Makanan, Perut dan Penyakit.
Sejak kebelakangan ini
aku kerap menerima perkhabaran tentang kematian kawan-kawan dan
kenalan. Tiada yang mengejutkan bila sesuatu yang hidup telah menemui mati
kerana Allah telah berjanji bahawa tiap-tiap yang bernyawa atau hidup itu pasti
akan merasai mati.
Ada beberapa perkara yang dirahsiakan oleh Allah
tentang kematian antaranya ialah bagaimana seseorang itu dimatikan. Peristiwa atau perkara yang
menyebabkan kematian seseorang adalah peraturan Allah agar manusia tidak
menyalahkan sang Sakaratul Maut.
Kisah Malaikat Izrail a.s
diberi tugas sebagai Malakul Maut,
iaitu malaikat yang mencabut nyawa diceritakan dalam kisah penciptaan Nabi Adam
a.s.
Sesunguhnya nyawa itu adalah urusan Allah. Maka berdosalah orang yang membunuh tanpa sebab yang dibenarkan
oleh Allah sendiri seperti murtad atau hukuman dari pemerintah seperti hukum
gantung sampai mati.
Menjaga kurniaan Allah adalah tanda bahawa kita mensyukuri nikmat-Nya. Walaupun urusan terkeluarnya nyawa dari badan itu adalah
kehendak dan rahsia Allah s.w.t, tetapi sebagai hamba yang beriman dan mengimanai Syurga dan Neraka, kita perlu
berjaga-jaga agar nyawa kita sentiasa ada dalam tubuh kerana nyawa itulah yang menggerakkan tubuh untuk beribadat kepada
Allah dan memohon ampun kepada-Nya.
Antara tanda-tanda kematian yang Allah kirimkan ialah sakit dan penyakit. Sakit
itu adalah pintu kepada kematian. Sekiranya ada yang sembuh dari sakit, dia
seharusnya bersyukur kerana diberi peluang untuk terus beramal dan bertaubat.
Sakit juga menyebabkan terhapusnya dosa
kerana seseorang yang merasai hampirnya dia
kepada kematian seharusnya memperbanyakkan istigfar atau memohon ampun kepada
Allah. Sekiranya dia mencela dan tidak bersabar dengan ujian sakit atau
penyakit yang dialami maka, tiada jualah keampunan
dari Allah.
Makanan yang halal lagi baik juga punca penyakit.
Pakar-pakar perubatan berpendapat bahawa rokok
antara penyebab sakit jantung, tekanan darah tinggi dan berbagai lagi penyakit.
Tetapi jika dilihat vedio-vedio yang mensimulasikan kesan akibat merokok, apa yang dapat kita
lihat ialah kapas atau air yang mewakili paru-paru akan menjadi hitam. Kajian sains juga
membuktikan bahawa paru-paru sahaja yang menerima udara semasa kita menghela nafas termasuklah
udara yang tercemar oleh asap rokok. Belum ada kajian atau sebarang artikal
yang mengaitkan merokok memberi kesan langsung kepada jantung.
Pernah juga terbaca bahawa nikotin dalam tembakau masuk ke dalam
pembuluh darah melalui paru-paru dan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat. Hal ini pernah
aku tanyakan kepada seorang Doktor Perubatan ketika aku membuat ujian darah.
Aku bertanya, bolehkah nikotin masuk
dalam pembuluh darah?Jika boleh bermakna saya tidak boleh menderma darah
bimbang orang yang tidak merokok akan mengidap penyakit disebabkan nikotin yang ada dalam darah saya. Doktor tu cakap, pembuluh untuk mengalirkan darah.
Sifatnya yang kenyal sudah
pasti bukan berfungsi untuk meresap bahan lain selain Oksigen. Ya, paru-paru merupakan loji penapisan udara.
Tekanan darah akan meningkat kerana nikotin bertindak balas dengan kimia dalam badan dan merangsang otak
serta menyebabkan jantung mengepam dengan lebih laju. Hal ini sama juga dengan
memakan ubat ketika sakit. Kandungan dadah dalam ubat tidak akan meresap ke
dalam darah. Darah akan tercemar jika sesuatu disuntik terus ke pembuluh darah. Itulah sebabnya aids tidak menjangkit melalui perkogsian pinggan mangkuk sebaliknya virus berjangkit hanya dengan perkongsian jarum suntikan. Bila jantung mengepam dengan lebih laju, tekanan darah turut
meningkat dan amat berbahaya kepada pesakit jantung.
Berbeza dengan kolestrol yang memang terdapat dalam
darah. Hati atau liver berupaya menghasilkan kolestrol dan diedar ke seluruh bahagian anggota tubuh. Hati
juga memperoleh kolestrol dari makanan yang dimakan seperti daging. Nikotin yang terdapat dalam rokok dan
kolestrol yang ada dalam makanan boleh menyebabkan penyakit. Rokok boleh
merosakkan paru-paru dan kolestrol boleh merosakkan jantung dan salur darah. Merokok telah difatwakan haram oleh
Ulama dan sisepakati oleh Ulama di seluruh dunia. Maka, apa yang telah
diharamkan akan tetap haram dan sesungguhnya Ulama
itu pewaris para Nabi. Tetapi rokok penyebab serangan jantung dan tekanan darah
tinggi merupakan penyebab kedua dimana kolestrol
yang terdapat dalam makanan yang halal lagi baik merupakan penyebab
utama.
Ramai orang yang tidak merokok terkena serangan
jantung. Ada juga yang aktif bersukan tetapi mengidap penyakit jantung
dan tekanan darah tinggi. Ayah sendiri seorang perokok, Alhamdulillah sehingga kini belum ada lagi
sejarah beliau dimasukkan ke hospital akibat darah tinggi sebaliknya, ibu aku
pula yang bukan perokok menerima ujian mengidap sakit tekanan darah tinggi.
Makanan penyebab utama penyakit.
Makan merupakan aktiviti rutin untuk memperolehi
tenaga daripada makanan yang dimakan. Semua makanan yang terdapat di bumi
merupakan pemberian Allah sama ada yang halal atau haram. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah :
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di
bumi untuk kamu”.
Sementara perbuatan memakan sesuatu adalah kudrat
manusia dengan izin Allah s.w.t. Baginda Nabi s.a.w bersabda :
“Wahai Abdullah bin Qois, Katakanlah ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan
simpanan pahala dari Surga” (HR. Bukhari)
Ulama mentafsirkan bahawa
kalimah ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’ bermaksud “Tiada
usaha, kekuatan dan upaya selain dengan izin Allah”
Terdapat banyak panduan dan larangan berkaitan
makanan. Firman Allah s.w.t. maksudnya:
Dan makan dan minumlah kamu,
dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia
tidak suka orang yang berlebih-lebihan. (Surah al-`Araf:31).
Dalam surah Al-Baqarah ayat 168, Allah s.w.t juga
berfirman:
“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi
baik dari apa yang terdapat di bumi”
Ayat ini menerangkan bahawa hanya makanan yang
halal sahaja yang boleh dimakan iaitu makan yang baik-baik dan tidak mendatangkan mudarat. Namun dalam membincangkan halal dan haramnya makanan
merupakan satu hal yang sangat panjang dan memerlukan penelitian yang khusus.
Makanan dan perut mempunyai kaitan yang sangat
kuat. Manusia makan kerana perut lapar dan perut yang lapar memerlukan makanan.
Islam adalah agama yang sangat kompleks. Maka makan, minum dan perut juga
menjadi salah satu keutamaan untuk meraih Syurga Allah azzalawajalla…
Al-Imam Al-Ghazali mengatakah bahawa
“Ketahuilah, bahawa semua perkara dan bencana yang terjadi itu pangkalnya
daripada syahwat perut. Daripada syahwat perut timbullah syahwat kemaluan.
Kerana syahwat perut itu Adam diuji, lalu dikeluarkan daripada Syurga. Syahwat perutlah yang menyebabkan manusia
menyukai harta benda dan tamak haloba kehidupan
dunia”
Makan berlebih-lebihan mengundang pelbagai penyakit jasmani dan rohani.
Semua makanan-makanan yang halal itu baik dimakan selagi
tidak melampaui batas. Dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:
"Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas
yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap
yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya).
Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk
minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” (Riwayat Tirmizi)
Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa seseorang
yang normal akan memasukkan makan melalui mulut kemudian makanan tersebut akan
turun ke perut iaitu suatu yang berongga untuk
menyimpan makanan. Tabiat makan yang tidak dikawal akan menyebakan pelbagai masalah kesihatan
seperti obesiti atau kegemukkan. Kedua-dua perkara ini iaitu makan
berlebihan meskipun makan itu halal dan baik serta kegemukan merupakan perkara yang tercela. Dari 'Imran bin Hushain radhiyallahu 'anhu; Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Yang paling baik dari kalian adalah orang
yang hidup di masaku, kemudian masa setelahnya, kemudian seetelahnya. Sesungguhnya pada masa yang akan datang ada kaum yang suka berkhianat dan tidak bisa dipercaya, mereka bersaksi sebelum diminta kesaksiaannya, bernazar tapi tidak melaksanakannya,
dan nampak pada mereka ke-gemukan."
Sahih Bukhari dan Muslim.
Dalam riwayat sahih Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu;
Rasulullah shallallahu 'alaihi
wa sallambersabda:-
"Kemudian
datang kaum yang suka menggemukkan badan,
mereka bersaksi sebelum diminta bersaksi."
Imam Qurthubi (671H) rahimahullah berkata: Hadits ini adalah celaan bagi orang gemuk, karena gemuk yang disengajakan disebabkan karana banyak makan, minum dan terlalu
mengikuti hawa nafsu.
Sudah pasti kegemukan seperti
ini disebabkan oleh nafsu yang tidak diurus dengan baik sehingga mencapai tahap
nafsu binatang dan Allah telah memperingatkan kita agar tidak meniru
cara makan orang kafir.
"Dan
orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang dan Jahannam adalah tempat tinggal
mereka". Muhammad, ayat 12.
Ibnu Abbas r.a
berkata: “Nabi bersabda:
“Tidak
termasuk kerajaan langit orang yang memenuhi perutnya”
Mengimbas sebuah kisah pada zaman Saidina Umar Al-khattab r.a. di mana pada suatu hari,
beliau berjalan di pasar dan terlihat seorang permuda yang berperut buncit. Lalu, beliau berkata sambil menampar
perut pemuda tersebut "Apakah ini wahai pemuda?"
Lalu pemuda itu menjawab " Inilah nikmat dunia".
Kemudian Saidina Umar berkata
"wahai rakyatku, lihat perut
pemuda ini, ketahuilah perut
yang buncit ini bukanlah nikmat dunia namun ianya adalah azab dan musibah bagi seorang mukmin". Lalu pemuda itu menunduk malu dan beredar dari situ.
Waktu tengahari merupakan waktu rehat yang diketahui umum. Waktu ini
jugalah yang sering digunakan untuk mengisi perut yang lapar. Mungkin ada diantara kita yang perasan bilamana waktu kerja telah bermula
kembali selepas waktu rehat, kata dapat merasakan kemalasan dan mengantuk semasa melakukan kerja. Hal ini
adalah disebabkan perut yang terlalu kenyang.
Imam Al-Ghazali
berkata bahawa kenyang menyebabkan malas untuk beribadah. Menurutnya lagi
sebahagian guru berpesan kepada muridnya:
“Hai murid sekalian, jangalah banyak makan, sehingga kalian banyak minum. Jika
banyak minum, kalian akan banyak tidur. Jika banyak tidur kalian akan banyak
menyesal”
Maka jelaslah bahawa makan sehingga kenyang mengundang pelbagai
penyakit yang dapat dikesan oleh sains perubatan seperti obesiti, tekakan darah
tinggi, kencing manis dan lemah jantung disamping penyakit rohani iaitu malas.
Dua bentuk pembazirkan makanan.
Pembaziran juga adalah perbuatan yang
berdosa. Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan
boros dan melampau-lampau. Sesungguhnya perbuatan
yang membazir (boros) itu adalah saudara Syaitan sedang Syaitan itu pula adalah
makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya”. Al-Israa’, ayat 26-27.
Pertama, mengambil makanan berlebihan dan sisa yang
tidak dapat dihabiskan akan dibuang. Kedua, Mengambil makan yang berlebihan dan
kesemuanya dihabiskan. Nampak elok dan tidak membazir tapi mengakibatkan kenyang yang berlebihan.
Ini juga termasuk membazir.
Jika kita melakukan kedua-dua perkara di atas
tersebut bermakna kita telah mengambil hak orang lain. Hak kita cuma untuk
mengisi perut yang lapar. Jika kita membuang sisa makan yang berlebihan, kita
telah membelanjakan hak orang
lain dengan cara yang salah. Hal ini termasuk perbuatan yang zalim. Jika kita menghabiskan sisa makan yang berlebihan
pula, kita telah menzalimi diri
sendiri kerana kita menjerumuskan diri sendiri ke arah kebinasaan
disebabkan mendedahkan diri kepada masalah kesihatan.
“Dan makan dan minumlah kamu,
dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia
tidak suka orang yang berlebih-lebihan. Al-`Araf, ayat 31.
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu
menjatuhkan dirimu sendiri ke
dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang berbuat baik”. Al-Baqarah, ayat 195.
Orang-orang beriman makan untuk menyambung nyawa
agar dapat terus beribadat dan menyembah Allah. Inilah tabiat makan yang
dikira sebagai ibadah. Mereka lebih suka lapar selagi tidak menyebabkan mudarat
kepada tubuh. Lapar dan dahaga juga merupakan perbuatan yang dicintai Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda;
“Perangilah nafsu kalian dengan lapar dan dahaga.
Kerana pahala dalam hal itu seperti pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
Dan sesungguhnya tidak ada
amal perbuatan yang lebih dicintai Allah ta’ala daripada lapar dan haus.”
(Imam Al-Ghazali.
Kitab Mukhtasar Ihya’ Ulumiddin.
Bab 23. Hadith pertama)
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu
bertaqwa”. Al-Baqarah. Ayat 183.
Peraturan Allah dan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w itu adalah yang terbaik untuk kita. Islam mengajarkan kesederhanaan dan kita perlu bersederhana dalam kebanyakkan hal. Kita menjaga kesihatan agar dapat beribadat kepada Allah bukan seperi orang-orang kafir yang menjaga kesihatan untuk mencari harta dunia semata-mata.
Terima kasih kerana sudi singgah di sini dan membaca entri kali ini. Sebarang pandangan bolehlah komen di bawah.
Ulasan
Catat Ulasan
Macam mana post kali ini?