Brangkok Pisang

Berangkok Pisang

Hari ini mencuba resepi kuih Berangkok Pisang. Aku ni kalau pisang, tak berapa suka. Sebelum belajar resepi ni, aku hanya makan pisang setelah digoreng. Kalau makan pisang masak macam tu sahaja, memang tak lalu. mungkin bukan selera aku. Satu lagi kalau pisang muda tu dicincang halus dan diair asamkan, memang sedap dimakan bersama nasi.



Kuih ni macam buat kuih Pais Pisang. Main kukus-kukus. Rasanya agak berlemak dan teksturnya lembut dan halus. Kalau nak halus sangat, Bland-kan isi pisang tu. Tapi tak berapa nyaman pulak kalau halus sangat.

Bahan-bahanya :

1. 1 sisir Pisang Sabah. (Kalau di Sarawak, Pisang Sarawak lah.. kalau di Melaka, Pisang Melaka lah..hehe). Silakan google "Pisang Sabah" kalau nak tahu rupanya.
2. 150 ml santan pekat.
3. 2 biji telur.
4. Sedikit perisa vanila atau pandan wangi. (Part ini aku akan detailkan last sekali)
5. 1 senduk gula dan sedikit garam.
6. Daun pisang untuk membungkus.

Cara-caranya : 

1. Lumatkan isi pisang dalam bekas yang sesuai menggunakan gelas kaca. Kalau guna Bland boleh juga.

2. Gaulkan isi pisang dengan santan, telur, gula, sedikit perisa vanila dan sedikit garam tadi.

3. Bungkuskan adunan tadi dengan daun pisang mengikut stail sendiri.

4. Kukuskan lebih kurang 10  hingga 15 minit. Jangan kukus lama sangat, nanti minyak dari santan tu keluar pulak.

5. Masukkan dalam peti sejuk sebelum dimakan. Kalau makan panas-panas pun boleh juga.

Part daun pandan tadi, masak daun pandan dengan santan tapi jangan sampai mendidih, perlahankan api dan tunggu sehingga daun pandan bertukar warna atau aroma dah naik. Atau kalau nak selamat, hiriskan daun pandan dan masak sdengan 150 ml air. Bila aroma daun pandan sudah naik, tutupkan api dan sejukkan. Guna serbuk santan kalau cara ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

E-Dagang - Pengenalan dan Peranan.

Sup Ikan Tomato

Resepi Sambal Tuhau Jeruk