agama, malah mereka juga telah mempunyai kesedaran untuk terus mengekalkan keharmonian kaum.

Rujukan

Adnan, L. (2015, Mac 19). BERITA | MALAYSIA. #5Tahun2020: Industri fesyen sebagai jambatan perpaduan kaum. Didapatkan dari astroawani.com: http://www.astroawani.com/
Amin, J. M. (2015, 06). Bisnes Yong Tau Fu (YTF). Didapatkan dari Cremin Muka: http://creminmuka.blogspot.my/2015/06/bisnes-yong-tau-fu-ytf.html
Baharuddin, S. A. (2007). Modul Hubungan Etnik. (S. A. Baharuddin, Ed.) Shah Alam, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Ghille Basan, Terry Tan & Vilma Laus. (2011). Best - Ever Cooking Of Malaysia, Singapore, Indonesia & The Phillippines. Wingston: Anness Publishing LTD.
History of Noodles. (t.t). Didapatkan Februari 10, 2016, daripada Hakubaku: http://hakubaku.com
Institut Tadbiran Awam Negara. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakkan Negara.
Khalsa, S. (2014, Disember 16). Introduction to the Traditional Dress of Sikhs. Didapatkan dari About.com: http://sikhism.about.com
Wikipedia. (2016, Januari 20). Baju tradisional Melayu. Didapatkan Februari 12, 2016, daripada Wikipedia.org: http://www.wikipedia.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Macam mana post kali ini?

Apakah maksud takaful ?